Assalamualaikum w.b.t
“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.
Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.
Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.
Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.
Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.
Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.
P/S : Al-Fatihah kepada Wira Negara kita. Insyaallah syahid sbb mempertahankan negara, dari pencerobohan pihak luar. Tanda syahid Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
14 orang komen:
Al-fatihah,,,semoga rohnya dicucuri rahmat
kesiannya anak dan isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli . Takziah buat keluarga Allahyarham . AL - FATIHAH .
Allah..sedih dan kesiannya isteri arwah yang mengandung..apatah lagi anak-anak kecil. Takziah..Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Jasa mereka, sangat besar demi mempertahankan negara sanggup berkorban nyawa. Innalillah...
Al Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yg beriman.
='(( al-Fatihah
rasa nak menangis je,fisabililah
bila tengok berita semalam rasa sebak sangat2..kesian isteri arwah yang sedang mengandung dan anak2 yang masih kecil...
Al-Fatihah..
Takziah buat keluarga arwah..
Kesian kat anak dan isterinya..
Al Fatihah.. moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan beramal soleh..
assalamualaikum fiz... al-fatihah.:(
ALFATIHAH untuk arwah dan TAKZIAH untuk keluarga arwah . :(
ALFATIHAH untuk arwah dan TAKZIAH untuk keluarga arwah . :(
takziah buat keluarga perwira negara... semoga mereka tabah..
al-fatihah... sebak dengar anak dia cakap kat tv tadi...
Post a Comment