30 November 2012

Lawa T-Shirt DC Comic Yang Baru Nie.

Hampa ingat dak hari tue aku ada buat entry promote pasal Syazwan ngan Syarazi (member aku) nie. Kalau terlepas nak baca entry tue, hampa terus boleh TEKAN entry tue. Kali nie nak buat entry lagi pasal design-design depa nie. Ada baju DC Comic yang baru sampai. Gila lawa-lawa. Besday aku dah nak dekat dah. Sapa yang nak beli t-shirt nie kat aku? Hahahaha. Nak show up sikit baju-baju DC Comic nie. Aku minat gila kot!






Ada belambak-lambak lagi design baju kalau takmau design yang nie. Hampa boleh terus ke page Syazwan & Syarazi nie. Style-style kot baju. Sesuai la sapa-sapa yang nak beli hadiah kat si boyfriend ka. Tue pown kalau boyfriend minat la baju-baju camnie. Sapa ada boyfriend jambu, memang x sesuai kot baju-baju camnie. Nie yang jiwa ganas-ganas jer tapi hati lembut. Peace. 


28 November 2012

Pengomen Tegar Blog Fizgraphic

Semalam ada usha-usha blog lyssasecret kita. Pastue tengok la ada kat tepi gadget dia ada la benda alah sapa yang komen paling banyak kuar nama kat situ. Macam best ja. Aku pown buat la jugak. Nak gak taw sapa yang kerap mengomen blog aku nie. Aku pown kelepot-kelepot mata ikut tutorial si lyssasecret tue. Lepas jer buat, tadaaa...Ooooo si gadis manis nie rupanya yang kerap mengomen. Hihihihi.


Tahniah kepada saudari gadis jelita Leeza Dayasari iaitu owner kepada blog www.santaileeza.com. Tipu lah kalau hampa tak kenai blogger nie. Sapa nak kenal2, tunggu apa lagi, p terjah blog dia cepat. Kerap sungguh dia komen blog aku nie. Terima kasih leeza sebab sudi menjengok blog apit n mengomen setiap entry kat blog apit nie. Saya leeza ketat2. Hahahaha. *Gurau jaa... Kekadang nie kena gak bermanja-manja ngan blogger. Hahahahaha. 

Tak lupa jugak kepada anonymous yang memenangi tempat kedua pengomen tegar blog nie. Hahahahaha. Banyak jugak anonymous yang mengomen. Memang blog aku nie sesuai untuk anonymous semua. Kalau hampa tak support, sapa lagi ye dakk. Baguih hampa nie. Tue yang aku sayang hampa tue. Kih3. Kalau pikir anonymous tue, mesti pikir dia akan komen yang negatif atau buruk2 ja kan. Takdak lah. Ada jugak yang xdak akaun gmail or blogspot guna anonymous untuk mengomen. Ada banyak jugak komen memuji fizgraphic dari anonymous nie. Thanks! Haa tak lupa gak kat semua yang kerap menjengok blog aku nie dan komen entry2 dan bagi kata-kata semangat kat aku. Hihihi.

P/S : Nanti mcm nak bagi hadiah jer sapa yang mengomen selalu di fizgraphic nie. Hihihi. Mohon cik saudari santaileeza inbox di facebook apit jap. Peace.


26 November 2012

Tips Menaip Sebuah Entri Blog Yang Lengkap

Nak bagi tips tulis entry sikit kat hampa. Aku takdak la terer sangat bab-bab tulis entry nie tapi tips nie boleh kot membantu hampa. Lagipown aku jumpa tips nie dari blogger Puteri Kasih. Credit for her. Terbaikk lah puteri. So yang mana newbie tue, boleh la gunakan tips nie okay. 


1) Tajuk yang simple tapi straight to the point - Tak perlu tulis tajuk yang gempak sedangkan langsung tak ada kaitan dengan entri. Kalau boleh elakkan dari tajuk yang panjang berjela, cukuplah tajuk short and sweet yang dapat menarik minat pembaca. Yang paling penting tajuk dan kandungan entri tersebut perlu ada kaitan. Jangan nanti tajuknya tentang kucing tapi kandungan entri semuanya tentang makeup. Takkan kucing guna makeup lak kan…hehe

2) Main point perlu ada - perlu ada info-info yang berkaitan dengan tajuk. Jangan asyik duk ulang benda yang sama dari mula sampai akhir entri tu. Kita ambil contoh tajuk kucing tadi, cuba huraikan tentang rupa kucing, makanan kegemarannya, karakter dia dan sebagainya. Jangan dari permulaan sampai ke akhir entri tu asyik ulang kucing suka makan ikan je. Pasti pembaca akan jemu. Cerita lah kucing tue pandai Gangnam Style ke. :-)

3) Perenggan - kalau entri agak panjang, tulis dalam bentuk perenggan. Cara ini lebih mudah di baca dan mudah difahami. Jangan nanti entri yang panjang macam kacang panjang tu semuanya ditulis dalam satu perenggan, mata boleh rabun tau kalau hari-hari baca camtu. Cuba bayangkan kalau kacang panjang tu kita tak potong, masak semua panjang-panjang camtu, mau tak tercekik time makan. Lain kali surrender dah tak nak makan kacang panjang yang tak dipotong.

