Assalamualaikum w.b.t
Ada sapa2 yang tahu pasal kejadian menimpa Ustaz aku nie. Update sikit. Terok ke kereta? Pihak satu lagi camna? Cedera tak? Hope semuanya selamat. Aku jumpa berita nie dalam Blog Paly. :-)
UPDATED!!
Gambar dan punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan - Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.
Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu pronton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara. Korang lihat sendiri, kereta buatan malaysia hancur remuk berbanding kereta buatan luar negara. Tak hairanlah kenapa Ustaz Azhar Idrus dan isteri tak cedera. -sumber-
9 orang komen:
aku sndiri pun hairan.. teruk sgt yang buatan malaysia remuk, huhu..
ALHAMDULILLAH, uai selamat..namoak beza kenderaan kat situ, mana yang lebih baik..:D
Entah le...malang sungguh kite ni ye...proton hatcback yg baru release tu pun harga sampai 76k...ade member secara sinis kate,lebih baik dia ambil Honda Jazz je... tambah 3k je lg kate nya.Angah dengar ayat tu terus terkedu tanpa kata...wajar kah kita sebagai warga negara Malaysia ni harus mengeluarkan belanja yg sebegitu untuk sebuah kereta nasional buatan negara kita sendiri...!!!???
Alhamdulillah. Big boh kite selamat. Alhamdulillah.
salam,
apa yang penting semua selamat.. Alhamdulillah
rasanya UAI selamat....
alhamdulillah..selamat semuanyer
uai boleh lagi tersenyum walaupun eksiden :)
Ujian allah untk uai je tu...
Post a Comment