31 March 2013

Seni Tubuh Ini Bukan Photoshop!



Assalamualaikum w.b.t




P/S : Kreatif!


Keberanian Adik Ahed Menumbuk Tentera Israel





Assalamualaikum w.b.t

Pada 28 November lalu, seorang kanak-kanak perempuan Palestin mengejutkan dunia apabila klip videonya berhadapan tentera ganas Israel tersebar dalam Youtube.

Anda saksikan sendiri bagaimana garangnya adik Ahed Tamimi, 10, yang langsung tidak menghiraukan kehadiran dengan rejim tentera Zionis di depannya.


Malah dengan tanpa rasa takut, dia mencabar anggota tersebut termasuk MENUMBUK anggota-anggota tentera Israel yang lengkap bersenjatakan rifel automatik M-16. Paling hebat, walaupun dikejutkan dengan balingan bom asap, Ahed tak hirau malah menjadi SEMAKIN GARANG!

VIDEO --> TEKAN

Disebabkan keberaniannya itu, adik Ahed disambut bagai wira sewaktu dijemput untuk ke Turki baru-baru ini. Ketika ditanya wartawan yang mengerumuninya, Ahed dengan tegas menjawab:
”Saya tidak takut langsung dengan mereka (tentera Israel). Saya nak tunjukkan keberanian rakyat Palestin!,” katanya sambil tak putus-putus menujukkan simbol kemenangan di jarinya.

P/S : Padan muka kau Israel


30 March 2013

Pelajar 17 Tahun Jadi Jutawan





Assalamualaikum w.b.t

LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.

Ia dicipta pada November 2012.

Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.

Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!

“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”

Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.

Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.

“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.

“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”

D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.”

P/S : Kan bagus hacker2 yang duk hack blog orang belajar buat software. Kaya pon kaya. Lagi berfaedah.


Segmen Topup By Afiqah Adzan


Assalamualaikum w.b.t

Senarai hadiah :-
Mencari 11 orang pemenang.

Rm5 x 2 dan Rm10 x 2 oleh shaeezah
Rm5 x 2 ( Maxis ) oleh Najwa Ayuni
Rm3 x 3 oleh Dzafirah
Rm5 x 2 oleh Eihah Farihah



Design & Printing Business Card #7



Assalamualaikum w.b.t

Lama plak aku tak update pasal bisness card aku design kan. Banyak design yang aku tak update. So nak update 3 design dulu untuk entry nie sebab aku malas nak update banyak-banyak. Semua kad kat bawah nie dah pon selamat sampai kat customer. Alhamdulillah semua puas hati. So aku nak promote sat bisness card depa satu persatu. Selain dari hampa tempah bisness card kat aku, aku pon akan menyediakan pakej promote sekali di blog www.fizgraphic.com nie. Hihihi.

First sekali Customer Puteri Insyirah. Banyak bisness gak yang dia buat nie. Perniagaan family rasanya nie. Bagus-bagus. Beliau plak MA kot di hospital. So bisness card nie ada 3 nama yang dia nak aku letak. Bagus. Jimat sikit. Tak payah buat 1 kad 1 nama. Bazir. Sebab adik beradik ja. Huhuhu. Perniagaan yang dijalankan mereka ada di side 2. Hampa tengok lah sendiri kat bawah nie naa. Fanpage --> TEKAN. Aku dah lupa lak berapa depa order. Hihi. 3 kotak kalau tak silap aku. Matt Lamination Gred A (kalis air). Terima kasih. Senang berurusan dengan anda wahai Insyirah. :-)



Bawah nie plak customer dari Port Dickson. Puteri PD nama kat facebook. Bisness yang dia buat pon macam-macam gak. Dari produk kecantikkan, pakaian, handbag, perfume dan macam-macam lagi. Hampa boleh usha Fanpage --> TEKAN. Senang berurusan dengan beliau. Yang penting kad nak pink. Hihihi. So sapa-sapa nak order barang2 tu, boleh terus hubungi beliau ye. Puteri PD tempah 2 kotak Matt Lamination. Terima kasih. :-) Good luck bisnes. 



Haa yang nie lak kad member aku. Hihihi. Member geng sekolah dulu lepak tepi padang bola. Amboi hang dah technician no. Aku tak pasti hang baca ka dak blog aku nie. Tapi boleh kot no aku nak publish kad hang nie. Hihihi. Mana la taw kot2 ada awek amik no tepon hang ka ngorat. Hahahahaha. Asa-asa cun bagi kat aku. Hang tak payah la yang cun-cun. Hahahaha. Lawak ja wey. Hmm member aku nie tempah 2 kotak kat aku. Hasrat nak buat tulisan timbul tue. Spot UV tapi tak jadi. Next time meybe bro. Okay2. Thank tempah kat aku. Peace. 

