14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H | Menyingkap Pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W

Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012, dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita. InsyaAllah. Bila sebut sahaja Maal Hijrah ataupun Awal Muharam, pasti kita mengingati kembali kisah Penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi. 
Luangkan sedikit masa membaca sejarah penghijrahan Rasulullah S.A.W
Sejarah penghijrahan Rasulullah bermula pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu. 

Jabal Thur: Gua Tempat Nabi Bersembunyi Terletak di Puncak Bukit
Rasulullah SAW dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. 

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.  Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.  Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. 

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW.  Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. 

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.  Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. 

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam. Di samping itu perkuatkanlah juga fahaman aqidah , syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita lebih jelas maka iman dan taqwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT hidup kita akan lebih tenang.
KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah. Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam


8 orang komen:

Unknown said...

salam Maal Hijrah...smuge azam baru akn tcapai

Nurul Anis said...

entry yang menarik..

thnks for sharing, sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik..

Salam Maal Hijrah Fiz.. :)

MAMA AINUL said...

salam maal hijrah blogger ^^ dari saya farahin izzati ^^

Azhafizah MN said...

Salam Maal Hijrah ^__^

EH - Ekslamasi Holistik said...

Selamat tahun baharu hijrah 1434H...

Unknown said...

penghijrahan baginda bermulanya 1 hijrah...

MalizaMah said...

salam maal hijrah juga.....

Azza Afdzal said...

salam maal hijrah apit :)