18 April 2013

Gadis Gantung Diri Sebab Tekanan Naik Jerawat




Assalamualaikum w.b.t

UNITED KINGDOM – Seorang gadis bertindak membunuh diri dengan menggantung dirinya selepas tertekan apabila muka dan badannya ditumbuhi jerawat yang banyak.

Melissa Martin-Hughes, 18, yang masih lagi belajar di sebuah sekolah menengah di UK pernah mendapatkan rawatan untuk mengatasi tekanan diri yang berpunca dari masalah jerawat yang dihadapinya.

Episod ‘gelap’ dalam hidup gadis muda itu bermula ketika dia berumur 14 tahun dengan pertumbuhan jerawat yang banyak di wajah dan sekitar badannya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan ditumbuhi jerawat, Melissa telah berjumpa dengan doktor bagi merawat jerawatnya itu dan diberi ubat jenis Roaccutane bagi mengurangkan gejala jerawatnya.

Keadaan jerawatnya berkurang selepas dia mula menggunakan ubat tersebut tetapi tidak bertahan lama apabila dia sekali lagi mengalami tekanan ketika melakukan persiapan menghadapi pereperiksaan peringkat tinggi.

Melissa dikatakan cuba untuk membunuh diri di East Sussex pada Ogos 2009 sehari sebelum keputusan peperiksaan peringkat tinggi keluar tetapi cubaan itu gagal dilakukan.

Selepas dari cubaan pertama itu, Melissa telah diletakkan di bawah perkhidmatan kesihatan mental tetapi tidak dijaga dan diberi rawatan mental yang sepatutnya apabila doktor yang ditugaskan untuk merawat kesihatannya bercuti selama dua minggu dan tiada sesiapa diarahkan untuk mengambil alih tugas doktor tersebut.

Akibat keadaan Melissa bertambah teruk dengan tidak mendapatkan rawatan dari doktor, bapanya, Donald Huges cuba menyuarakan keadaan anaknya dan berharap rawatan Melissa diteruskan teapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak hospital.

“Saya berasa kecewa apabila rawatan Melissa untuk mengawal tekanan emosinya terhenti dan tiada seorang doktor yang diarahkan untuk menggantikan doktor yang sedang bercuti itu. Melissa juga selalu mengadu kepada doktor yang dia kerap merasa letih dan emosi terganggu, tetapi tiada rawatan lanjut dari doktornya,” kata Hughes dalam Daily Chilli.

Mayat Melissa ditemui di Pittville di Cheltenham, Gloucestershire, tujuh bulan selepas tarikh akhir dia mendapatkan rawatan kesihatan mentalnya.

P/S : Bahaya kalau tekanan nie. Jangan pendam2.

16 orang komen:

Hira said...

wow, sampai camtu sekali penangan jerawat.. o.O

Shakirah said...

alahai nyawa melayang hanya sebab jerawat -..-

mohd zuhri said...

ish2

Sukma said...

jerawat punya hal....macam-macam...

Mime MF said...

kesian dia..byk produk yg boleh kurangkan jerawat sekarang ni...emm betul2 jgn pendam2

panglima harapan said...

dr stress kita lebih mudah dpat jerawat. n dr jerawat, kita akn lebih mudah rasa stress. mmg stress. sy penah rasa keadaan tu. nsib sy baik sbb mak ayah ada duwit tuk buat treatment. alhamdulillah...la ni, jerawat dh x dak. :)

Unknown said...

hishhh teruk betol..disebabkan jerawat boleh plak nk bunuh diri kn...

Unknown said...

Kalau cool dan ada keimanan dalam diri benda tu kecik sgt je sbnarnya..hehe

Faeytynn Zayn said...

tekanan jerawat? lalu bunuh diri,iman die kurang ni,name pon bukan Islam

Cik Fie said...

sebab jerawat pon nak gantung diri ke ? tak patut betul =.=

Dzafirah Zain said...

lorh~~~ jerawat punya kes je pon... dah emosi xkawal cmna nak hlg jerawat... hihi.. ada juga mcm ni.. -.- kes iman jugak ni...

AinNawwar said...

amboi. jerawat je pun. huhu

Anonymous said...

adoyaii,, nak kata kurang bijak,tak jugak, erm,, baru ingat nak bg kaunseling, da tak ada pulak,huhu

Nur Nainis said...

Takutnya...Moga kita mampu kuatkan iman ketika tekanan.

ღ Kertas Lipat-lipat ღ said...

jerawat teruk. aishh moga kita kuat iman ketika menghadapi tekanan dan sebagainya. ameen!!

Anonymous said...

doiii..cian/

tapi memang sidikit sebanyak pengaruh kehidupan taw..tuh keyakinan diri..pengalaman mas sendiri masa kecik dihadapan rakan2 sekelas...dihina teruk dengan parut jerawat tapi dipanggil kudis..masa tuh darjah 6,sejak tuh mas tak aktif dalam sekolah..masuk pertandingan yang tak nampak muka ..bila menang pertandingan karangan, selalu tak naik pentas.5tahun mas rendah diri ,cepat terasa, tak campur orang sangat,berdendam..smpailah family n kawan2 baik bagi support n keyakinan..baru lah mas rasa hidup balik..