17 April 2013

Tradisi Kecantikan Paling Menyiksakan



Assalamualaikum w.b.t

Beauty is pain. Istilah bahawa menjadi cantik itu menyakitkan mungkin tak berlebihan. Menilik sejarah, amalan-amalan ekstrim telah terakam dalam tradisi kecantikan di pelbagai belahan dunia.

Ini beberapa amalan ekstrim di dunia kecantikan tradisional, seperti dipetik dari laman roadtickle.com:

1. MENGECILKAN KAKI

Tradisi ini diamalkan sejumlah wanita kelas pertengahan dan atas di China sebelum abad ke-20. Sejak usia 5-8 tahun, mereka mengikat empat jari kaki, kecuali ibu jari, ke bawah telapak kaki. Kain yang digunakan untuk mengikat kemudian dijahit untuk mencegah pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya menyatu dengan telapak kaki.

Dalam budaya mereka, bentuk kaki kecil adalah lambang kecantikan wanita. Bahkan, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki. Demi mendapat kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela mengalami patah tulang dan jangkitan semasa proses pengikatan.


2. MEMANJANGKAN LEHER

Bagi suku pedalaman di Paudang, Thailand, memiliki leher panjang akan terlihat anggun dan cantik. Atas nama kecantikan, mereka nekat melakukan hal ekstrem dengan mengenakan kumparan logam di leher. Seiring pertambahan usia, kumparan ditambah sehingga tulang leher bertambah panjang alami.



3. PEREGANGAN BIBIR

Bagi suku Mursi di Ethiopia, lambang kecantikan bukan leher panjang, melainkan bibir lebar. Tradisi yang dikenali dengan istilah ‘Labret’ ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir semacam tindik selebar 1-2 sentimeter. Lalu, meletakkan seperti piring bulat di dalamnya.

Setiap dua hingga tiga minggu, mereka mengganti piringan dengan diameter lebih besar. Ini berlangsung hingga dia bibir mencapai 15-25 sentimeter. Tradisi ini biasanya dilakukan para wanita sejak usia 13-16 tahun, atau menjelang perkahwinan



4. KORSET EKSTRIM

Penggunaan korset jangka panjang yang superketat boleh menghasilkan pinggang kecil. Penggunaan korset ini bahkan boleh mengurangkan ukuran pinggang wanita sebanyak 7-10 inci secara semula jadi. 

Kaum wanita pada abad ke-19 dan 20 banyak yang melakukan teknik meratakan perut dengan cara ini. Padahal cara ini sangat berisiko menyebabkan rusuk retak, kerosakan organ, dan masalah pernafasan.

P/S : Macam-macam betul adat budaya di luar sana :-)


16 orang comel komen:

Cik Nor said...

jgn cr pasal..huhu

Hanim said...

bila istilah 'no pain no gain'(walaupun diaorg tak reti speaking hehe) digunakan inilah jadinya. Yang besar dikecilkan, yang pendek dipanjangkan....tengok pun dah terseksa apatah lagi kalu mengalaminya.

Mizz Aiza said...

nak cantik punya pasal sanggup seksa diri..

Unknown said...

langsung tak comey...hodoh ade la..kolot betol orang dulu-dulu ni..

Mrs Velentine said...

mak ai..sampai mcm tue sekali

AyueJean said...

Nasib kat Malaysia ni takde yang pelik2 macam tu...

Sukma said...

menakutkan & menyeksakan jer...

Unknown said...

tak sanggup nak buat macam tu.. huhu.. serius nampak menakutkan ngan menyakitkan :/

Anonymous said...

Natural beauty lagi cantik :D ciptaan tuhan jangan di ubahh :)

Unknown said...

Waaa semua gambt amat mengejutkan..hmm cantik bg mereka je la..

Eray Majid said...

ini semua poyo..
sanggup seksa diri sebab nak ikut tradisi, macam2 hal dunia nie

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/penyusuan-susu-ibu-bekerja-tips-hebat.html

Cik Fie said...

betul2 menyiksakan n menakutkan =.=

Khaulah Alazwar said...

merepek --' kalau orang islam better lupakan jelah. bersyukur n jaga adanya fizikal Allah bagi ^^

dzafirahzain said...

yang 1 dan 2 tu biasa tgok y lain tu~~~ errr.... gila!

Nur Nainis said...

Yang mengecilkan kaki dan memanjangkan leher tu biasa dengar..Mengerikan. Tradisi dulu kan, sekarang dah tak pakai.

Anonymous said...

grrr bukan makin cantik,makin menakutkan..hihihi