02 March 2013

Penceroboh Diberi Amaran Letak Senjata Atau Berdepan Tindakan Drastik

Assalamualaikum w.b.t

Lahad Datu, 2 Mac - Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, selepas insiden tembakan semalam yang mengorbankan dua anggota komando polis (VAT 69), kumpulan penceroboh warga Filipina yang bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, tidak mempunyai pilihan lain.

"Selepas insiden semalam, mereka (penceroboh) tidak ada pilihan lain sama ada mereka letak senjata dan menyerah diri atau terpaksa berhadapan dengan apa jua tindakan yang pihak berkuasa terpaksa ambil," katanya pada sidang akhbar mengenai insiden tersebut di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dekat sini, hari ini.

Hishammuddin tiba di sini pagi ini dan akan berada di Sabah sehingga kes pencerobohan membabitkan kumpulan itu selesai.

Sejurus tiba di Felda Sahabat 16, Hishammuddin bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengenai insiden tembak menembak antara pasukan keselamatan Negara dengan kumpulan itu di Kampung Tanduo di Felda Sahabat 17, semalam.

Pada sidang media yang sama, Ismail berkata, pada masa ini polis sudah tidak mempunyai pilihan lain, selain menamatkan insiden itu secepat mungkin berikutan tindakan kumpulan penceroboh itu semalam.

"Selepas apa yang berlaku semalam, situasi semasa adalah terkawal. Kumpulan tersebut telah terkepung di Kampung Tanduo oleh pasukan keselamatan yang berada dalam keadaan "kami mengawal keadaan". Polis dan pasukan keselamatan mengawal keadaan, dan kumpulan ini terperangkap di Kampung Tanduo. Saya nak beri amaran kepada mereka dalam keadaan semasa kini, elok mereka serah diri. Masa sudah banyak diberi. Perbuatan mereka ini telah tidak memberi pilihan lain kepada saya.

"Saya tidak ada pilihan sekarang selain untuk mengambil tindakan yang ada untuk menangkap mereka. Sekali lagi saya minta mereka letak senjata dan serah diri. Jika tidak saya tidak ada pilihan tetapi akan mengambil tindakan drastic dan tindakan sewajarnya bagi menamatkan keadaan," tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa penceroboh yang menyerah diri kelak tetap akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang Malaysia kerana kumpulan berkenaan sudah melakukan kesalahan yang amat serius di negara ini. Ismail berkata kehidupan seharian di Lahad Datu berjalan seperti biasa dan tidak ada perintah berkurung diisytiharkan, manakala kawasan operasi polis ialah di kawasan Kampung Tanduo.


Katanya, polis turut mempertingkat langkah keselamatan melalui sekatan-sekatan jalan raya dan keadaan itu akan diteruskan.- BERNAMA

P/S : Kan lagi bagus kalau beri amaran masa 1st day depa ceroboh tue. Kenapa perlu beri masa untuk berunding. Memang sah-sah mereka dan langgar undang-undang negara kita. Sekarang tengok, apa sudah jadi? Rakyat yang menjadi mangsa. 


13 orang komen:

Siti Aisyah Khalil said...

itulah sbbnya..bila dah ada mangsa baru nak bagi amaran .. whatever,,cepat2 sikit penceroboh tu berambus..

Unknown said...

kesian aje dengan orang-2 kat lahad adtu tu,semoga semuanya selamat lah ye :) amiin

Nur Nainis said...

Risaunya kalau kita duduk kat sana..Membahayakan nyawa dan keselamatan orang. Harap sangat perkara ni dapat di selesaikan dengan cepat.

Unknown said...

harap2 semuanya selamat. Aminnn...

adarain said...

Salam takziah kepada yang terkorban...
pengorbanan pejuang sentiasa dikenang dalam mempertahankan negara..

Nik said...

kesian. rakyat juga yg jadi mangsa
Al-Fatihah untuk mereka.

IRA ARINA said...

kesian anggota polis kita yang terkorban :(

Unknown said...

suke analogi, umpama perompak masuk rumah, tp sempat lg kt berbincang dgn sang perompak, shg slh sorg ahli kluarga mati pn, msh mahu berbncg ??
-andai benar bagai dikata-

Unknown said...

hopefully kes Lahad Datu dapat settle ngan cepat. kesian warga LD..

Unknown said...

Bom jak mereka tu, biar mammmpuss semua. Menyusahkan betul..! Puiikk..!

ejulz said...

Nak runding ape lagi.. kalau dah xnak serah diri tu bunuh je semua penceroboh tu. menyusahkan orang je.. xkan 3000 xleh nak musnahkan 100 org.. eee.. geram betul laa.. kesian org2 kita kat sana n family yg terkorban..

Kiera Rashid said...

jangan salahkan pihak mana2, mungkin mereka tak tahu cara berunding tu tak berkesan, macam kitalah , Bukannya kita tahu apa yg terjadi selepas tu, Pape pon , berdoalah, Semoga Allah selamatkan sabah . In shaa Allah :)

Nadia Johari said...

haishh..dhla penggans dtg..klo jadi ape2 lgi teruk kan sush