04 April 2013

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?




Assalamualaikum w.b.t

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya kan? Samada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? Seriously?

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim)

BERKUDA
Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda


BERENANG 
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


MEMANAH 
Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

P/S : Lama pulak tak p berenang dalam kolam. Huhu.


20 orang komen:

Unknown said...

menunggang kuda tu je lagi yg belum pernah buat.. insyaALLAH.. ada rezeki nanti nak g belajar tunggang kuda pulak.. sunnah Baginda SAW kan..

Kak iman said...

sunnah nabi..alhmdlh =)

http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/04/andai-aku-bisa-menggantikan-kesakitan.html

Ayue Rejaluddin said...

Alhamdulillah AJ tau menunggang kuda..... =D
Tapi berenang sampai sekarang tak reti2 sangat..
memanah pulak, archery tu tau la..
Tapi manjang tersasar...

Cik Puan said...

Sume nye baik tuk ksihatan :)

AzrulIzam said...

Salam perkenalan Apit..

Terima kasih. Kupasan sunnah Rasulullah SAW yang menarik!


| 7 Rahsia Takaful Pendidikan
>> http://takafulpendidikanterbaik.com/

Unknown said...

teringin nak menunggang kuda pula :D berenang? snorkling aje la sbb guna BA.. haha.. tak reti lagi nak berenang

Faeytynn Zayn said...

wah yeke? sye baru tau1 sume permainan kata tas sye tak reti baut pon :(

Berry Lavynia said...

kalau lama tak berenang dlm kolam, p berenang dalam kolah.

Akupenghibur.com said...

ahmdulilah memanah dan tunggang kudA tahu .. berenang x hebat :)

Ruse Sulaiman said...

Nice entri. Sblm ni nak tahu juga kenapa?

Unknown said...

wah hebat...nak juga belajar berkuda dan memanah nie...

Unknown said...

Az suke berenang! kecik2 perasan jadi ikan duyung n puteri lautan ^_^..
memananh asik tersasar.. berkuda plak xde rezeki lagi..
http://princesaiziz.blogspot.com/2013/04/segmen-click2-iklan-tabung-online.html#
jemput sertai 1st segmen az ^_^ kalo korg rse segmen ni x menarik shout kt az..

eyka said...

Untunglah pandai berenang...Huhhhuuhu..Eyka tak pandai berenang...Sadisss!! :'(

Sukma said...

tak pernah menunggang kuda lagi, memanah yang real pun tak pernah, berenang ada gak tapi lebih kepada kuak lentang jer...huhu...

adarain said...

Banyak kemudahan semua tu...lagipun kalo kita buat tu, pahala sunnah jugak kita dapat..

Shad said...

disebalik hadis2 nabi itu, tersembunyi segala kebaikan.. Allahuakbar..

Unknown said...

singgah ada entri untuk apit

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/04/tak-sangka-dia-singgah-belog-cik.html

jom terjah belog cik akak...salam perkenalan

Unknown said...

berenang tu reti la jugak. berkuda pon pernah gak try kat fun fair dulu. memanah ja tak pernah cuba

dEdEQ dE wIshEs said...

ALAAA .. XPNDAI BERENANG LAAAA

dzafirahzain said...

teringin nak join semua sukan sunnah Rasulullah... dgn keadaan sekarang... susah nak cari coach ... perempuan n kawasan yang umum utk prmpuan~