22 May 2013

Penyampai Berita Dakwa DJ Radio Raba Payudara




Assalamualaikum w.b.t

DJ Radio Ken Low yang lebih dikenali sebagai Ah Ken muncul di Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan mencabul pengacara tv dan rakannya di sebuah majlis.

Penyampai berita dan hiburan, Siow Hui Min dan Ting Yan Jing telah mendakwa DJ stesen radio UFM 100.3 itu telah meraba buah dada mereka, lapor The Straits Time.

Low, 28 bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut ketika perbicaraan yang bermula Rabu minggu lepas. Katanya lagi, hanya beliau sahaja seorang lelaki yang hadir dalam parti yang meraikan seorang rakan kepada tunangnya.

Beliau telah datang ke Kuala Lumpur pada 21 Julai tahun lepas untuk melawat tunangnya yang kini isterinya dan DJ Mary Lau ketika majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel.

"Hubungan kami merentas sempadan, dan saya berada di situ hanya untuk dua hari, jadi saya turut serta dalam parti tersebut," kata Low.

Beliau juga mendakwa ketika itu semua orang sedang mabuk, dan tidak mampu untuk mengingati kejadian tersebut kerana tidak sedarkan diri selepas itu. Ketika beliau sedar, isterinya memberitahu dua orang wanita mengadu buah dada mereka diraba olehnya.

Low dan Ms Lau cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik, tetapi tidak berhasil. Beberapa hari selepas itu, Ms Ting membuat laporan polis.

"Ini merupakan satu pengalaman hitam untuk saya tetapi saya bersyukur ianya sudah berlalu. Tahun lepas, kami terpaksa berulang-alik untuk menguruskan majlis perkahwinan," kata Low yang mengahwini Ms Low September lepas.

"Isteri saya sentiasa berada di sisi saya, dan kami percaya semuanya akan menjadi bertambah baik dalam hubungan kami."

Pengarah program untuk UFM 100.3 Carine Ang, 39 berkata mereka sedang menunggu keputusan dari mahkamah sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Ianya amat sukar sekali kerana melibatkan rakan karib. Kami percaya Ken dan akan memberi sepenuh sokongan untuknya," kata Ms Ang.

Ditanya mengenai masa depan kerjayanya, Low menjawab: "Saya lebih risaukan kesihatan ibu bapa saya."


P/S : Sapa suruh mabuk2. Alasan nak lepaskan diri. Kalau camtu, kalau mabuk, boleh bunuh orang la..then bagi alasan mabuk, pastu terlepas? Camtu?


5 orang komen:

Cik Nor said...

dunia oh dunia...

Vee said...

Kan kan kan. Kalau aku jadi perempuan tu, aku bomb rumah dia pastu ckp tak sengaja sbb mabuk. Pfts. People nowadays, pandai cari alasan. Adalah balasan dia nanti. Bini kena rogol ke. Impossible dua orang blh ckp benda yg sama and takkan nak menipu kennn.

Tengkubutang said...

ha2.. memang alasan lea tu kott.. hu3..

dari segmen/GA "Duo Big Giveaway!.. done follow sini lama dh..

NJihe.am said...

sebab tu Islam mengharamkan arak. Dah jadi macam tu, memalukan diri sendiri.

Sukma said...

alasan.... kalau dah mabuk semua boleh jadi....jauhkan diri daripada orang yang mabuk....