Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

24 December 2013

Ikan Naik di Daratan Lahad Datu? Apa Kaitan Dengan Tarikh 26?



Assalamualaikum w.b.t

Bencana 26 Disember | Berita tergempar! Sekarang bumi Lahad Datu, Sabah heboh mengenai kejadian ikan yang berada di laut banyak berhampiran di daratan. Adakah fenomena ini tanda-tanda bahawa Tsunami akan membadai lagi seperti yang berlaku pada sebelum ini di bumi Aceh pada 26hb Disember 2004 di Aceh. 


Sebelum ini kejadian yang sama berlaku juga. Haiwan-haiwan laut seperti mengetahui akan terjadi kejadian yang kurang baik dan mereka mencari perlindungan. Burung-burung juga terbang ke kawasan darat untuk mencari perlindungan. Kita harap tidak akan terjadi perkara buruk di bumi Malaysia dan kalau ia terjadi, itu satu pengajaran buat manusia yang semakin hari semakin lupa kepda pencipta.

ADA APA DENGAN 26?

Bencana Tahun 1500-2000:

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon , Portugal , 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples , Calabria , Italy , 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley , USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay , Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje , Yugoslavia , 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano , Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland , USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza , Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos , USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino , California , USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

26 Desember 2004 Tsunami di Aceh
26 Mei 2006 gempa bumi di Jogja 
26 Oktober 2010 Tsunami di Mentawai 
26 Oktober 2010 gunung berapi Meletus 

Waallahualam


17 April 2013

Mengapakah Komando VAT 69 Digeruni Musuh?






Sebelum pihak ATM mendarat di Lahad Datu, Sabah, ramai yang meragui tentang kebolehan pihak komando VAT 69 dalam menjalankan misi keamanan di sana. 

Namun masih ada yang keliru dengan sistem unit anggota pegawai polis. Pihak komando VAT 69 memang cukup digeruni musuh kerana mereka ternyata dilatih dengan beberapa siri latihan yang sangat berat. Jadi tidak hairanlah jika mereka juga turut ditempatkan dalam siri menentang pihak penceroboh di Sabah.



1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah-tengah. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu-tahu perut bocor usus terkeluar. 

2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang ‘orang kampung’. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit).

Apa yang sering menarik perhatian pasukan-pasukan sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yg selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yang dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam-macam kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan ‘killing machine’. Macam-macam kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam macam lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan pasukan lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung.

Yang seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. 

Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yang terkenal kepakaran penyamaran.

Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.

Respek pada wira negara. Wasallam. 


16 March 2013

Agbimuddin Kiram Berjaya Lolos, Op Daulat Diteruskan


Assalamualaikum

KOTA KINABALU - Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina. Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam tadi.

Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.

Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 12 hari lepas. Zulkifeli berkata, walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Op Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Beliau berkata, pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan.

Dalam operasi pagi semalam, pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil,
katanya. Ismail pula berkata, pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

Sebelum itu, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Ismail berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan dan berharap ianya dapat direalisasikan. Sementara itu Zulkifeli pula berkata, pihaknya telahpun menyediakan kerangka penubuhan ESSCOM dan yakin ianya dapat diwujudkan dengan secepat mungkin.

Selepas sidang media itu, kedua-dua mereka telah menghadiri mesyuarat mengenai penubuhan ESSCOM, yang dipengerusikan oleh Ali di sini. - Bernama

P/S : Kenyataan ini membuat kami rakyat tertanya-tanya sdgkn menteri dlm negeri dan pertahanan mengatakan kawalan ketat..dan sudah dikepung. 7batalion anggota keselamtan dikerah. Kejap dia mati, kejap dia hidup, kejap dia bolos, kejap dia x bolos. Pening dahh. Macam filem plak.


08 March 2013

Lahad Datu : Tangkal Kalimah Celah Kangkang

**Gambar di atas hanyalah gambar hiasan dari google. Tiada kaitan.**

Assalamualaikum w.b.t

Lahad Datu: Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang. Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.

Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.

sumber : hmetro.com.my


07 March 2013

Mayat Anggota Di Semporna Diperlaku Dengan Kejam

Assalamualaikum w.b.t

Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

Semporna simunul 040313 blood Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.
"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut. Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..
NONEPolis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran. Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'.

Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".

"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.

"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu.


P/S : Al-fatihah


05 March 2013

8 Pahlawan Telah Terkorban Baru Nak Berunding?


Assalamualaikum w.b.t

Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina.

"Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan," kata Misuari kepada pemberita pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-71 beliau, semalam.

Dipetik Rappler.com dan Star Online, Misuari berkata, beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis semasa yang bermula awal bulan lalu susulan tindakan pengikut Sultan Sulu yang kini berkubu di Lahad Datu. Katanya, Malaysia belum memberi respons ke atas tawaran beliau.

Cukuplah Misuari. Kami cukup kenal siapa kamu.
Misuari memang diketahui sangat kecewa dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan MILF yang mewakili Bangsamoro kerana terasa dia diketepikan. Dia menuduh perjanjian tersebut sebagai satu konspirasi antara kerajaan Malaysia, Filipina dan MILF untuk mengetepikan MNLF yang beliau ketuai.

Dendam Misuari kepada kerajaan Malaysia memang mendalam khususnya sejak era pentadbiran Tun Mahathir yang menangkap dan seterusnya menyerahkan kembali beliau kepada Filipina pada 2001 selepas beliau cuba melarikan diri dari buruan tentera Filipina.


Pada satu perjumpaan dengan pengikutx MNLF di Davao bulan November lalu, beliau secara terbuka menyatakan bahawa sebagai penasihat utama 'Sultan', beliau akan berbuat apa sahaja untuk membantu usaha Jamalul Kiram (salah seorang dari kira-kira 10 orang yang mendakwa dirinya 'Sultan' Sulu) untuk mendapatkan kembali Sabah.

Terkini Nur Misuri juga dilaporkan sebagai berkata :
"This should be handled by cooler heads…that it would also be good to await the Malaysian general election to see who will be the new Prime Minister… "

Apa yang Nur Misuari maksudkan? Siapakan yang akan mengaut keuntungan politik sekiranya kerajaan gagal mengendalikan situasi ini dengan baik? Sekiranya pihak yang beruntung tersebut menang pilihanraya, apakah yang akan jadi pada kepentingan dan keselamatan rakyat Sabah?
Sebagaimana biasa, beliau menafikan beliau membuat sebarang tawaran kepada kumpulan bersenjata tersebut.

Dan semalam, dia dengan bangganya mengumumkan untuk menghantar…hanya CUCU SAUDARA untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis ini.


Maaf Misuari, kami bukan sebangsat kamu yang melempar batu tetapi sembunyikan tangan.

Kami bukan macam kamu yang berlindung di balik lalang sehelai.

Kami bukan macam kamu yang bagaikan gunting dalam lipatan.

Tak perlu hantar cucu, waima diri kamu sendiri pun kerana ia tidak bermakna lagi.

Hutang darah, akan dibayar dengan darah… itu sumpah kami!!!


P/S : Syabas anggota keselamatan negara kita. Syabas PDRM. Syabas ATM.


Demo Rakyat Filipina di Embassy of Malaysia

Assalamualikum w.b.t

Pada jam 7 pagi tadi pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. Syabas ATM. Bawah nie adalah gambar-gambar demo di hadapan Embassy of Malaysia di Filipina kot. Ish. Depa yang mai kacaw kita dulu, nak berdemo bagai plak. Kita berunding secara aman depa xmau. Siap tembak polis kita lagi. Sekarang ATM kami dah mengamuk, hampa nak salahkan kami plak. Kan dah warning. Berminggu-mingu bagi masa untuk keluar tapi tetap berdegil. Ini makan dia.



