30 December 2012

Freebies Timeline Kacak & Cantik

Duk saja-saja aku aku create timeline nie. Style gak. Hahahaha. Kalau hampa nak amik, ada banyak kat bawah nie. Laki ngan pompuan ada. KACAK dan CANTIK. Bila orang bukak facebook hampa, nampak timeline tue, mesti terkono kan. Hihihi. Jemput amik.
VERSI PEREMPUAN (Klik Gambar dulu pastue baru SAVE taw)

VERSI LELAKI (Klik gambar dulu baru SAVE taw)

P/S : Semua hamba ALLAH S.W.T cantik-cantik dan kacak-kacak. Nie gurau2 ja. :-)



Cara Cashout Churp-Churp

Tadi aku buat entry pasal nak cashout nuffnang kan. So ada blogger Nabila Medan suruh buat tuto cara nak cashout Churp-Churp lak. Hihihi. Tengah aku tak buat apa-apa nie, boleh la jap aku nak ajaq cara cashout churp-churp nie. Sapa yang tak daftar churp-churp lagi, TEKAN jer k.

1. Bukak churp-churp, pastue bahagian atas kanan tue ada account kita. Tekan Mange Account.

2. Then kat tepi tue ada button cashout kan? Tekan button tue. Tapi minimum cashout Churp-Churp nie RM100 kalau tak silap aku. Kan? Kalau tak cukup, xleh la tekan. Hihihi.

3. Lepas tekan Cash Out tue, automatik keluar butiran alamat kita kan. Make sure alamat hampa tue betoi sebab Churp-Churp pon antar cek mcm Nuffnang gak. :-) Maklumat betul? Tekan lah Confirm Cash Out.

4. Tadaa kuaq satu pop up message. Tekan OK.

5. Yeaaa Cashout Request dah berjaya. Then try check Cashout history lak.

6. Haa status pending. Eh kenapa RM237.46 lak? Tadi cashout RM238.76 kan? Haa sebabnya dia pon tolak gak RM1 untuk proses request kita. Macam nuffnang.

7. Dia ada bagitaw nak tolak RM1. So jangan marah-marah lak nanti sebab x cukup. :-)

8. Now hampa check email lak. Churp-Churp ada hantar email. Kiranya depa dah terima la request hampa tue. Paham? Good luck!



Cara Cashout Nuffnang

Semalam entry aku pasal aku cashout Nuffnang, Churp-Churp ngan Says kan. So hari nie aku nak ajar plak camna nak cashout Nuffnang. Cara dia mudah ja hampa nak cashout duit Nuffnang tue. Tapi mesti la earning nuffnang hampa dah matang dalam tue melebihi RM50. Kalau RM49, still xleh kuarkan lagi. Okay takmau cakap banyak-banyak, meh ikut tutorial nie okay.

1. Bukak akaun Nuffnang hampalah kan. Pastue tekan bahagian earning kat tepi tue, ada button Cashout di bawah bahagian kanan. Ha tekan Button Cashout tue.

2. Then lepas tekan tue, automatik akan drop ke bawah dan keluaq maklumat pasal kita contohnya nama ngan alamat then poskod ruma kita. Benda nie penting. Sapa yang 1st cashout dari Nuffnang, sila pastikan maklumat alamat betul sebab pihak nuffnang akan hantar cek ke rumah kita. Kalau nak boh alamat aku dan nama aku pon boleh jugak. Hahahahahaha. Then tekan Confirm.

3. Sebelum tue, pihak Nuffnang akan caj RM1 taw untuk setiap proses pengeluaran duit. Alaa biasa la tue. Macam hampa guna kad maybank, p cucuk kat mesin ATM RHB, caj RM1 kan, ha camtue lah. 

