27 March 2013

David Beckham Terjatuh Ketika Beri Demo Sepakan





Assalamualaikum w.b.t

Bekas kepten pasukan bola sepak England, David Beckham telah terjatuh ketika menunjukkan demonstrasi kepada sekumpulan pemain bola sepak di China.

David telah tergelincir dan jatuh dengan agak teruk ketika menunjukkan teknik yang menjadi kehebatannya selama ini.

Perkara itu telah mencalarkan kredibilitinya sebagai pemain bola sepak professional.

Masakkan tidak kerana ketika dia menunjukkan kehebatannya itu, dia tidak memakai pakaian sukan, sebaliknya memakai baju kemeja, berseluar slack serta tali leher.

Oleh demikian, David dilaporkan hilang kawalan dan telah jatuh terlentang sebaik mahu menunjukkan demo kepada pemain Wuhan Zall itu.

Sementara itu, bintang bola sepak yang kini berusia 37 tahun itu sedang dalam rangka lawatan ke negara republik tersebut selama 5 hari.

Lawatan rasmi David Beckham yang kini beraksi untuk Paris St Germani lebih kepada hubungan secara diplomatik dan dia telah berjanji untuk membantu menaikkan lagi mutu liga bola sepak di China.








P/S : Pakai kasut g ofis, confirm la licin. :-)


12 orang komen:

Faeytynn Zayn said...

buat malu je,lain kali dah tahu pakai la pakaian sukan,tengok kan dah jatuh.

Anonymous said...

jatuh pun ada style

Unknown said...

Hahahah :D Malu Malu .. Depan publik kowt .

Akupenghibur.com said...

wahhh walaupon jatuh ..tapi tetap sytle dan macho

misse nadh said...

control ayu giteww :D

Dayang Deno said...

still macho walaupun jatuh.. hihik^^

Unknown said...

sweet je muka dia jatuhh..heheee.. :D adoii laa..

Anonymous said...

hihihi adusshhh malu..tapi tak pe..hihihi..

Dayah Danisha said...

Alamak ! Mesty merah padam muka David Beckham . Malunyee

Nadia Johari said...

jatuh ade gaya..hehe

Solehah Shamsuddin said...

hahaha mesti malu gila dah ni :D

Dzafirah Zain said...

malu doi!~ Haha.