30 September 2013

Berita Aaron Aziz Meninggal Dunia Khabar Angin Sahaja


Assalamualaikum w.b.t

Berita Aaron Aziz Meninggal Dunia Khabar Angin Sahaja | Astaghfirullah..terkejut aku dengar yang Aaron Aziz meninggal dunia. Sapa lah yang memandai buat cerita buka-bukan pasal kematian nie. Patut saman ja orang yang buat rumours bukan2 camnie. Gila kot mendoakan kematian orang. Ini berpunca dari laman web :


APA-APA PON BERITA TERSEBUT HANYA MEMPERSOALKAN DAN BUKAN FAKTA SEMATA-MATA.



27 September 2013

Uji Ketahanan Mata Korang!




JIKALAU ANDA HEBAT, APAKAH OBJEK YANG DIBULATKAN WARNA MERAH DI GAMBAR DI BAWAH. 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Isteri Mat Yo Minta Maaf, Bukan Saya Upload Video, Tak Terlintas Nak Saman


Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?


Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.


Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Pelajar Bunuh Guru Besar Kerana Handphone


Kejadian berlaku di China, apabila seorang pelajar bernama Lei X bertindak membunuh guru besar sekolahnya kerana merampas telefon bimbitnya.

Dua hari sebelum kejadian itu, guru besar telah merampas telefon bimbit Lei X ketika pelajar itu sedang bermain dengan telefon bimbitnya ketika waktu rehat. Guru besar tersebut ingin memaklumkan kepada keluarga pelajar tersebut sehinggalah pada hari kejadian dia dibunuh menggunakan pisau pemotong buah.

P/S : Banyak betul benda pelik berlaku di negara China.


26 September 2013

RON95 Naik Lagi?

  • Minyak
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

P/S : Masih menggunakan alasan yang sama. Ohh KERA jaan.

25 September 2013

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri)




Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,

najib razakKadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.


Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- GovAenjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Design & Printing Business Card #17 (Edisi Blogger)


Blogger : Hafizzy Aziz
Description : Graphic Designer, Personal, Businessman
Email : apit_afyz@yahoo.com
Blogspot : www.fizgraphic.com
2 Kotak Matt Lamination + Spot UV 2 Side (Kalis Air + Design timbul)
Design by : Fizgraphic


Blogger : Nisa Kay
Description : Blogger, Event Enthusiast, Advertorial
Email : sukamenaip@yahoo.com
Blogspot : www.nisakay.com
2 Kotak Matt Lamination + Spot UV 1 Side (Kalis Air + Design timbul)
Design by : Fizgraphic
P/S : Ada sedikit kesilapan mesin yang menyebabkan warna kad Nisa Kay tidak berapa menjadi pink. Mohon maaf dari warga Fizgraphic.


Blogger : Nuranis Amar
Description : Blogger & Businesswoman
Email : apit_afyz@yahoo.com
2 Kotak Matt Lamination Gred A (Kalis Air)
Design by : Fizgraphic


Blogger : Abah Careno
Description : Blogger
Email : lan_careno@yahoo.com
2 Kotak Matt Lamination Gred A (Kalis Air)
Design by : Fizgraphic

TEMPAHAN CUSTOMER LAIN DI LINK BAWAH

Untuk membuat Tempahan dan order Bisnes Kad Murah, boleh menghubungi facebook --> TEKAN untuk mendapatkan quatation harga. Atau boleh
Whatsapp : 0135971979 



24 September 2013

(9 Gambar) Kesilapan Di Dalam Filem KL GANGSTER











Kemaluan Hampir Putus Ditetak






Tawau – Seorang pemandu lori balak hanya sempat berlari beberapa meter sambil memegang kemaluannya yang hampir putus sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang rakan sekerja dipercayai akibat salah faham dalam kejadian di sebuah kawasan pembalakan di Batu 38, Kalabakan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Roslan Nordin, 35, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan termasuk kemaluan akibat diserang menggunakan parang.
Menurut sumber, ketika kejadian, seorang daripada pekerja di lokasi pembalakan melihat mangsa berlari menuju ke arah kilang papan dalam keadaan berlumuran darah.

“Namun, sebelum sempat memasuki kilang terbabit, mangsa dikatakan terjatuh sebelum dihampiri rakan sekerja lain.

