Assalamualaikum w.b.t
Terkini!!!
Penurunan Harga Minyak.
Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh BN. Negeri negeri yang terlibat adalah semua negeri kecuali Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha MCA negeri Johor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang berlangsung di Johor sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri BN.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
6.Minyak Lintah
7.Minyak Belacak
P/S : Jangan marah, nanti kena jual. Bersyukur sudah ye..
25 orang komen:
Tak ada maknanya minyak petrol nak turun apit.. Huhuhuu..
Hahaha. Ingatkan betul, tapi memang xboleh lah nak dapatkan minyak murah sebab kawe ore kelate.hehe :)
terkona den
ceh!!penat aku caya
Mangkok tingkat!
Hahaha.
Boleh la kawe borong minyak angin ngn minyak gamat tu banyak2 esok! :-D
hahaha...kalau minyak yang tue bolehla...lau minyak petrol or minyak masak, uish!! jangan harap lerr..
haha yo'o jelah nk turun. tunggu PR memerintah insyaAllah :)
sebaik aku dah baca mende ni 10 kali sebelum ni..haha..kalau tak terkena jugak la
puiii!!!!...cam sial...ilang ngantok aku...
puiii!!!!...cam sial...ilang ngantok aku...
harga runtuh..meh borong
klo betul..nk jgk ar borong myk angin tu apit
cap kapak nyer k..
jgn lupa anta terus kat umah..haha
Adui lah terkono den .... Baru je rasa nak menyesal sbb baru isi minyak tadi...
Baru nak rasa menyesal sbb baru isi minyak
Baru je nak berbahagia T_T
huhu...
adehhh..sabar je la bacanya..!
ahahah.. tertipu >,<
Baru nak inform kat abah, nasib baik scroll ke bawah hahaa
Cis! serius jer kite baca smapai abis.. Bengkek sesaat! Kahkahkah!
Warghh betuah punye budak! Joke of the day!
cis , berkobaqr2 nak bthau family.,,, baru ingat BN dah insaf ,.,, haha
suspen jer....bakau darah kata orang melaka....
haha dah terkena :P
wahaha..hampeh.. :P
Post a Comment