Hari nie merupakan hari yang ketiga kita sebagai umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan nie. Alhamdulillah. Kita masih lagi bernyawa untuk terus bertaqwa kepada-Nya. Amalan membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan sangat besar ganjarannya. Ibarat jika kita membaca Al-Quran tiba-tiba terjatuh duit RM 10 setiap satu patah perkataan, di bulan puasa plak jatuh RM10k,
umpama sahaja, tetapi sebenarnya ganjaran yang Allah swt bagi sangat besar jika dibandingkan dengan nilai duit. Jadi untuk menyemarakkan semangat membaca Al Quran di bulan Ramadhan ini, jom baca satu artikel yang apit amik dari laman
JAIS.
RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud :
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran"
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"
Renung2kan & Selamat Beramal
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...