31 October 2012

Dara Laptopku Dijaga Oleh Kapersky

Assalamualaikum w.b.t

Laptop aku telah dinodai berkali-kali semalam. Terasa macam kena rogol bergilir-gilir ja. Virus-virus cinta masuk menyerang. Aku ingatkan lambat lagi la nak habeh tarikh tamat tempoh antivirus yang tahun lepas punya. Rupanya dah tamat dah. Adoyai. Nak harapkan antivirus crack atau trial memang 100% aku tak percaya. Hahahaha. Percaya kah anda, aku tak pernah format lappy aku sejak dari tahun 2009. Memang dari dulu jaga dengan antivirus original. Dijamin tak kena attack dengan virus. Ha tengok lah layout antivirus kapersky 2012 nie. Huhuhuhu. Dah tamat dah riwayat dia. Kesiannn..


Expired sudah! Haa serabut dah. Hahahaha. Dengan pantas aku p kedai komputer nak carik antivirus. Kapersky nie memang dah bertahun-tahun aku guna. Dah selesa dengan antivirus nie. Daripada hasil search aku kat google kan, antivirus nie ringan. So ringan lah lappy aku nak install. Lagipown aku kerap men ngan Adobe Photoshop. Memang berat lappy aku nie. Tapi kadang-kadang tue slop la jugak. KADANG-KADANG! bukan tiap2 hari pown. 

Tadaaaa! Aku dah beli :-) 3 Users 1 Year
|
|
v

Wahai adikku si Syarifah Nor Hazirah, satgi aku pasang antivirus nie kat lappy hang jugak. Daif sangat dah aku tengok laptop hang tue. Hahahaha. Tobat lahom penuh ngan virus-virus cinta. Berat. Yang best pasal antivirus kapersky skang nie, dah tak bagi CD dah untuk install. Hahahaha. Apa depa bagi? PENDRIVE beb! 8GB lak tue. Software dalam tue. Haa bagus sesangat. memang pendrive aku pown hilang. Hahahaha. Boleh la rembat pendrive nie. Eh lupa nak gtaw harga untuk antivirus nie. Harga RM155 untuk 3 Users 1tahun taw. Berbaloi sebab kalau 1 users saja RM89 kalau tak silap. Haa yang mana student U ka kolej ka, hampa share la duit. Duit pinjaman ada kan. Guna. Bukan guna p shopping. :-) 


Eh rupanya bukan antivirus untuk PC or lappy ja. OMG! Bestnya. TABLET pon ada jugak! Padan la mahal. Bukan tablet ja, untuk mobile pown ada jugak. Alhamdulillah. Tak perasan lak aku tadi masa beli. Aku nampak ja 3 users, terus beli. Memang Galaxy Tab 7.7 aku tue penuh dengan virus. Selalu jem. Tension kekadang. Tue la akibatnya kalau online 24jam tapi safety xdak. Camtue lah jadinya. Boleh la install Tab aku sekali jap lagi. :-) Best best. 
10 List Antivirus Terbaik Tahun 2012 - 2013 -- TEKAN
Haa hampa tunggu pa lagi, p la beli antivirus gak. Daripada hampa duk format lappy sampai berpuluh-puluh ringgit setahun, bek beli ja antivirus original. Terjamin selamat. Takdak tension masuk virus ke apa. Ha jangan lupa amik Internet Security taw. Tu pown kalau hampa duk kerap online la. Peace. Salam.


30 October 2012

Tukar Header Lagi? Ohh Ngadanya Aku..



Assalamualaikum w.b.t.

Sapa perasan yang header blog fizgraphic nie bertukaq lagi?. Hahaha. tulisan tak tukaq la, saja ja tambah gambaq anonymous tue. Malas dah nak boh gambaq sendiri. Nak sembunyikan identiti lak pasnie. Ohhh mengadanya kan. Hahaahhaa. Taktaw nak update pasal apa. Aku update jer lah pasal header blog fizgraphic nie dari dulu sampai la skang nie. Gila buruk header aku yang dulu. lawak plak tengok. Hahahaha. Jom tengok perkembangan header blog nie dari semasa ke semasa. Kuang3.
Dulunya nama mp3spark.blogspot.com. Oh apa mimpi aku boh nama blog nie.
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|
|
v
|

|
v

TERKINI. HAHAHAHAHAHA.

 KOMEN LA SIKIT WEY! Kih. Kih.Kih.

