16 March 2013

Agbimuddin Kiram Berjaya Lolos, Op Daulat Diteruskan


Assalamualaikum

KOTA KINABALU - Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina. Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam tadi.

Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.

Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 12 hari lepas. Zulkifeli berkata, walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Op Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Beliau berkata, pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan.

Dalam operasi pagi semalam, pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil,
katanya. Ismail pula berkata, pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

Sebelum itu, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Ismail berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan dan berharap ianya dapat direalisasikan. Sementara itu Zulkifeli pula berkata, pihaknya telahpun menyediakan kerangka penubuhan ESSCOM dan yakin ianya dapat diwujudkan dengan secepat mungkin.

Selepas sidang media itu, kedua-dua mereka telah menghadiri mesyuarat mengenai penubuhan ESSCOM, yang dipengerusikan oleh Ali di sini. - Bernama

P/S : Kenyataan ini membuat kami rakyat tertanya-tanya sdgkn menteri dlm negeri dan pertahanan mengatakan kawalan ketat..dan sudah dikepung. 7batalion anggota keselamtan dikerah. Kejap dia mati, kejap dia hidup, kejap dia bolos, kejap dia x bolos. Pening dahh. Macam filem plak.


6 orang komen:

Nour Adieb said...

eiii, mau ditembak mati ini org tau

Lokman said...

semua orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya di sabah itu kecuali pihak polis dan tentera.

Anonymous said...

Ya,kami tau..Yg blaku ialah p'perangan antara tentera mlysia dan org sulu.kalau tdak p'caya pergi la sendiri di lahad datu.

3no gr33ny said...

ketua dah cabut...anak buahnya xfaham lagi ke

Nur Nainis said...

Maksudnya di percayai lolos itu 50-50 kan, sama ada, masih di lahad datu, atau memang berjaya larikan diri. Kalau berjaya lari, mungkin.. mungkin lah kan ada, tali barut. Masakan boleh bolos senang2 je. Tak tahulah, sebab pihak berkuasa disana lebih mengetahui akan hal ini.

Solehah Shamsuddin said...

hurmm nthla apit, sy sndiri pn xtau nak caya yg mana satu dh. xtau mana berita yg btl