Showing posts with label Anak Kembar. Show all posts
Showing posts with label Anak Kembar. Show all posts

05 June 2013

Ibu Mengandung Bayi Kembar Lima Selamat Bersalin




Assalamualaikum w.b.t 

Seorang wanita Republik Czech telah melahirkan bayi kembar lima yang sihat hari ini (Ahad), yang pertama yang dilahirkan di negara itu. Alexandra Kinova, 23, melahirkan empat bayi lelaki dan seorang bayi perempuan melalui pembedahan Caesarean, kata pegawai di Institut Prague untuk Penjagaan Ibu dan Kanak-kanak. 

Doktor berkata, ibu dan lima bayi beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi. 
Suami Alexandra hadir semasa dia bersalin. Alexandra sudah mempunyai seorang anak lelaki dan dia membantu memilih nama untuk lima adik-beradiknya yang baru. 

Kakitangan perubatan memeriksa Alexandra 23 tahun sebelum pembedahan di Hospital Podoli di Prague, Republik Czech


Pakar bedah memulakan pembedahan Caesarean terhadap Alexandra


Doktor merawat salah seorang bayi yang baru dilahirkan


Empat bayi lelaki dinamakan Deniel, Michael, Alex dan Martin dan bayi perempuan dinamakan Terezka


Salah seorang bayi kembar lima yang pertama dilahirkan di Prague


Ibu dan lima bayi beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi


Seorang jururawat merawat bayi yang baru dilahirkan. Kesemua bayi mempunyai 95 peratus peluang untuk membesar sihat

Empat bayi lelaki dinamakan Deniel, Michael, Alex dan Martin dan bayi perempuan dinamakan Terezka. 
Pasangan tersebut tidak tahu jantina semua bayi berkenaan sehinggalah mereka dilahirkan kerana dua bayi terlindung semasa imbasan. 

Zbynek Stranak, ketua doktor di bahagian institut neonatal berkata kelahiran berlaku 'tanpa sebarang komplikasi.' Beliau berkata, bayi mempunyai peluang 95 peratus untuk membesar sihat. 
Ibu kepada enam anak itu tidak sedar dia mengandung lima bayi sehingga bulan lalu.

P/S : Wahhh sekaligus beranak. :-)


31 May 2013

Ibu Muda Hamil Anak Kembar Lima




Assalamualaikum w.b.t

PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang untuk menyusukan semua anak-anaknya itu.

P/S : Bestnyaaaa


17 March 2013

Faktor Untuk Mendapat Anak Kembar

Assalamualaikum w.b.t

Eeeeee suka betul aku dengan kembar nie. Aku nie tinggi gak cita2 nak anak kembar tapi tercapai ka? Hahahaa. Tue semua keja Allah S.W.T. Anak kembar ke tak, yang penting sihat tubuh badan, akal fikiran yang baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Itu yang sebetulnya. Tapi kalau dapat kembar pon, bonus tue. Hahahaha. Kat bawah nie ada 5 faktor yang keberangkalian untuk mendapat anak kembar itu tinggi. Jom usha. :-)


GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.


UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.


DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

P/S : Semua rezeki ketentuan Allah, yang seharusnya kita doa ialah mendapatkan anak-anak yang ramai lagi soleh & solehah.