Petikan kata2 Presiden Aquino kepada Sultan Sulu sebagai berkata: 

"Jika kamu mati disembelih oleh rakyat Malaysia, maka itu masalah kamu, dan jika kamu kamu kembali ke filipina, tentera saya juga akan membunuh kamu seperti ayam. Kamu tiada pilihan"

#kini segalanya sudah terlambat. ATM..SERANGGGG!!!!!


02 March 2013

Lahad Datu: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat

Assalamualaikum w.b.t

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.

Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

“Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.

“Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.

“Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,” ujarnya.

Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Baca SINI

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

UPDATED :


Penceroboh Diberi Amaran Letak Senjata Atau Berdepan Tindakan Drastik

Assalamualaikum w.b.t

Lahad Datu, 2 Mac - Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, selepas insiden tembakan semalam yang mengorbankan dua anggota komando polis (VAT 69), kumpulan penceroboh warga Filipina yang bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, tidak mempunyai pilihan lain.

"Selepas insiden semalam, mereka (penceroboh) tidak ada pilihan lain sama ada mereka letak senjata dan menyerah diri atau terpaksa berhadapan dengan apa jua tindakan yang pihak berkuasa terpaksa ambil," katanya pada sidang akhbar mengenai insiden tersebut di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dekat sini, hari ini.

Hishammuddin tiba di sini pagi ini dan akan berada di Sabah sehingga kes pencerobohan membabitkan kumpulan itu selesai.

Sejurus tiba di Felda Sahabat 16, Hishammuddin bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengenai insiden tembak menembak antara pasukan keselamatan Negara dengan kumpulan itu di Kampung Tanduo di Felda Sahabat 17, semalam.

Pada sidang media yang sama, Ismail berkata, pada masa ini polis sudah tidak mempunyai pilihan lain, selain menamatkan insiden itu secepat mungkin berikutan tindakan kumpulan penceroboh itu semalam.

"Selepas apa yang berlaku semalam, situasi semasa adalah terkawal. Kumpulan tersebut telah terkepung di Kampung Tanduo oleh pasukan keselamatan yang berada dalam keadaan "kami mengawal keadaan". Polis dan pasukan keselamatan mengawal keadaan, dan kumpulan ini terperangkap di Kampung Tanduo. Saya nak beri amaran kepada mereka dalam keadaan semasa kini, elok mereka serah diri. Masa sudah banyak diberi. Perbuatan mereka ini telah tidak memberi pilihan lain kepada saya.

"Saya tidak ada pilihan sekarang selain untuk mengambil tindakan yang ada untuk menangkap mereka. Sekali lagi saya minta mereka letak senjata dan serah diri. Jika tidak saya tidak ada pilihan tetapi akan mengambil tindakan drastic dan tindakan sewajarnya bagi menamatkan keadaan," tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa penceroboh yang menyerah diri kelak tetap akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang Malaysia kerana kumpulan berkenaan sudah melakukan kesalahan yang amat serius di negara ini. Ismail berkata kehidupan seharian di Lahad Datu berjalan seperti biasa dan tidak ada perintah berkurung diisytiharkan, manakala kawasan operasi polis ialah di kawasan Kampung Tanduo.


Katanya, polis turut mempertingkat langkah keselamatan melalui sekatan-sekatan jalan raya dan keadaan itu akan diteruskan.- BERNAMA

P/S : Kan lagi bagus kalau beri amaran masa 1st day depa ceroboh tue. Kenapa perlu beri masa untuk berunding. Memang sah-sah mereka dan langgar undang-undang negara kita. Sekarang tengok, apa sudah jadi? Rakyat yang menjadi mangsa. 


Abah Dah Meninggal

Assalamualaikum w.b.t

“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.

Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.


Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.

Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.

Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.



P/S : Al-Fatihah kepada Wira Negara kita. Insyaallah syahid sbb mempertahankan negara, dari pencerobohan pihak luar. Tanda syahid Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)


01 March 2013

Dua komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar di Lahad Datu

Assalamualaikum w.b.t

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.



“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″