Iklan Terbaik Bulan Ini!

Baca Entry Latest Nie Jugak!

24 April 2013

Chef Adu Bongkar Pergaduhan Selebriti Di MasterChef




Assalamualaikum w.b.t

Seperti musim yang lalu, juri MasterChef Selebirti Malaysia musim kedua, Chef Adu Amran akui terdapat perselisihan faham diantara peserta atau selebriti ketika program masakan musim kedua itu dijalankan.

Bagaimanapun Chef Adu berkata, ianya hanya perselisihan faham kecil dan menganggap perkara berkenaan normal dan sering berlaku kepada sesiapa saja yang menyertai program seperti itu.

"Bagi saya ianya normal. Perselisihan faham dan pergaduhan akan berlaku apabila seseorang manusia itu diletakan dalam satu kumpulan.

"Meskipun ada perselisihan faham dan pergaduhan ketika kami menjalani rakaman program ini, namun apa yang boleh saya katakan, pertelingkahan mereka tidaklah begitu besar sehinga tidak boleh dikawal.

"Malah, pergaduhan mereka tidaklah sebesar pergaduhan antara Raja Azmi dan Juliza Adlizan ketika musim pertama dulu.

"Peserta di musim kedua, hanya tidak puas hati dengan ketua kumpulan yang kami pilih apabila kadang-kadang dianggap seperti bossy dan sebagaianya," katanya kepada murai.com.my

Selain Chef Adu, juri lain yang menyertai Masterchef Selebriti 2 adalah Chef Johari dan Chef Zubir.


Manakala, barisan peserta yang menyertai program pertandingan realiti tersebut ialah Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang, Datuk Aznil Nawawi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Sementara itu, Chef Adu memberitahu, dia cukup seronok melihat pelbagai karakter menarik daripada selebriti kali ini, kerana mereka mempunyai semangat persahabatan yang kuat.

"Saya seronok, kerana kali ini selebritinya terdiri daripada mereka yang mempunyai karakter yang menarik dan riuh.

"Malah pada mulanya, mereka nampak seperti terlalu banyak main dan tidak serius.

"Namun selepas berlakunya penyingkiran kali pertama, barulah mereka sedar yang mereka di dalam pertandingan dan mula untuk bertanding.

"Bagaimanapun, kali ini penonton dan saya sendiri sukar untuk menjangka siapa yang mampu menjuarai program ini kerana masing-masing miliki kelebihan tersendiri," jelasnya lagi.

MasterChef Selebriti 2 telah pun bersiaran menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April lalu.

P/S : Aku tak minat rancangan nie.

 

13 orang comel komen:

Normi Nieza said...

peminat masterchef..:)

Cik Puan Fadli said...

hang x minat?..besss pa..kelakaq tgk depa masak...padahai main campak dlm kuali jaaa...bkn gheti msk pon!..tp meluat tgk zain & che ta!..getikk!!!

cik tenggiling said...

x tgk pun...huhu

cik tenggiling said...

x tgk pun...huhu

Shakirah Rosli said...

tak pernah tengokla master chef. -_-annti nk tengokla :)

Busyra Bt Takiyudin said...

baru miss skali cita ni.. hehe. minat.

Nasuha said...

Tak tgk..tak ada astro.. ada rezeki nnti nk psg astrolh..

eyka said...

MasterChef Selebriti musim yang ke-2 ni best daripada musim yang pertama dulu..Tengok cara diaorang bekerjasama sahaja kita boleh tau persahabatan mereka dalam tu sangat erat walaupun baru lagi..

deno said...

apit tak minat? deno minat sgt2!:)

Faeytynn Zayn said...

ala biasa la tu

Sukma Haron said...

suka tengok resepi yang dorang adunkan...

MaYa MustWany said...

mas suka ...last year tak sempat layan,bz keje..tahun ni kaw2 nak layan ..hihihi..tak suka zain makan epal n susu suka2..siap tarik diri time masak..sgt x pro.. :(

Nurul Aini said...

Tak ada piring kelabu atas bumbung..jadi tak layan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...