TEMPAHAN CUSTOMER LAIN DI LINK BAWAH

Untuk membuat Tempahan dan order Bisnes Kad Murah, boleh menghubungi facebook --> TEKAN untuk mendapatkan quatation harga. Atau boleh
Whatsapp : 0135971979 



Senarai Peserta Segmen Bloglist April


Assalamualaikum w.b.t

72. http://www.honey-yeo.com/2013/03/pencarian-bloglist-fizgraphic-bulan.html


29 March 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

-----------------STICKY POST---------------


Assalamualaikum w.b.t

Aku nak rombak bloglist blog fizgraphic nie. Aku nak buat pencarian semula untuk bulan April. Bloglist yang sedia ada sekarang still boleh mencuba lagi sekali. Pemilihan tak terhad kepada berapa orang pon. Aku akan cari blog yang best, kerap update, entry ada isi best, dan macam-macam lagi. Kalau rasa layak nak duk dalam bloglist fizgraphic, jom try :


SYARAT-SYARAT :

1. Buat entry tajuk "Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April"
2. Tempek banner atas tue. Copy ja code banner dan paste dalam entry (HTML).
3. Explain kat aku, kenapa nak masuk dalam bloglist fizgraphic. Apa kekuatan blog hampa dan berapa kerap hampa update blog dalam sehari. (Ayat 2-3 baris automatik aku tekan X)
3. Follow blog www.fizgraphic.com dan like fanpage --> TEKAN
4. Copy link entry dan hantar kat ruangan komen entry nie.
5. Tepuk tangan 3 kali sambil senyum selepas berjaya hantar link entry kat aku. *hihihi
6. Tamat : 29hb Mac 2013 pukul 11.59 malam.



Tue ja syarat-syarat yang hampa kena ikut. Yang tepuk tangan tu aku saja ja. Nasib la aku tak suh buat video tepuk tangan sambil muka senyum upload kat entry sebagai bukti. Hahahahaha. Tue senaman selepas lenguh buat entry nie ja. Hohoho. Bloglist skang nie aku suka. Hope hampa join lah lagi. Sebab hampa kerap update. Cuma sorang dua ja aku tengok kurang aktif. So yang lain, sila cuba nasib anda. Yang terpilih nanti aku review yek. :-) Tue ja kot. Good Luck! Salam.
SENARAI PESERTA --> TEKAN
P/S : Link peserta akan diupdate dari semasa ke semasa


Kemudahan Yang Terdapat Di Office Google



Assalamualaikum w.b.t

Bestnya kalau dapat kerja kat Google. Ini adalah antara kemudahan-kemudahan yang korang dapat kalau kerja kat Google. Gila best. Hahahaa

Kapsul yang kalis cahaya dan bunyi

Gelongsor untuk turun dari tingkat lain

Papan putih yang besar yang terdapat hampir di semua sudut

Pekerja boleh makan apa yang mereka nak dengan percuma

"Workstations" yang mempunyai sekurang-kurangnya dua skrin besar

Bilik santai dan mempunyai permainan video, pool, dan macam-macam lagi

Private cabin area untuk komunikasi

Technical support untuk repair komputer sambil minum

Massage

Bilik rehat dengan kerusi urut

Perpustakaan

P/S : Aku dah antaq resume ke google, tapi sampai sekarang tak panggil2. Hahahaha


Irma Hasmi Selamat Melahirkan Anak Pertama





Assalamualaikum w.b.t

Tahniah buat Irma Hasmi kerana berjaya melahirkan anak pertama mereka. Comel betul. Bila lak turn aku nak dapat anak nie. Hahahahaa. Sumber dari BeautifulNara.

P/S : Bertambah sorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W


28 March 2013

Bloglist Review And Giveaway by LieyanaAhmad


Assalamualaikum w.b.t

Aku dijemput oleh tuan punya penganjur nie untuk join dia punya GiveAway. Wahh bulan mac nie banyak betoi aku join segmen ngan GA nie. Makin pelik plak perangai aku la nie. Hahahaha. Dah la GA hampa buat nie hadiah banyak untuk pompuan. Ahh xdak. Aku nak tshirt laki kalau menang. Hahahaha. Lawak ja. Macm la nak menang. Mai sini hat len tue Mai kita join GA nie. Mai aku terang sikit apa yang special GA nie.

