30 June 2012

Gambar Majlis Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah Daripada The Kliker

Gambar sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook The Kliker – Official Photographer for Irma Hasmie’s Wedding.

Kat Sini Juga --> http://bit.ly/MoBgdh
Banyak Lagi --> http://bit.ly/Q5y9fI
p/s : Cantik gila gambar. Pasangan yang amat cantik. Irma Hasmie bertudung cantik. Huhuhu.

29 June 2012

Irma Hasmie Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Reza Syah

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Lihat sini --> http://bit.ly/L10a6e Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.


Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.




Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian. Lihat Sini --> http://bit.ly/L10a6e Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba. Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.
Sumber dari : www.rindok.com

28 June 2012

Spain Layak Ke Final Euro 2012. Yuhuuuu!!

Hahahaha. Akhirnya penyokong-penyokong Portugal awal pagi kena boo ngan aku. Sory sebab lambat lak nak upate pasal Spain menang dan layak ke awal pagi tadi. Perghhh memang mendebarkan betul game pagi tadi. Ternayata sangat sengit. Banyak gak peluang-peluang yang Spain ada tapi gagal nak sumbat gol. Sakit hati gak tengok. Nasihatkan kepada si CR jersey 7 tue, bersara jer lah. Kaki hang dah takdak luck tue. Hahahaha. Gaya jer lebih. Huhuhu. --> http://bit.ly/L10a6e

Hahahaha. Tudiaa dengan bangganya pakai jc SPAIN kat kedai mamak. Nasib baik lah menang. Kalau kalah, huih, mampos aku kena boo. Hahahaha.

Nama dia Ajit. Sebelum game start, keja paku aku ja. Kata SPAIN kalah la, apa la. Panas jer dengar. Haa amik hang. Kalah terus. Kuang3. Lek la der. Sap Kok Lu. Peace.

Nie kazen apit. Amai dah kenal kan? Si paitkeding.blogspot.com. :-)
Malam nie lak German VS ngan Italy. Perghhh game tobat syiook nie. Tapi malas layan kat luar. Layan kat TV3 jer malam nie. Rancak sikit. Okaylah. Tue ja kot nak update. Babai. Salam.

27 June 2012

Subhanallah! Sujud Syukur Di Lebuhraya

KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah. Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti. Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.
“Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.
“Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu. Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi,” katanya --> http://bit.ly/L10a6e
Sujud Syukur Rakyat Mesir Setelah Dr Muhammad Mursi, Ikhwanul Muslimin Diumumkan Menang Dan Seterusnya Dipilih Sebagai Presiden Mesir yang Baru...
Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas. Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai. Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang. ---> http://bit.ly/KCA0R1


Basyar Asad dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada Dr Muhammad Morsy sebagai Presiden Mesir yang baru. Respon Dr Morsy terhadap ucapan tahniah tersebut :
"Kami menolak ucapan tahniah kamu dan tidak pernah mengiktiraf kamu. Hanya yang mewakili rakyat Syria ketika ini ialah Tentera Pembebasan Syria dan Majlis Pimpinan Revolusi" -  Sumber : El-Arabiya 
p/s : Apa pula reaksi Dr Morsy kalau PM Malaysia mengucapkan tahniah kepada beliau? Aku pernah terbaca yang pemimpin Malaysia sendiri iaitu Najib membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah. Apakah dia takut Islam naik di muka bumi ALLAH S.W.T nie dan tidak boleh cari makan? Moga-moga kebangkitan Islam juga akan berlaku di bumi Malaysia ini. Amin. :-) sumber dari --> SINI

26 June 2012

Aaron Aziz Kini Warganegara Tetap Malaysia

Pelakon yang dinobatkan Artis Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Aaron Aziz kini boleh menarik nafas lega selepas sah menjadi warganegara tetap Malaysia selepas spekulasi yang dibawa oleh presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengenai isu kewarganegara. Menurut laman Sensasi Bintang, Aaron Aziz dan keluarganya sudahpun memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR) sejak awal bulan Jun lalu. 
"Pada mulanya, saya tidak mahu perkara ini dihebohkan. Namun apabila ada pihak yang membocorkan rahsia tersebut saya berasa terpanggil untuk menjelaskan status sebenar saya di sini." --> http://bit.ly/KCA0R1
"Saya dan isteri, Diyana Halik telah memegang myPR sejak awal bulan Jun yang lalu.Saya harap perkara ini akan memjawab persoalan mereka yang tertanya-tanya akan kebenaran status saya dan isteri."
Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.
"Saya tidak rasa cepat atau lambat itu sebagai isu yang besar dan harus diberi komen. Pada saya itu semua atas urusan KDN, saya tiada hak untuk mengulas lebih lanjut mengenai alasan kenapa saya boleh mendapatkan kelulusan. Mungkin saya sudah menepati syarat-syarat yang mereka inginkan."
Aaron Aziz atau nama sebenar Aaron Mustapha Aziz yang merupakan warganegara Singapura pernah memberitahu bahawa Malaysia amat dekat dihatinya, oleh yang demikian dia dan isteri merancang untuk tetap di sini sebagai tempat mencari rezeki yang halal. Permohonan myPR Aaron Aziz telah dipohon sejak bulan Ogos 2011.

p/s : Lu leh mengundi lah nanti kan abg ketul.

25 June 2012

Freebies Doodle Korean Boy (K-Pop)



Assalamualaikum w.b.t.

Lamanya tak buat freebies. La nie memang aku cam malas sikit dah nak update blog. Kadang2 tue asa cam malas nak men blog pown ada gak. Tapi cam sayang lak nak stop. Teruskan lah sementara ada kudrat lagi untuk teruskan ilmu2 seni nie ngan korang. Lagipown banyak dah amik doodle apit untuk tujuan berdakwah di facebook. Alhamdulillah. Suka rasa tengok di page2 yang ramai Like. Terharu. Bila aku mati nanti, ada sikit orang akan ingat ngan karya aku kan. :-(

Jangan Lupa kat SINI ----> http://bit.ly/Q5y9fI

Nie freebies doodle K-Pop kot. Gambar asal nie jumpa di google. Sangat kecik saiznya. Apit just modified sikit-sikit balik bagi lawa dan kacak bergaya cam aku. (perasannya!) Sudi amik lah ye. Nak buat apa buat lah  ngan doodle nie. Jangan nak jual2 plak. :-) Salam.