4) Rumusan/Kesimpulan - jangan biarkan hujung entri tergantung tanpa ada penutup pada cerita korang. Nanti pembaca dah syok baca entri korang, tapi last-last tak ada ending. Macam drama bersiri yang tiada tayangan last episod. Pembaca akan rasa mereka membuang masa je membaca entri itu.
So dah baca ke semua tips atas nie. Amacam? Semua tue dah praktik ke di blog hampa. Kalau baru nak belajar tue, amalkan k. Aku pown nak amalkan tips nie lah. Bagus untuk menarik pembaca ke blog kita. Tpi apit xdak pembaca tetapi ada pengambil doodle. Hihihi. Silakan. Okay lah. tue jer nak share ngan korang. Selamat berblogging dan selamat selamat selamat. Daa..

23 November 2012

Arghhh! Mana Link Says Nie! Meh Nak Ajar..

La nie dah nak hujung bulan dah. Memang waktu yang sesuai nak cashout duit poket di internet nie. Apa lagi, bukak terus akaun says.my nak check baki ada berapa. Memang target nak ada RM200 pown untuk bulan nie sebab kurang sikit promote iklan says bulan nie. Agak sibuk sikit dengan design macam-macam. Alhamdulillah tercapai jugak. Haa kan dari dulu lagi aku cakap tak rugi join says.my nie.


Yang mana blogger atau facebooker atau twiter yang kerap duk online tue, apakata hampa mai daftar says nie. Daripada online tiap-tiap hari tak buat apa-apa pown kan. Meh daftar --> TEKAN. Kalau macam blur taktaw nak daftar says nie. Hampa boleh tengok link-link kat bawah nie ha. Aku dah pernah ajar sebelum nie. Simple senang dan mudah. Hihihi.


Ada kat facebook yang tanya aku camna nak dapat duit beribu-ribu macam aku dapat dulu tue. Of coz la kena berusaha kumpul adik-adik ooi. Share link, promote di wall facebook kita. Tapi jangan sesekali SPAM link iklan kita pada group-group taw. Buatnya hampa dah kumpul sampai RM500, pastue nak cashout, tetiba suspended. Kan rugi camtue. Hati-hati ye. Dah ramai yang dah jadi camtue. Hati-hati apabila share iklan kita. Hanya di wall atau fanpage kita saja k. :-) 

CARA TERBARU COPY LINK IKLAN SAYS

1. Log in akaun says dulu. Pastue masuk dashboard kan?
2. Tekan SPECIAL kat atas tue. Nampak?

2. Pastue pilih la iklan mana yang hampa nak amik link iklan tue. Contohnya aku amik iklan macbook Apple nie. Tekan ja gambar laptop tue. Loading...

3. Pastue kuar button2 share kan. Tekan Facebook punya button.

4.  Pastue tekan ja Share.

5. Nanti kuar pop up window. Copy link kat petak merah aku buat tue.

6. Ha siap lah. Tunggu apa lagi. Cepat lah share. Buat duit. :-)

SELAMAT MENCUBA!


20 November 2012

Anonymous Mengodam Lebih 660 Laman Web Israel

Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan internet di kawasan terlibat, Anonymous telah pun mengumumkan akan melaksanakan OpIsrael, dan kini kelihatan ratusan laman web Israel digodam, selain alamat emel dan kata laluan yang turut ditiriskan ke arena internet.



Daripada akaun Twitter @YourAnonNews, antara perkembangan semasa yang dikongsikan, adalah termasuk berkenaan pangkalan data Bank of Jerusalem yang dipadam, selain laman web kementerian Israel. Buat masa ini, pihak Anonymous masih lagi aktif mengodam web Israel, selain berkongsi pelbagai maklumat semasa melalui akaun Twitter mereka.

Ikuti akaun @YourAnonNews di Twitter
credit to : http://amanz.my/

UPDATED : ekoran dari serangan maya yang dilakukan oleh 'anonymous' lebih 44 juta website dan 700 website badan kerajaan dan politik Israel digodam, melumpuhkan Sistem Operasi mereka.

P/S : #PrayForGaza