31 May 2013

Ibu Muda Hamil Anak Kembar Lima




Assalamualaikum w.b.t

PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang untuk menyusukan semua anak-anaknya itu.

P/S : Bestnyaaaa


Buaya Gergasi



Menurut info buaya ni ditembak mati di Queensland, Australia 1957





30 May 2013

Wanita Diserang ‘Penunggu’ Almari



Assalamualaikum w.b.t

SELINSING - Seorang suri rumah terkejut apabila diserang dan nyaris dipatuk ular tedung yang melingkar di dalam almari di bilik utama rumahnya di Kampung Tebuk Haji Dollah, di sini, ketika mahu menyusun pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa hanya dikenali Rosmah, 30, baru selesai melipat pakaian dan membuka almari baju untuk menyusun pakaian berlipat, namun terkejut setelah dia terpandang objek berwarna kelabu terkeluar sedikit dari almari itu.

Menurutnya, ketika hendak melihat objek itu dengan lebih dekat, tiba-tiba dia terdengar bunyi seakan mendengus dari arah dalam almari itu.

“Pada mulanya, saya sangka ia kayu dan cuba menggerakkannya dengan kayu sebelum mendapati objek itu lembik dan bergerak tetapi senyap. Saya keluar sebentar sebelum masuk semula selepas beberapa minit kerana tak sedap hati.

“Saya terperanjat dan menjerit sekuat hati kerana benda itu rupa-rupanya ular tedung sepanjang kira-kira tiga meter lebih yang cuba bertindak menyerang saya setelah pintu almari dibuka sepenuhnya.

“Mujur saya sempat menutup semula dan segera menjerit memanggil suami yang ketika itu berada di luar untuk mendapat bantuan,” katanya kepada media di sini, kelmarin.

Suami mangsa, Mohd Zaki, 33, berkata, sejurus mendengar jeritan isterinya, dia bergegas masuk ke dalam bilik untuk melihat perkara yang berlaku.

“Selepas dimaklumkan isteri terdapat ular tedung selar menjadi penunggu di dalam almari bilik kami, saya segera menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.


“Dengan pantas sekumpulan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian tiba di rumah saya lebih kurang 20 minit kemudian untuk menangkap ular itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi dan Latihan JPAM Kerian, B Sugumaran berkata, sepasukan skuad operasi menangkap ular diketuai Abdul Sani mengambil masa lebih 20 minit untuk menangkap ular berkenaan kerana ia sangat agresif.

“Panjang haiwan berbisa itu lebih tiga meter dan berat lebih kurang tiga kilogram,” katanya.



29 May 2013

Lelaki Mirip David Beckham



Assalamualaikum w.b.t

Nama : Andy Harmer
Umur : 30
Tarikh Lahir : 2 Februari
Warna Favorite : Biru
Buku Favorite : Angels and Demons
Film Favorite : The Butterfly Effect
Makanan Favorite : Kari
Ayat Favorit : I saw the Angel in the marble and carved till she was free.







P/S : Gila sebijik. 


Video Zip Seluar Sakinah Pulak – Lagi Lagi Sakinah




Assalamualaikum w.b.t

Nama Sharifah Sakinah memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi hangat di kalangan peminat hiburan tanah air.

Kali ini dia tampil dengan video Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.

Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini. Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.



Sejajar denga pertambahan usianya itu, diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.

Ye, kami tahu awak memang gila-gila tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.

P/S : Lupa makan ubat ke apa minah nie. sumber


Fasha Sandha Dikritik Gara-gara Mandikan Bayi Secara Bersila



Assalamualaikum w.b.t

Sekiranya sebelum ini peminat memberi pelbagai respon negatif terhadap cara pelakon jelita, Fasha Sandha berpantang, terbaru pelakon tersebut turut dikritik gara-gara memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia sedang memandikan putera kesayangannya dalam keadaan bersila.

Kita Berpantang Ikut Cara Masing-masing – Fasha Sandha
Menerusi laman Facebook rasmi pelakon tersebut, terdapat segelintir peminat menyarankan agar Fasha memandikan anaknya dalam keadaan berdiri dan meletakkan tab mandi di paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang masih menyokong tindakan pelakon tersebut dan menyifatkan Fasha sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab kerana berani memandikan cahaya matanya sendiri dalam usia yang masih kecil.