27 October 2012

Telemovie Tersalah Cinta Over Berlakon Di Tanah Suci Mekah

Perempuan itu MERBAHAYA. Itu yang aku duk dengar kat telemovie nie. Hahahaha. lagu sapa nyanyi ntah. Lagu tema kot. Ahh abaikan pasal tue. Telemovie nie sempena dengan Hari Raya Haji di TV3. Lakonan Aqasha, Johan As'ari, Neelofa, Rita Rudaini, dan Nazim Othman. Telemovie nie sambungan dari telemovie tahun lepas kalau tak silap. Tajuk apa taktaw. Dah lupa. Nie sambungan nya lah. Tapi kali nie depa berlakon kat Tanah Suci Mekah. Tempat yang paling suci sekali bagi umat islam dan sekalian umat manusia.

Aku bukan nak ceta pasal sinopsis telemovie nie, tapi pasal adab-adab depa dalam lakonan tue. Awat aku macam pelik sikit ja tengok telemovie nie. Dengan lakonan Neelofa yang tergedik-gedik kat ustaz lakonan oleh Aqasha tue. Macam over terlampau ja. Bukan aku nak banned teleomovie nie. Nie cuma pendapat aku ja la. Mesti ada yang nak hentam aku. Semestinya anonymous yang akan menghentam aku. Hahaha. Takpa, i love u anonymous! Nie blog aku, aku punya suka la nak tulis apa. Hihihi. 


Bab neelofa nie. Meluat nya aku tengok dia kat telemovie nie. Kalau watak camtue berlakon dalam Malaysia no hal lah kan, tapi kat mekah, jangan la over sangat nak berlakon watak camtue di tempat suci. Hormat sikit. Haa aku taw la berlakon, tapi respect la sama. Kat tempat len xpa, xdak sapa pown peduli. Nasib bek la jaga adab pakai tudung bagai kat tempat suci. Kan bagus kalau pakai ja camtue kalau balik malaysia pown. Ohh neelofa, muka mu lawa, tergugat aku, tapi sayang...alahai.. 


Ada satu part kat di telemovie nie di Bukit Jabal Rahmah Mekah. Tempat nie adalah tempat untuk wanita berdoa memohon jodoh. Haa part nie tak berapa sedap, watak neelofa untuk menulis nama jodoh yang dia idamkan di batu di bukit tue. Memang tak dinafikan, memang ramai pown jemaah buat benda-benda bidaah dan tak betul atas Jabal Rahmah, paling kerap sekali mereka tulis nama pasangan/kekasihnya kat batu-batu di situ, adakah??? Tapi naseb aqasha sebagai watak ustaz sempat memberi nasihat itu semua khurafat. Kalau tak, kena hentam kaw2. Namun setiap tahun petugas Arab Saudi akan cat balik dengan warna putih seperti sediakala.


Lagi satu bab si Johan As'ari nie. Dia nie paling over sekali berlakon aku tengok. Agak-agak la nak berlakon pown. Steady-steady sudah la. Aku tak suka part di kaabah tue, dia jalan masa tak pakai kasut tue, kenapa macam tue? Nanti ada lah di youtube, hampa tengok lah sendiri. Ish! Awat la lagu tue wey botakk. Aaaiiiii. Tak taw lah aku. Serabut ngan drama melayu nie. Contohilah adab-adab berlakon di tanah suci mekah macam drama Adam & Hawa tue. Nice. Takda over-over sangat berlakon. Nie telemovie nie depan kaabah pown boleh buat skrip jerit "AWEK CUN". Pening pening. Takpa bro, aku komen ja nie lakonan kau, aku tetap minat kau bro. Lain kali hati-hati k. :-)

P/S : Tingkatkan kualiti drama melayu please. Jaga sensitiviti agam islam please. Jangan bagi nampak ISLAM nie lekeh sangat kat kafir-kafir tue. ISLAM nie INDAH sangat. Aku doakan neelofa bertudung suatu hari nanti. Hampa doakan aku stop pakai short ye. Aminnn. Tegur tanda sayang. Peace.


24 October 2012

Freebies Doodle Muslim Pergi Haji

Lama tak buat freebies kat hampa semua. Nie dekat nak raya nie elok sangatlah aku buat freebies muslim pakai serban nie. Comel plak. Tapi gambar nie aku modified dari ilmi-islam.com. Hampa boleh serbu website tue untuk dapat info-info pasal islam. Freebies nie sempena dengan Hari Raya Aidiladha hari jumaat nie. Eh jumaat kan. Haa mak ayah sapa yang p haji tue? Moga jemaah haji selamat pulang nanti ya. :-) Hampa amik lah freebies nie dah wish Aidiladha pada kawan-kawan kat blog ngan facebook :-)
Mohon bagi duit raya kat apit --> TEKAN

Tahun lepas kalau tak silap aku, ada gak buat freebies aidiladha. Cartoon lembu kot. Haa betul-betul, ada la yang tahun depan. Hampa nak amik freebies tahun nie boleh, yang tahun depan hampa TEKAN sini okay. Tue ja kot nak update hari nie. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ye. :-) Salam.

