Last updated!

26 November 2012

Tips Menaip Sebuah Entri Blog Yang Lengkap

Nak bagi tips tulis entry sikit kat hampa. Aku takdak la terer sangat bab-bab tulis entry nie tapi tips nie boleh kot membantu hampa. Lagipown aku jumpa tips nie dari blogger Puteri Kasih. Credit for her. Terbaikk lah puteri. So yang mana newbie tue, boleh la gunakan tips nie okay. 


1) Tajuk yang simple tapi straight to the point - Tak perlu tulis tajuk yang gempak sedangkan langsung tak ada kaitan dengan entri. Kalau boleh elakkan dari tajuk yang panjang berjela, cukuplah tajuk short and sweet yang dapat menarik minat pembaca. Yang paling penting tajuk dan kandungan entri tersebut perlu ada kaitan. Jangan nanti tajuknya tentang kucing tapi kandungan entri semuanya tentang makeup. Takkan kucing guna makeup lak kan…hehe

2) Main point perlu ada - perlu ada info-info yang berkaitan dengan tajuk. Jangan asyik duk ulang benda yang sama dari mula sampai akhir entri tu. Kita ambil contoh tajuk kucing tadi, cuba huraikan tentang rupa kucing, makanan kegemarannya, karakter dia dan sebagainya. Jangan dari permulaan sampai ke akhir entri tu asyik ulang kucing suka makan ikan je. Pasti pembaca akan jemu. Cerita lah kucing tue pandai Gangnam Style ke. :-)

3) Perenggan - kalau entri agak panjang, tulis dalam bentuk perenggan. Cara ini lebih mudah di baca dan mudah difahami. Jangan nanti entri yang panjang macam kacang panjang tu semuanya ditulis dalam satu perenggan, mata boleh rabun tau kalau hari-hari baca camtu. Cuba bayangkan kalau kacang panjang tu kita tak potong, masak semua panjang-panjang camtu, mau tak tercekik time makan. Lain kali surrender dah tak nak makan kacang panjang yang tak dipotong.

4) Rumusan/Kesimpulan - jangan biarkan hujung entri tergantung tanpa ada penutup pada cerita korang. Nanti pembaca dah syok baca entri korang, tapi last-last tak ada ending. Macam drama bersiri yang tiada tayangan last episod. Pembaca akan rasa mereka membuang masa je membaca entri itu.
So dah baca ke semua tips atas nie. Amacam? Semua tue dah praktik ke di blog hampa. Kalau baru nak belajar tue, amalkan k. Aku pown nak amalkan tips nie lah. Bagus untuk menarik pembaca ke blog kita. Tpi apit xdak pembaca tetapi ada pengambil doodle. Hihihi. Silakan. Okay lah. tue jer nak share ngan korang. Selamat berblogging dan selamat selamat selamat. Daa..

30 orang comel komen:

Nurul Atiqah said...

Nice tips. Thank you :)

Lyeen De Syifa said...

Thanx apit..tips yg buat pgajaran utk lyeen yg selalu buat tajuk entry pnjg berjela mcm nak buat slogan..HAHA..:) kena praktik ni..:)

Aida Omar said...

eh baru lepas baca tips nie kat blog puteri kasih tu tadi.. hehe. setuju sangat dengan tips2 nie.. boleh cuba lepas nie. :)

Afiq deLover said...

ty bro

nunnaly said...

*tengah menyalin dalam buku nota 555*

oho, begini caranya~ thanks bro!

Hafizzi Aziz said...

@Nurul Atiqah Welcome.

Hafizzi Aziz said...

@Aida Omar Hihihi. apit pown nak try jugak. :-)

Hafizzi Aziz said...

@nunnaly Salin bagi habes taw. jangan separuh ja. Hihihi.

Cik Kay Jue said...

thanks apit share tips.. :)

afifudinsohaini said...

boleh ni guna masa nak buat entry..

yayahnasake said...

thank you for sharing. nice info :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza sendiri sedang usaha meningkatkan calue blog.

MiSz fiFiEyQa said...

tercekik makan kacang panjang yang tak dipotong??haha..

btw...than for the tips..hehe..

p/s : lama jugak tak jenguk sini.. :))

Syuhada Nasya said...

thank :)

Hysham Hyszham said...

Menarik info . Boleh la share kan..

Muttallif said...

Tips yang bagus. Terutamanya jika perenggan terlalu panjang. Mestilah dipendekkan. Takut nanti pembaca takut untuk membacanya.

Bee Haa said...

teringat cekgu bm bagi tips utk jawap karangan 5 tahun y lalu.heheh.. nways.. good tip

Anisa Anuar said...

tips semua best...suka2..

zaza nizam said...

ilmu yg bermanfaat.. tq apit!

D i n said...

nice i like :D

Solehah Shamsuddin said...

nice sharing

Nurmujahidah Ismail said...

tq for this entry,, rasa makin smangat nak blogging,, hehe,,

Laurie Gina said...

bagus sangat tips ni. Arr .. terima kasih Cikgu Apit . harhar :)

Saif As-Solihin said...

tips yang sgt membantu kawan.... akan cuba dipraktikkan....

Alyn Adnan said...

Tenkiu bro apit :)

saifudin said...

Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

miz ruha said...

seperti menulis karangan bahasa melayu... ada intro dan ada penutup...
dah apit share doodle yang comel2, mestilah orang tak lepaskan peluang untuk ambil tempek kat blog diorang... ^_^
betul tak...?

Mrs Velentine said...

nice tips

zara muslimah said...

tq Bro... leh try ni... ;)

Mr. Apih said...

thanks 4 tips top