P/S : Apa-apa pon rakyat malaysia nie prihatin. Yang menegur tue demi keselamatan bayi dan ibu. Yang menyokong pon bagus jugak. Biasa la, Fasha baru belajar nak jadi seorang ibu yang baik. Apa-apa pon, comel lah tengok Fasha mandikan baby dia. Like! Like! 


28 May 2013

Cara Jawab Telefon Yang Betul




Assalamualaikum w.b.t

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)



Private Party Budak Melayu Kita.. Melayu Nie Yang Hampa Nak?



Assalamualaikum w.b.t

Melayu! Haa aku melayu. Tapi aku tak berpegang kepada bangsa. Aku berpegang kepada agama. Sebab jangan kita berpegang kepada bangsa sahaja semata-mata. Nanti abes punah semuanya. Yang patut kita pegang adalah Islam. Islam itu cantik, bersih, suci dan indah. Disebabkan melayu sendiri, rosak nama ISLAM di negara malaysia. Kita dibesarkan dengan pemerintahan sekular. Bukan pemerintahan ISLAM. Yang siang malam media elektronik, media akhbar mencang negara kita berasaskan ISLAM. Kalau kita berasaskan ISLAM, mesti anak-anak muda melayu kita tak jadi macam sekarang.


Private Party, Anak Muda Melayu. Melayu camnie yang dibangga-banggakan oleh penyokong-penyokong kerajaan sekarang. Hidup Melayu yang dilaungkan siang dan malam, melayu nie kah yang nak memimpin Malaysia 20 Tahun akan datang? Video parti nie didapati dalam facebook SINI


Aku pelik betol. Melayu camnie ka yang dibangga-banggakan? Kalau yang nie yang hampa nak bangga sangat jadi melayu, serius aku malu wey. Aku malu dengan bangsa Cina, India, Iban dan Kadazan. Depa pandang melayu, akan terlintas yang kita nie semua orang ISLAM. Tapi nie ka yang ISLAM. Ohh something wrong. Kalau camnie kita tunjuk kat depa, camna depa nak ikut kita. Sebab kalau perangai camnie, lebih kurang ja lah ngan depa. So buat apa depa nak ikut kita, betoi dak. 


Aku pasti mesti akan kata kat aku camnie.. "Apit..tak baik bukak aib orang". WTF. Aku x bukak aib pon. Depa sendiri kot yang upload bagai di laman sosial. Tu orang alim. Depa xkan bukak aib orang. Aku tak alim, so? :-) Bukan aku sendiri yang pasang kamera dlm tu. Depa yang teringin nak jadi femes, aku cuma nak femeskan melayu sendiri. Kan hampa bangga sangat dengan Hidup Melayu hampa yang tak habes-habes tu. Percaya sangat dengan media-media masa. Yang banyak menipu kita siang dan malam. 


Aku benci orang yang lebihkan bangsa dari agama. Bodoh punya orang. Tak habes-habes nak racist. Bebal gila. Yang best, boleh plak cakap, kalau cina amik Malaysia, abes la melayu. Semua merempat di negara sendiri. Halooo ingat senang ka nak tukaq perlembagaan. Kalau melayu sekarang yang perintah pon dah anak-anak muda jadi camnie, biaq cina amik ja. Kan sama ja. Melayu nie sangat dimanjakan. Dulu kini dan selamanya. Come on la. Tegakkan agama islam. Takkan nak redha ja siang dan malam. Camnie yang dikatakan suruh bersyukur malaysia aman takda perang? Yela perang takda, leh buat benda2 lagha camnie. Hiburan diberikan permit 24jam. Nak buat ceramah agama, ada saja halangannya. Itu yang dikatakan bersyukur. Sumpah kau BODOH! Sekian.

P/S : Banggalah dengan ISLAM, Jangan bangga dengan Bangsa. Kerana bangsa itu lah yang menjatuhkan ISLAM itu sendiri. Bangun anak-anak muda. Kita ikut ulama. 


Review Pemenang Segmen Jom Kenali Blogger Baru


Assalamualaikum w.b.t

Haiii. Hari tu aku ada sponsor segmen satu blogger yang hampa pon kenai kot. Blogger Farahuda. Aku support blogger nie sebab aku pon free time nie. So selesai sudah segmen nie. Segmen INI. Then aku nak tunaikan janji aku nak review blogger yang dah menang. Meh aku kenalkan blogger2 nie. Jom kita follow!









P/S : Tahniah buat para pemenang.