4. Lepas kita tekan Confirm tadi, tunggu dalam beberapa saat, keluar benda hijau, dia tulis apa ntah. Hahaha. Dia tulis mcm kat bawah nie. Kalau tak nampak, click gambar untuk besarkan. :-)

5. So maknanya hampa kena lah tunggu 30hari kalau status nuffnang hampa Geli2, kalau tak, kena tunggu 60hari. :-) Aku kena tunggu 30hari jer. Peace. So earning hampa automatik akan menjadi 0 sen semula. Selamat menabung semula okay!
Contoh cheque dari pihak Nuffang --> TEKAN SINI
P/S : Sapa kata jadi blogger tak dapat duit? Hihihi.


29 December 2012

Aku Cashout Nuffnang, Churp-Churp Dan Says

Aku nak buat entry panas sikit. Bagi panas hampa la. Hihihi. Aku takdak modai dah nak update apa malam nie. Saja la aku teringat yang esok dah 30hb Disember. Dah nak hujung bulan n hujung tahun 2012 dah. Aku nak cashout semua benda yang aku men setakat nie. Kecuali blin. Blin dah lama aku tak men. Bukan takmau men, tapi aku lupa password twitter aku. Aku dah la login guna twitter. Aku tak reti men twitter, tue malas bukak. Hhihihi. Aku duk men Nuffnang, churp-churp ngan Says. Selama aku main blog, yang nie duit sampingan aku sikit-sikit. Alhamdulillah. Berapa aku cashout? Tak banyak ponn mcm cik epal, lyssa, yuyu dan blogger2 top yang sewaktu dengannya. 

1. Nuffnang 
Cuba hampa teka, aku kumpul RM77.49 nie berapa lama? seminggu? sebulan? 3 bulan? Salahhhhh. Kalau hampa nak taw, nie nilai yang aku dapat kat atas tue selama 1 tahun 3bulan maybe atau lebih. Hahahaha. Aku taktaw kat mana puncanya sampai Nuffnang tak naikkan earning aku langsung dan tak pernah nak bagi BE. Tips dapat BE lak aku duk buat ja. Then selama tue jugak lah aku cuma dapat 1BE sahaja hari tue. BACA. Sedih ooiii. Tahun lepas aku leh colect RM1,000 kalau tak silap. Huk3. Tapi apakan daya, takdak rezeki kan. Hihihi. Apa2 pon tetap bersyukur dapat banyak nie kan. Boleh beli beras kat rumah kan? :-)


2. Says.My
Says aku suka sangat-sangat sebab tak pernah nak mengecewakan aku selama aku bergiat dalam says. Aku rasa dalam tahun nie aku dah colect dari Says hampir RM3,000 kalau tak silap la. Atau kurang sikit. Dan nilai RM245 aku colect tue aku kumpul dalam masa sebulan. Hihihi. Hampa nak daftar, hampa tengok SINI aku buat tutorial daftar says percuma. Dulu aku pernah dapat sampai RM1,000 terus dari says. Tengok ENTRY nie. Time raya hari tue. Hihihi. Kalau hampa blogger, tapi tak join says nie, memang rugi lah. Aku dah bergiat dalam says dari bulan 6 tahun lepas rasanya. Memang best! 


3. Churp-Churp
Haa nie lagi satu best. Churp-Churp. Sapa tak kenal kan. Anak syarikat Nuffnang aku rasa. Churp-Churp pon daftar free jugak. Aku buat tutorial daftar kat SINI. Dulu sebelum aku kenal ngan Says, aku main churp-churp dulu. Gila best dulu colect duit dari Churp-Churp, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah. Sekarang pon semakin best cuma aku ja x bergiat macam dulu sebab aku bertambah bizi sekarang. Tapi hasil dari churp-churp tak boleh lawan dari aku dapat dari Says. Hihihi. Apa-apa pon churp-churp terbaikk dan sangat comel. I like. Hihihi.


P/S : Aku bersyukur kepada-Mu YA ALLAH S.W.T yang sering memberi rezeki kepadaku.