Last updated!

15 September 2012

Alhamdulillah Dapat Jumpa Ustaz Azhar Idrus

Semalam pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus di Perkarangan Stadium Alor Setar Kedah 14 September 2012. Memang before tue dah plan ngan membe aku si fahmi tue nak pergi. Cuaca alhamdulillah tak hujan semalam. Lega. Sebab pagi tue hujan and cuaca mendung ja. Risau gak la sebab di utara sekarang nie tiap-tiap hari hujan tambah2 time malam. Memang wajib akan hujan. Tapi semalam, wahh rahmat tuhan untuk memudahkan majlis, so tak hujan. Semua berjalan dengan lancar.

Aku ngan membe bertolak dari Sg. Petani ke Alor Setar pukul 5.30 petang. Masuk highway terus sebab takut takdak parking nanti di sana kalau lambat. Perjalanan makan masa 45minit camtue lah kalau bawak 110km/h. Hihihi. Sampai sana saja, singgah amik sepupu aku di Alor Merah (kampung aku nie). Dekat sangat ngan stadium. So kami sampai di stadium pukul 7.30 p.m camtue. Huhh lega gila. Parking terbentang luas. Betul2 park belakang kereta polis. Hahahaha. Then pergi makan n solat.

Baru sudut tepi. Di belakang lagi ramai. Di skrin2 besar kat luar beribu. Dasyat!
Tungu punya tunggu, akhirnya Ustaz Azhar sampai pown dalam pukul 9.30 malam. Memang dah macam artis dah. terbaikkk lah Ustaz. Pengaruh dia amat kuat skang. Orang mude geng kite kan Ustaz. Icon anak-anak muda sekarang nie. Patot penyokong UMNO a.k.a kerajaan takut dengan pengaruh dia nie sampai ada sesetengah tempat tak bagi dia buat ceramah. Kononnya Ustaz nie sesat. Waklu sesat. Mu tue yang sesat BODO! Nie salah sorangnya yg kata Ustaz nie sesat -- TEKAN Haa amik hang kena ngan aku. Takut Ustaz menyampaikan benda yang benar. Moga kita terus dengan perjuangan menegakkan ISLAM di Malaysia! Amin.

Yang hadir bersama Ustaz Azhar Idrus semalam ialah Ali XPDC, Hairie Othman (Leftenan Adnan), Empy Spring dan Bob Lokman. Best gila bak hang. Tak payah bawak mai artis-artis seksi pown orang dah ramai. Serius ramai. Jalan jem. Aku sempat gak merakam video masa aku duk bersantai dalam ceramah nie. tapi gelap lah. Tak bawak kamera. Guna Galaxy Tab jer. :-)

Ali XPDC menyampaikan sebuah lagu bertajuk Untukmu ALLAH Yang Esa. Lagu nie pada asalnya lagu Bunga Angkasa, tapi ditukar untuk menyedapkan lagi. Lirik lagu nie pown adalah memuji-muji. Alhamdulillah. Sedap suara Ali. Key tinggi tue. Rakam sikit jer.

Ustaz Azhar Idrus speaking KEDAH la plak. Amboi Ustaz. Bley tahan no. Hihihi.
Memang lama gak lah duduk di bawah. Nek kematu pungkoq aku. Sakit pinggang, sangap rokok n macam-macam lagi. Nak bangun pergi ke tepi sana, confirm2 nak masuk duduk balik tak bleyh dah. Pastue hujan mcm nak turun, so aku ngan membe aku p la lepak kat tepi tue plak. time tue pown memang macam dah penghujung dah. So baik kami gerak kuar awal sikit duk di tepi pentas. Tengok dari dekat. Then Ustaz bersalam-salam ngan orang di situ. Sapa takmau salam ngan ustaz ye dakk. Ambil berkat boh! 