Penganjur GA nie iaitu Cik LieyanaAhmad nie motif dia buat GA sebab nak cari bloglist untuk blog dia. Sebab dia nie gila blogwalking. Sakan. Satgi blogwalking sampai lebam kot. Hahahaha. So yang bestnya, sapa saja yang join GA dia nie, automatik akan masuk bloglist blog dia. So kalau bertuah plak, 5 orang akan terpilih menang Karli Lace Peplum (benda apa tu, baju tu kot). So kiranya GA dia nie 2 in 1 la. Join ja automatik masuk bloglist dia. Kalau 100000 orang join, 100000 lah bloglist. Paham? Kalau paham join la. Duk cangak apa g. Hahahaha. 

Tarikh Tutup : 15 APRIL 2013
JOIN --> TEKAN
HADIAH --> TEKAN

P/S : Putih Putih melati..Merah merah delima..kalau tuan penganjur baik hati..jadikan aku pemenang ke-LIMA. Hohohoho. 


27 March 2013

Gadis Yang Mempunyai Lidah Yang Panjang



Assalamualaikum w.b.t



Masalahnya dia mempunyai lidah yang tersangatlah panjang... 






P/S : Menakutkan. Macam kuntilanak. Eeee


Segmen: 300 bloggers


Assalamualaikum w.b.t

Aku nak join segmen bro paly nie sebab dia pon banyak support blog aku nie. So kini masa untuk memablas budi. Nie bukan lagu Najib tu taw. Hahahaha. Okay paly, aku join nie. Hope terus succes lah erblog nie ye. Hang boleh p jauh sebab aku tgk gaya hang pon mcm tegar blog la nie. Update sokmo. Naik nama sokmo di bloglist aku. So teruskan. Kalau ada komen2 yang menjatuhkan hang, abaikan. Anggap ja semua tu macai. Hahahahaha. Okay bro. Good Luck!


Segmen Blogger Awesome by Erny


Assalamualaikum w.b.t

Aku nak support segmen newbie lak. Nie sebab kena tag ngan Emas Putih lagi. Deret kena tag. Tak kena tag ngan dia, mesti akan kena tag ngan Shida. Dua orang nie kerap sungguh tag2. Tapi okay la. Aku pon tak dak benda nak update nie. So join segmen lah nampak gaya. Lagipon syarat takda la susah mana. Syarat dah ikut dah.

Penganjur suruh aku cerita pengalaman aku berblog. Perghhh memang banyak la pengalaman aku. Hahahaha. Daripada yang sakit hati, sampai la yang menggembirakan. Komen yan menyakitkan hati tue aku anggap sebagai satu hiburang ja sebab depa komen pon guna Anonymous. So abaikan ja. Setakat aku berlog nie, banyak gak la aku dapat kawan blog. Best. Ada yang sampai skang jadi bestfriend, ada jugak yang jadi musuh disebabkan pendapat yang x sama. Huhuhu. Kepada adik2 newbie, kalau kena hentam ke apa, bo layan ja. Buat derk jer. Jangan rasa down. Anggap ja semua tue sebagai COBAAN.....

Nak tag sapa ye : 


David Beckham Terjatuh Ketika Beri Demo Sepakan





Assalamualaikum w.b.t

Bekas kepten pasukan bola sepak England, David Beckham telah terjatuh ketika menunjukkan demonstrasi kepada sekumpulan pemain bola sepak di China.

David telah tergelincir dan jatuh dengan agak teruk ketika menunjukkan teknik yang menjadi kehebatannya selama ini.

Perkara itu telah mencalarkan kredibilitinya sebagai pemain bola sepak professional.

Masakkan tidak kerana ketika dia menunjukkan kehebatannya itu, dia tidak memakai pakaian sukan, sebaliknya memakai baju kemeja, berseluar slack serta tali leher.

Oleh demikian, David dilaporkan hilang kawalan dan telah jatuh terlentang sebaik mahu menunjukkan demo kepada pemain Wuhan Zall itu.

Sementara itu, bintang bola sepak yang kini berusia 37 tahun itu sedang dalam rangka lawatan ke negara republik tersebut selama 5 hari.

Lawatan rasmi David Beckham yang kini beraksi untuk Paris St Germani lebih kepada hubungan secara diplomatik dan dia telah berjanji untuk membantu menaikkan lagi mutu liga bola sepak di China.








P/S : Pakai kasut g ofis, confirm la licin. :-)