Tutorial Blog - Header Transparent, Bila Upload Background Jadi Hitam




Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang tanya aku masalah pasal bila upload header yang format png atau transparent, akan jadi background warna hitam. Yeaahh ada something wrong di situ. Eh sat2, aku creditkan tutorial nie kepada blogger Shida. Aku copy balik ja nak ajaq hampa. Malas nak print screen bagai. Okay ini ada jawapannya. Sila ikut step satu persatu. :-)

1. Design header dalam tranparent dulu. Pastu upload gambar header dalam post. 
2. Klik gambar tu, then pilih Original Size sebab nak dapatkan link gambar yang ikut size kita design.


3. Then hampa Right Click atas gambar tu, amik Open image in new tab.

4. Copy link image tu kat URL Address tu. Yang aku buat anak panah tu.

5.  Bukak gadget dalam layout tu. Bukak yang bahagian Header tu, paste URL image tu dalam ruangan yang aku tunjuk contoh gambar kat bawah nie. Then SAVE. 

6. Tadaaaa kan dah takdak background hitam. Selamat Mencuba!

P/S : Credit to shida radzuan. :-)


27 May 2013

Fauziah Gous Bertunang Sabtu Ini



Assalamualaikum w.b.t

SETELAH kisah cintanya dengan Md Zhafran Md Yusof mendapat perhatian umum beberapa bulan lalu, hari ini, pelakon cantik, Fouziah Gous mengumumkan khabar gembira di mana dirinya sudah dilamar dan bakal bertunang, Sabtu ini. 


Menurut laman mikro Twitter pasangan ini, Fouziah dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter, Sabtu lalu. “Di Lapangan Terbang Subang. 


Akan terbang tinggi dan tinggi dengan Zhafran,” tulisnya pada jam 9.46 pagi. Pagi ini, Fouziah berkongsi gambar di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen berbunyi, “this lady just got proposed. Will you marry me...thanks for the sweetest memories.”

P/S : Bukan kena melamar, g umah family ke tanya mak ayah?  Aku taktaw sebab aku pon x kawen g. Hihihi.


Mak Kejam! Cuba Lemaskan Bayi..



Assalamualaikum w.b.t

Huh video yang bakal anda saksikan ini merupakan video yang sangat kejam. Bayi kot. Huh mak dia ka apa nie. Apa ke bangang sangat duk buat camtu. Kesian aku tengok bayi tu. Tercungap-cungap mintak udara. Huhu. Aku yang tengok pon sesak nafas dah. 


P/S : Dapat kat aku mak dia nie..memang aku bagi kuasa api naruto.


26 May 2013

Segmen Tak Perlu Buat Entry ! Leave ur Link je ! Ade Topup !



Assalamualaikum w.b.t

Jom join segmen simple ni. Tak perlu buat entry !!
Just leave link blog anda di ruangan komen blog ini--> Puan Qaleshya

Ada RM5 x 5 top up untuk dimenangi !
10 blogger bertuah akan di masukkan dalam bloglist tanpa had !

Jom letakkan link blog korang kat blog tu.
Just klik banner di atas !

Tarikh tamat 27 Mei 2013 jam 11 pagi !

Selamat Bersegmen semua.

p/s : Jom support blogger :)


Tahniah Ustaz Azhar Idrus Kahwin Isteri Ke-3



Assalamualaikum w.b.t

Saya selaku peminat Ustaz, mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus kerana telah berjaya menambah seorang lagi isteri. Ini merupakan isteri yang ketiga ustaz. Alhamdulillah ustaz. Terbaikkk lerr. Saya tak mampu rasanya nak beristeri banyak-banyak. Nak sorang pon puas kumpul duit. Hahahaha. Apa-apa pon moga semuanya berbahagian selalu dan Ustaz teruskan berceramah macam biasa ye. :-)


Tapi ada jgk yang kurang percaya pasal perkahwinan Ustaz yang ketiga. Ada yang tanya, mana gambar kedua-dua isteri ustaz tu. Tak datang ke majlis. Okay kat bawah nie gambar ketiga-tiga gambar isteri ustaz duduk semeja. :-)


Credit : JKKK FC





25 May 2013

Saiful Bukhari Azlan Selamat Diijab Kabul Dengan Nik Suryani



Assalamualaikum w.b.t

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh jurunikah negeri, Datuk Ismail Ali pada pukul 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.


Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu.

Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam ini sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan.

P/S : Alhamdulillah dah selamat. Nanti jangan ajar bini bersumpah plak. :-p