Assalamualaikum w.b.t
KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi. Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.
Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan. Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.
"Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam.
Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'. Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.
"Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya.
Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.
"Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya.
P/S : Nanti mungkar nangkir tanya, sila jawab benda yang sama taw :-)
18 orang komen:
Kalo dosa kami yg memandang ini turut di galas oleh kamu even kamu bogel pon kami buat tak tahu che ta....
Errr...memang hak dia, tapi jangan lupa yang melihat itu juga mempunyai hak. Hak menegur, kalau tak tegur maknanya kita pun join sekali, seolah2 bersetuju dengan cara dia. Moga Allah beri dia hidayah untuk membuat perubahan yang baik dalam diri. Untuk diri saya juga.
ok saya agreed dgn ayt yg paling akhir tu. ish3..agama betul2 jdik no 2. bkn 2 lagi dah bawah dari paha nauzubillah
mmg hak dia, tapi kalau maksiat berada di depan mata kita berhak utk menegur..xkan nak duduk diam je kalau berkepit sana sini tanpa nikah..kene pulak pakai seksi seksi yg seksa mata orang tu...mmm :/
boikot boikot
Yang korang pegi tengok buat pe? Dah tak suka tgk benda camtu....jgn la pandang dia atau tgk rancangan dia. Tv alhijrah kan ada? Cuba kalo kome pegi kelab mlm lepas tu tegur gro tu seksi... mesti soalannya kenapa masuk kelab tu? Kalau dah tak glamer esok, takde orang yang pandang.... berubah le tu.
ayat yang last tu klasik la fizi...^_^
Che ta.. AURAT Wanita tapak tgn dgn wajah je..y lain dari itu klu di tayang berdosa..
suka ayat last tu. :)) memang hak dia untuk dedah sana sini. tapi tak salah kita menegur, untuk kebaikkan jugak. lepas kahwin nanti hope berubah. ^^
che ta..che ta... memang itu hak anda... tapi tak perlu high light that word la..sebab umat islam lain juga punya hak dan sebab yang bermacam-macam ... Che ta kena tahu.. apa yang ada kat Che ta tu...semua Hak Allah SWT..boleh ditarik balik bila-bila masa dan pelbagai cara...wallahualam
Astaghfirullahalazim. Bawak2 la bertaubat Che Ta. Kalau ye pn Che Ta ske dgn penampilan tu, jgnla ckp sembarangan cmtu. Che Ta leh cakap itu hak Che Ta, tapi nt kat akhirat jgn nyesal xsudah je. Ingat2 sblm terlambat. Di dunia ni mmg la leh wt sske hati, tapi akhirat Che Ta leh ke elak azab akhirat tu.huhu
mgkin 1 ari nnt tuhan akan bukakan pintu hati die nk berhijab..kan..? doa jela yg terbaik :)
hohohoho.. singgah! ^^
...suka hati la cik ta oiiii...
sebagai golongan artis, die sepatutnya, fikir dulu apa yg die ingin cakapkan.. kerana apa yg die lakukan,cakapkan boleh mempengaruhi orang ramai t'utamanya golongan muda yg mudah t'ikut-2 dengan artis...
^__^ maaf jika t'salah bicara..^__^
tula ..kadang2 sesetngah aRTIS NIE mmg sedap ckp je..semata2 nk lepas dr soalan macam2
Memang komen yang agak B***H sesangatnyaaaa....
dunia artis..tu la jawapnnyer..dh xde jawapan lain..
berubah le tuw~~~ ayat anonymous kelakar~
Post a Comment