Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

17 August 2013

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan


Assalamualaikum w.b.t

Ada sapa2 yang tahu pasal kejadian menimpa Ustaz aku nie. Update sikit. Terok ke kereta? Pihak satu lagi camna? Cedera tak? Hope semuanya selamat. Aku jumpa berita nie dalam Blog Paly. :-)



UPDATED!!

Gambar dan punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan - Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu pronton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara. Korang lihat sendiri, kereta buatan malaysia hancur remuk berbanding kereta buatan luar negara. Tak hairanlah kenapa Ustaz Azhar Idrus dan isteri tak cedera. -sumber-





11 June 2013

Maryam Mazlieynna Mendakwa Ustaz Azhar Idrus Mengajaknya Berbuat Maksiat




Inilah pengakuan seorang gadis di akaun Facebooknya yang admin sendiri tidak pasti samada ianya benar atau tidak. Gadis ini dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee kelihatan tidak berpuas hati dengan Ustaz Azhar Idrus dan telah membuat kenyataan terbuka di Facebooknya.


Persoalannya, jika apa yang diperkatakan oleh Maryam itu benar, kenapa tidak melaporkannya kepada polis sahaja? Perbuatan meraba dan mengajak berzina di hotel boleh dianggap satu jenayah besar. Kalau tak berani buat laporan dengan polis bermakna kenyataan gadis cantik ini adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan imej Ustaz Azhar Idrus.

Berikut ialah printscreen kenyataan mengejut dari Maryam Mazlieynna Mazlee yang telah dikongsikan oleh laman blog popular. Admin ada cuba mengakses pemilik akaun Facebook ini namun gagal kerana telah pun di delete.

P/S : Fitnah akhir zaman..yang jahat di angkat..yg baik dihina.. 


26 May 2013

Tahniah Ustaz Azhar Idrus Kahwin Isteri Ke-3



Assalamualaikum w.b.t

Saya selaku peminat Ustaz, mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus kerana telah berjaya menambah seorang lagi isteri. Ini merupakan isteri yang ketiga ustaz. Alhamdulillah ustaz. Terbaikkk lerr. Saya tak mampu rasanya nak beristeri banyak-banyak. Nak sorang pon puas kumpul duit. Hahahaha. Apa-apa pon moga semuanya berbahagian selalu dan Ustaz teruskan berceramah macam biasa ye. :-)


Tapi ada jgk yang kurang percaya pasal perkahwinan Ustaz yang ketiga. Ada yang tanya, mana gambar kedua-dua isteri ustaz tu. Tak datang ke majlis. Okay kat bawah nie gambar ketiga-tiga gambar isteri ustaz duduk semeja. :-)


Credit : JKKK FC





23 February 2013

Penerima BR1M Haiwan: Apa Komen Ustaz Azhar

Assalamualaikum w.b.t

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.
Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?  Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.
Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

VIDEO ASAL KATA-KATA TOK GURU


15 September 2012

Alhamdulillah Dapat Jumpa Ustaz Azhar Idrus

Semalam pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus di Perkarangan Stadium Alor Setar Kedah 14 September 2012. Memang before tue dah plan ngan membe aku si fahmi tue nak pergi. Cuaca alhamdulillah tak hujan semalam. Lega. Sebab pagi tue hujan and cuaca mendung ja. Risau gak la sebab di utara sekarang nie tiap-tiap hari hujan tambah2 time malam. Memang wajib akan hujan. Tapi semalam, wahh rahmat tuhan untuk memudahkan majlis, so tak hujan. Semua berjalan dengan lancar.

Aku ngan membe bertolak dari Sg. Petani ke Alor Setar pukul 5.30 petang. Masuk highway terus sebab takut takdak parking nanti di sana kalau lambat. Perjalanan makan masa 45minit camtue lah kalau bawak 110km/h. Hihihi. Sampai sana saja, singgah amik sepupu aku di Alor Merah (kampung aku nie). Dekat sangat ngan stadium. So kami sampai di stadium pukul 7.30 p.m camtue. Huhh lega gila. Parking terbentang luas. Betul2 park belakang kereta polis. Hahahaha. Then pergi makan n solat.

Baru sudut tepi. Di belakang lagi ramai. Di skrin2 besar kat luar beribu. Dasyat!
Tungu punya tunggu, akhirnya Ustaz Azhar sampai pown dalam pukul 9.30 malam. Memang dah macam artis dah. terbaikkk lah Ustaz. Pengaruh dia amat kuat skang. Orang mude geng kite kan Ustaz. Icon anak-anak muda sekarang nie. Patot penyokong UMNO a.k.a kerajaan takut dengan pengaruh dia nie sampai ada sesetengah tempat tak bagi dia buat ceramah. Kononnya Ustaz nie sesat. Waklu sesat. Mu tue yang sesat BODO! Nie salah sorangnya yg kata Ustaz nie sesat -- TEKAN Haa amik hang kena ngan aku. Takut Ustaz menyampaikan benda yang benar. Moga kita terus dengan perjuangan menegakkan ISLAM di Malaysia! Amin.

Yang hadir bersama Ustaz Azhar Idrus semalam ialah Ali XPDC, Hairie Othman (Leftenan Adnan), Empy Spring dan Bob Lokman. Best gila bak hang. Tak payah bawak mai artis-artis seksi pown orang dah ramai. Serius ramai. Jalan jem. Aku sempat gak merakam video masa aku duk bersantai dalam ceramah nie. tapi gelap lah. Tak bawak kamera. Guna Galaxy Tab jer. :-)

Ali XPDC menyampaikan sebuah lagu bertajuk Untukmu ALLAH Yang Esa. Lagu nie pada asalnya lagu Bunga Angkasa, tapi ditukar untuk menyedapkan lagi. Lirik lagu nie pown adalah memuji-muji. Alhamdulillah. Sedap suara Ali. Key tinggi tue. Rakam sikit jer.

Ustaz Azhar Idrus speaking KEDAH la plak. Amboi Ustaz. Bley tahan no. Hihihi.
Memang lama gak lah duduk di bawah. Nek kematu pungkoq aku. Sakit pinggang, sangap rokok n macam-macam lagi. Nak bangun pergi ke tepi sana, confirm2 nak masuk duduk balik tak bleyh dah. Pastue hujan mcm nak turun, so aku ngan membe aku p la lepak kat tepi tue plak. time tue pown memang macam dah penghujung dah. So baik kami gerak kuar awal sikit duk di tepi pentas. Tengok dari dekat. Then Ustaz bersalam-salam ngan orang di situ. Sapa takmau salam ngan ustaz ye dakk. Ambil berkat boh! 

Tapi sayang..Aku tak dapat nak bersalam sebab aku nie kan kecik, tangan pendek, sua tangan pown x sampai. Kena tolak orang ke belakang. Kesian sungguh. Takperlah, amik video pown jadilah.
Habis majlis jer, terus gerak nak balik Sg.petani balik. Time tue dah pukul 1 pagi. Lewat dah. Tapi sempat singgah di RnR Gurun Kedah sebab lapar. Makan dulu sepinggan nasi lauk ayam, then pecut drive sampai SP. Jangan kena Speed Trap sudah lah. Oh malaysia ku. Saman jer keja hampa. Sampai kat umah tepat pukul 2 pagi. Alhamdulillah. Hmm tue ja nak ceta kat hampa. Salam :-)