Assalamualaikum w.b.t
Pada 25 Mac lalu, pelakon dan model terkenal, Yatt Hamzah telah terbang ke bumi Gaza bersama suami dan anak tersayang bagi menjalani misi kemanusiaan di negara tersebut.
Menerusi laman Instagram dan Twitter milik pelakon ini, Yatt telah sempat kongsikan beberapa foto dan aktiviti menarik yang dilakukannya sepanjang berada di Gaza untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.
Menurut Yatt, sepanjang berada di bumi sejarah tersebut, dirinya telah berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke beberapa tempat menarik antaranya adalah mengunjungi makam Imam As-Syafi’e, mendaki Gunung Sinai, serta menziarahi Jabal Musa.
Nampaknya sepanjang berada di bumi Gaza, pelakon ini tidak henti-henti memanjatkan rasa syukurnya dengan segala kebesaran Allah dan aktres ini juga telah melahirkan rasa sebak apabila diberi peluang untuk melihat sendiri peninggalan tapak kaki Rasulullah sewaktu menziarahi Makam Imam As-Syafie.
Bagi semua peminat Yatt, jom lihat beberapa foto kenangan manis pelakon wanita ini bersama suami dan cahaya mata tercintanya di bawah :
P/S : Makin manis dan cantik Yatt nie. Teringin nak p sana. :-)
15 orang komen:
teringin jugak nak pegi sane..
teringin nak pergi sana,,
Barakallah :)
Best nyeeee :)
kak yatt comel! :D anak dya pon comel. tu laa. sy pon tringin nak p sana. mudah2an, Allah swt beri kita kesempatan tuk jejak kaki kat bumi gaza. amin... :)
wah seronoknya Kak Yatt ke sana... Kak Yatt ni senior saya masa di sekolah menengah dulu...di SMK Convent Bukit Nanas...
Comel jewpp yatt ni .
makin suka tengok Kak Yatt sejak dia berhijab.. dia dah betul2 berubah :) alhamdulillah
suka tgk yat..kalau lah ada rezeki ke sana...
wah rase nak ikut je die gi sane mmesti best gi gaza
Bila lah turn kita plk nk ber misi ke sana ni apit?? Nanti jgn lupa ajak ye. Cantik Yatt
makin chantekk yatt skrg ni, dan anak die chomell sgt...teringin jgk nak ke sana..huhu...
Anaknya comel macam ibunya. Semoga anaknya ikut langkah seperti ibunya. Insya-Allah. Aamine
SubhanaAllah bestnyaaa ....
^^, berseri... lagi dgn ada suami n ank tercinta...
Post a Comment