Tapi sayang..Aku tak dapat nak bersalam sebab aku nie kan kecik, tangan pendek, sua tangan pown x sampai. Kena tolak orang ke belakang. Kesian sungguh. Takperlah, amik video pown jadilah.
Habis majlis jer, terus gerak nak balik Sg.petani balik. Time tue dah pukul 1 pagi. Lewat dah. Tapi sempat singgah di RnR Gurun Kedah sebab lapar. Makan dulu sepinggan nasi lauk ayam, then pecut drive sampai SP. Jangan kena Speed Trap sudah lah. Oh malaysia ku. Saman jer keja hampa. Sampai kat umah tepat pukul 2 pagi. Alhamdulillah. Hmm tue ja nak ceta kat hampa. Salam :-)

22 orang comel komen:

MrJep said...

Orang mude geng kite:)

Eiyka ツ said...

Bestnyee dapat p . Eiyka nak p selalu ada halangan . Belum ada rezeki :)

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

hahaha ;) best kan uai? memang terbaik la ;)

Aisyah Khalil said...

haha..first-first ayah Aisyah ajak pergi jugak..tapi,,seganlah..sbb kawan abg ikut jugak..

ezrylna said...

jeles sangat92947746688299xx!!!!!

Che Rosliza Che mat said...

berani betul blog tue kutuk ustaz ya...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

waaaa.... awk dpt jumpa erk. leeza pun suka dgr kat utube ..
hehehe

muhammad asyraf said...

bestnya.. x pernah tengok ceramah dia live..

Erika Azmi said...

best la abg apit g tgk...excited dye..hihi

Aliff Haikal said...

Wow :) Alhamdulillah


Tapi tak sokong dengan ayat penyokong UMNO tu . Actually ramai je penyokong UMNO yang setia dengar ceramah UAI . Politik perkara lain , agama perkara lain :)

imantizz_truper said...

ceramah UAI best..dan setuju sangat2 dgn statement Aliff Haikal..politik lain,agama lain...jgn campurkan dua2..^_^

MawardiYunus said...

lepas ni leh r ganti UAI bro.huhuhu

hudasharif said...

bangga dgn anak2 muda skang pergi dgr ceramah agama :)
dapat banyak manfaat... ^^

syiela said...

bestnya dapat pi... hb akak teruja nk pi tapi akak pun kalut nak ikut.. kembaq lagi hahahha last2 melangut ja kat rumah


***hg dok mna dik kat sp ni.. akak pun area tu gak...

Kuman Chaos said...

fuh... ghamai gila orang.. memang mantop nih...bila la aku nai bleh join gak nih asik dok tengok kat youtube aja..

Nurul Ain Atikah said...

bile la time bebudak cam saye nie nak gie tengok ustaz. teringin sangat.

Nurul Ain Atikah said...

bile la time bebudak cam saye nie nak gie tengok ustaz. teringin sangat.

Destinasi Cinta said...

mlm ni jom ramai2 pakat2 gi stadium melawati shah alam terutamanya geng2 area selangor/KL..UAI insyallah akan berada di sana pula. :)

Destinasi Cinta said...

mlm ni 15/12 lps magrib insyaallah UAI akan berada di perkarangan stadium melawati shah alam, yg duk area Selangor/KL ayuh pakat pi penuhkan stadium :) yg jauh klu nk mai lg la mantop..hahahaha..

Anonymous said...

Hahahahaha... Parti islam lah sngt..Woi,Jet terhempas kat bulan ker? Orng pas nih klau dh kemaruk nk naik pngkat.nk jadi PM lah ape lah, snggup lkukan ape shje..Ckp parti islam asl bnyk cina masuk maa.Haiyaaa. -.- kasi taik la sme anuar! Bodoh punye jantan

Anonymous said...

saman?? Oh,utk keselamatan kau jugk..

Solehah Shamsuddin said...

Wah bestnya Apit dpt g sne. Ksian kat Apit xdpt salam dgn UAI. xpe Apit. Insya-Allah pertemuan yg akan datang nt, Apit dpt salam dgn UAI.