10 March 2013

10 Tips Penjagaan Telefon Bimbit Anda

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak bagi hampa tips camna nak jaga hp, tablet, smartphone dan seangkatan dengannya. Banyak dari kita nie salah cara jaga. So untuk membolehkan hp hampa tue bertahan lama, sila aplikasi kan tips-tips nie untuk membuatkan hp anda kekali cergas dan bertenaga. Hahahaha. 

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..


2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang

P/S : Cer test. Hoho.


23 orang komen:

IRA ARINA said...

bagus gips ni. InsyaAllah tak akan diamalkan selalu. Hahahha

Unknown said...

sempoi tips tue . . ehee !! ada sesetengah yg mai dh buat tp nk mndi kn hp tue blm lg . . nt mai buat :P

Adilah Asari said...

hahaha..tip yang berguna disamping lawak yang menggelikan hati :)

Emas Putih said...

tips no.9 tu i suka

✿ Hasnie Adda ✿ said...

haha . nakal btol tips . no 7 tuuu . alamakk !

✿ Hasnie Adda ✿ said...

haha . nakal btol tips . no 7 tuuu . alamakk !

Unknown said...

bagus lah tip nie.... nak pi shopping baju dia lah ptg nie....he3

Amirah. said...

haha menarik XD

Syazwani Zunidan said...

Haha , tips yg berguna diiringi dengan lawak jenaka .

aisyah humaira' said...

haha. lawak tapi ada makna.

Unknown said...

haha!
lawak sungguh.
tips disebalik jenaka.

Dayang Deno said...

betul2... tips yg penting kan.. deno selalu cuci skrin henfon dengan spray tangan deno buat CAPD tu.. spray skrin, pastu lap dgn tisu.. ye la kan, jari ada kuman pun buknnya nampak.. hehe^^

Anonymous said...

Nice tips., ^^ boleh try niihh., hehehehhe

Nur Nainis said...

Bolehlah cuba ni..hehehe. Baik untuk kesihatan hp. T___T

Azhafizah MN said...

aiyaa..jangan sesekali mencuci handphone begitu..

Cik Eyra said...

tips no 10 paling kelakar..hahaha

mohd zuhri said...

hahaha . lawak ! XD

Zayani Zulkiffli said...

haha. ni serius oh sem ~
klakar habis :D

hi said...

Re-entry eh :D

TheTaring's said...

Hahahaha tips yang awesome!

Anonymous said...

hihihi tips2 yang sempoii..

Nadia Johari said...

yang mandikan tu x sanggup..hahah

Solehah Shamsuddin said...

lawak eh apit. part no 9 tu mcm terlalu banyak je.tapi sy tau sy sorg yg setia.hehe tapi part kena cuci hp tu mmg xmmpu nk wt. tu kalau mandikan hp dgn air, alamatnya bye2 hp kesayangan