P/S : Teringat Adam Mukhriz plak di Tanah Suci Mekah dalam ceta Adam & Hawa. Hihi.



23 October 2012

Ada Lemak Berlebihan Macam Aku? Jom Pakai Nie..

Haa lama x update entry kan. Kali nie entry nak promote satu produk nie jap. Apit tak dapat apa-apa komisen pown tapi nak berkongsi dengan hampa semua yang ada masalah lemak lebihan mcm aku nie boleh la try dengan produk nie. Serius menjadi. Insyaallah. Hampa cuba try tengok. Dun wory lah. Tiada bahan kimia. HALAL. Insyaallah berkesan. Belum cuba belum tahu kan.

Hampa nak kurus dengan hanya sapuan lotion? Tak mau rasa panas and berbau minyak angin ketika ke tempat kerja, universiti, sekolah dan lain-lain tempat? Jom try Inchloss by Felinna yg selling Fast ! Baru sahaja dipasarkan ! Memang berkesan! With KKM number and HALAL logo.. Krim color pink (Pompuan kan suka pink..Kan? Sangat Wangi, mint and sgt lembut ! Yang paling penting, Perempuan & Lelaki boleh pakai... Aku pown rembat gak satu nie. Lebihan lemak di perut. Hahahaha.


Produk nie baru di pasaran untuk hilangkan lemak2 berlebihan, melembut dan merawat kulit badan agar lebih sihat, flawless, wangi semulajadi dan slim. Satu botol 180 ml tahan lebih kurang 1bulan ++ dengan penggunaan 1 hari dua kali..kalau byk kali bergantung pada penggunaan 

Harga Jualan: RM75 
FREE POSTAGE ! 
KENAPA INCHLOSS BERBEZA DAN SPECIAL DR PRODUCT LAIN??
Hampa TIDAK PERLU DIET untuk kelihatan slim.. Hampa MAMPU untuk lose 5kg in a month tanpa diet, kalau diet agak-agak 20kg turun insyaallah.. Lotion ni jugak SANGAT WANGI (takde bau serai ka, minyak angin ka, halia ka, NO NO NO) bau mcm pakai perfume ya, bau yg sgt2 comel dan sweet gitu...wangiiiiii mcm lotion wangiii tuuuu... TIDAK TERLALU PANASSSSSSSS!!! INCHLOSS sgt mesra pengguna ya,dia rasa berangin n mint2 gittew xde la rasa mcm kena salai...hehe.. INCHLOSS xde bahan kimia..INCHLOSS mampu melembutkan kulit anda memudarkan selulit2 or apa2 yg menggerutu di kulit... Pengeluar dah hantar utk dibacakan 30 juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang... Semoga lebih dirahmati..(Jd jangan langkah ya)
Jom kita tengok Testimonial dari customer Produk Nie --> TEKAN
p/s : Bagi sapa2 yg nk kurangkan inci dan berat badan laju2 PM sy di FB Atieka Ismaill dan Whatsapp / SMS 017-4118283



17 October 2012

Jom Kita Shopping di Syazwan & Syarazi

Semalam kan, aku ada kuar lepak-lepak kat kedai makan. Dengan membe-membe aku lah. Then aku ada jugak nak jumpa membe aku yang lagi satu nie. Kenal di facebook ja walaupown memang orang Sungai Petani Kedah jugak. Hahahaha. Kalau hampa nak tau la kan, aku taksub dengan vector pown sebab mamat nie la. Sebab tue aku belajar photoshop gila-gila punya. Tok guru takdak, kena la belajar di ---> DVD Top Secret. Hampa mesti nak taw kan sapa mamat nie. Mamat nie nama Syarazi. 

Bro nie ada buat bisnes on9. Bisnes t-shirt, cap, mug, jersey, design2.. macam-macam lah. Semalam aku ada la tengok t-shirt dia. Perghhh quality best kot. Kain sejuk. Tapi sayang, semalam ada size M. Al-maklum lah, dulu boleh la pakai M, tapi skang nie, alahai..L la jawabnya. Hati senang, hidup bahagia, badan makin up la. Hahahaha. Okay tak teori tue? Hahahahaha. Abaikan.

Eh berbalik kepada bisnes on9 nie. Hampa mesti  nak tengok kat tshirt2 yang bro Syarazi nie jual. Okay-okay, jom kita layan dulu baju-baju kat bawah nie. Tapi aku letak sikit ja contoh, nak lebih-lebih, korang boleh terus ke FanPage beliau di SINI. Banyak contoh baju di situ. :-) Trusted.






Banyak lagi. Jom pakat usha-usha kat --> TEKAN SINI