27 April 2013

Sapa Kata Iron Man 3 Tak Best??

Assalamualaikum w.b.t

Yeahhh akhirnya terjawab sudah jalan cerita Iron Man 3 nie. Aku dah tengok semalam. Thanks pada geng2 aku yang join tengok gak. Sebelum aku p tengok semalam, banyak komen di facebook yang kata Iron Man 3 nie tak best, banyak cakap..takdak action..macam2 lagilah.. Tapi aku tengok trailer macam layan ja.. Layan trailer Iron Man 3 dulu kat bawah...



Haa best ja trailer.. So aku pon p la tengok semalam tiket pukul 9.15 malam. Eh! Best ja aku tengok. Memang agak cakap banyak tapi xdak la banyak sangat. Better Iron Man lagi best dari movie melayu kita yang merapu tue. Banyak jugak aksi dan banyak suspen yang dibuat dalam filem Iron Man 3 kali nie. Kelakar tu mesti ada punya kalau dah nama Iron Man. Watak Iron Man yang bersahaja dan kelakar tu yang best. 


Kisah dia pasal pengganas nak serang Amerika. Pengganas diberi nama Mandarin. Okay mandarin nie lah watak jahat yang sebenar. Depa nie dari saintis2 yang bijak cipta benda yang boleh meletup2 badan. Jadi api lah konon. Bila meletup badan, badan tak hancur sebab depa nie api. Dah nama pon jahat, mesti la api. Macam setan gak. Buat dari api gak. Hahahah. So Mandarin nie dah buat bodyguard awek si Iron Man, happy cedera parah. Then Iron Man (Tony Stark) pon cabar la si Mandarin nie utk bunuh dia. Then mandarin pon letupkan rumah mewah Tony Stark tu. Orang semua ingat Iron Man dah mati.


Bermula dari situ Tony Stark cipta alat-alat terpakai ja untuk lawan dengan Mandarin. Dia siasat Mandarin nie siapa yang sebenarnya. Robot dia dah rosak. So nak tunggu kena repair, dia guna gadget2 ciptaan dia sendiri. Haa lupa nak gtaw, Tony Stark ada penyakit yang dia akan resah dan gemuruh kalau tersebut benda-benda yang dia takut. Aku tak pasti kenapa jadi camtu. Then Mandarin nie pon tangkap awek si Tony nie. 

Bermulalah aksi Iron Man melawan si konco-konco Mandarin nie. Semuanya jenis boleh letup-letup badan tapi akan hidup semula. Bayangkan lah. Suite Iron Man lak x kuat. Haaa time nie best, rupanya Tony Stark nie dah cipta berpuluh-puluh suite Iron Man yang mempunyai pelbagai senjata masing-masing. Memang style time tue. Macam tentera dia sendiri lah. Dalam lawan tu ada jugak lucunya. Memang gelak-gelak dalam wayang. Nak taw last sekali..sila p tengok sendiri.. Sebab awek dia ada kuasa baru.. jeng3..

Ada lagi tak IRON MAN 4? Nantikan kemunculannyaaaa...


13 orang komen:

Shakirah said...

tak pernah tengok iron man pun --' but bace ni rase nk tengok pulak hee

Fazlina Ridzwan said...

akak dah tgk kames lepas...memg beshh!!!!...tp permulaan citer agak slow...tp maseh lg beshhh!!!...nah!..siap buat review lagik!..haahhaha..

http://thequeenoffadli.blogspot.com/2013/04/review-filem-iron-man-3.html

Unknown said...

sy mmg peminat 'seterika' nih, tp blom tgk lg.trailer pon mcm best.aksi xaksi citer ni mmg lg best dr citer melayu yg merapu2 tuh..biase la buat pun tangkap muat je

Ismah Atikah said...

Dah tengokk :D Rasanya iron man 4 dah takde kuttt. Sebab dia kan dah jadi normal people. Nanti ironman gabung dgn avengers kut. Sebab dalam watak last avengers ada Tony Stark (Y) Ni saya rasa je. hihi

dzafirahzain said...

tak pernak tengok... -.-

Azhafizah MN said...

Tak de masa nak tgk wayang skang tapi nak jugak tgk iron man 3 ni.

Nur Nainis said...

Dah iron man 3 dah pun keluar..saya rasa, saya tak pernah tengok pun iron man ni..huhu. Tak minat pun satu hal.

TheTaring's said...

Hoho ni yang tak sabaq ceq nak p tengok esok. Tapi tadi terbaca komen status kawan kat fb,dia cakap cita ni hina Islam. Betoi ka bang?

Sukma said...

tak pernah tengok lagi....

Faeytynn Zayn said...

Ironman 1 dan Ironman 2 pon aku tak pernah tengok,inikan ironman 3,kihkihkih

Cik Fie said...

iron man 3 best gila ;)

Anonymous said...

sebelum ni tak minat tapi lepas baca entry ni rasa akan tgk jga ni..nk habiskan layan gi joe,trun wrong n hlween..then baru layan iron man ni lak..tq2

NaZiRaH @ Ezyra said...

TGK DAH 29 aPRIL HARI TU...;-), lepas baca entry ni...hihi