“Sebaik dihampiri, beberapa pekerja pembalakan yang cuba membantu terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah selain mengalami kecederaan parah di kepala dan kemaluan,” katanya.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memberitahu apa yang berlaku, tetapi tidak sempat sebelum meninggal dunia.
Menurut sumber, rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada pengurus kawasan pembalakan itu sebelum mereka membuat laporan polis.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat parah di kepala, pinggang dan kemaluan dipercayai ditetak menggunakan parang panjang.

“Kejadian ini dipercayai dilakukan suspek iaitu rakan sekerja yang menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya diketahui umum,” katanya.

Menurut sumber, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30-an ada menemui abang iparnya yang bekerja berhampiran kawasan pembalakan dan mengaku membunuh seorang lelaki.

“Abang ipar suspek yang mendengar pengakuan lelaki terbabit bagaimanapun enggan campur tangan mengenai perkara itu.

“Suspek dipercayai menemui abang iparnya sambil membawa sebilah parang dan mengaku menetak seseorang sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan berusaha mengesan suspek yang sudah melarikan diri selepas menyerang mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

P/S : Adakah ini semua kes dendam?


17 September 2013

Tempahan Design & Printing Sticker #3




Jenis : Blogger Sticker
Size : 3.8cm (Diameter)
100 pcs (design+printing+cut)
Tambahan Charge : Vector Face
Design & Drawing by : Fizgraphic


Customer : Hemohemoi Bakery
Perniagaan : Bakery
Size : 7cm (Diameter)
200 pcs (design+printing+cut)
Design by : Fizgraphic


Customer : Yaya Ismile
Perniagaan : Printing & Souvenir
Size : 7cm (Diameter)
100 pcs (design+printing+cut)
Design by : Fizgraphic


Customer : Azna Una
Perniagaan : Bakery & Cookies
Size : 7cm (Diameter)
100 pcs (design+printing+cut)
Design by : Fizgraphic

TEMPAHAN CUSTOMER YANG LAIN

Untuk membuat Tempahan dan order Sticker Bulat / Custom Murah, boleh menghubungi facebook --> TEKAN untuk mendapatkan quatation harga. Atau boleh
WHATSAPP : 0135971979 

14 September 2013

UAI Berlakon Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!


Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! Cayalah Ustaz! Nampak ikon bagi anak-anak muda remaja sekarang akan berlakon filem yang  bergenre keagamaan. ALHAMDULILLAH. UAI yang terkenal dalam rancangan Astor Kemah keming Ustaz Azhar Idrus akan melakonkan watak Ustaz dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! yang bakal ditayangkan pada 28 November 2013. Jom tengok trailer kat bawah. 


P/S : Amacam? Nak tengok tak? Hihi.


Kek Paling Istimewa Dalam Majlis Perkahwinan


Susah nak dapat kek macam ini.....tengoklah betapa gembiarnya si suami ini...........


jom scroll bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



P/S : Perghhhhhh!


07 September 2013

Perdana Menteri Potong Gajinya 30 Peratus Demi Rakyat





Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15Juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.

Tetapi Perdana Menteri yang dilaporkan itu bukan Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malawi.

Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan


Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.

"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang" kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.

Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.

Kerajaan Malawi pernah membuat negara-negara bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.

Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.


Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news

Itu Perdana Menteri negara lain. walaupun negaranya miskin beliau sanggup menjual aset milik negara yang digunakan oleh kroni-kroninya demi untuk membantu rakyatnya..

P/S : Jangan salah paham ye, Perdana Menteri Malawi taw.


Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq


Assalamualaikum.. kom apa kombat, bat apa, batman..hoho. Lama aku tak join segmen contest bagai nie. Hujan2 camnie syok gak join. Lagipon kemalasan aku design semakin meningkat. Idea kering kontang. Mana taw kot2 join nie dapat topup free. Puteri topup nie kaya --> EMAS PUTIH. Orang kaya baru sorang nie plak --> DEDEQ lagi lah kaya. Mentang2 baru cashout duit on9. Chewahh!

APIT PAKAI CELCOM! NAK TOPUP RM500 TAW!

JOIN LA WEY!! --> TEKAN