16 April 2013

Kunjungan Ke Mekah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung

Assalamualaikum w.b.t

Kunjungan penyanyi Alyah ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 27 Mac hingga 11 April lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, hasrat memakai tudung telah lama dipendamkan namun selepas satu kejadian berlaku ketika menunaikan umrah, dia mula terdetik untuk terus bertudung.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.

"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya.

“Tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku sebelum ini," katanya.

Tambah Alyah, memandangkan para peminat sebelum ini mengenalinya menerusi fesyen-fesyen yang digayakan, dia juga tetap akan tampil dengan gaya menarik walaupun bertudung litup.

"Saya sukakan fesyen dan saya masih lagi Alyah yang dulu. Cuma penampilan sahaja yang berubah.

"Sekarang ini saya kembali membuat pelbagai kajian dan memikirkan fesyen-fesyen bertudung yang sesuai untuk saya," tuturnya.


Ditanya apakah komen kekasihnya Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berhubung perubahannya itu, kata Alyah, konduktor muzik terkenal itu memberi sokongan sepenuhnya dengan penampilan baru itu.

"Alhamdulillah dia cakap 'baguslah, ia baik untuk awak’," selorohnya.

Tambah Alyah, hubungannya dengan Ramli masih lagi dalam proses perkenalan dan mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

P/S : Moga banyak lagi artis malaysia bertudung :-)


5 orang komen:

Unknown said...

alhamdulillah :) makin lama makin ramai artis Malaysia yg dah berubah.. moga istiqamah.. aamin..

mama Hana ada tanya, bilalah Rozita Che Wan nak berubah macam ni juga? adik Cik Ta pun dah lama berubah..

aamin :)

ayunidati said...

Alhamdulillah... lg cantikkan...

Anonymous said...

masa semalam tengok,mula2 xkenal..lawa n manis.. :)

♥ Miss Simple ♥ said...

alhamdulillah .. akhir nya terbuka jgk hati alyah ke jalan Allah .. :)

dzafirahzain said...

alhamdulillah~