30 January 2013

Tempahan Banner Autoshow Dari Gilamodified.Com

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas aku dapat order dari blogger gilamodified.com. Oooh aku ngan dia nie memang kenai lama dah. Lama x lama la, tahun lepas. Hahahaha. Kenai kat blog jugak. Aku pernah p autoshow dia di Juru Penang. Tekan SINI. Aku pon pernah create logo company dia yang gempak tue! Tengok SINI. So memandangkan aku buat bisnes design & printing sekarang nie, dia pon bagi job kat aku untuk autoshow dia. Event dia bukang calang-calang okay. Memang dapat sponsor yang besar2. Kagum aku ada blogger yang berjaya camnie. So dijemput semua blogger yang berdekatan hadir untuk lihat kehebatan kereta-kereta hebat dan unik. Terbaeekkkk.

AUTOSHOW UPTOWN BAYAN BARU PENANG
1 FEBRUARY 2013
5PM - 10PM

So sapa-sapa yang dekat dengan penang hari tue, boleh la usha2 autoshow nie. Kereta yang bertanding serius semua best2. Masuk percuma ja pon. Hampa tak payah risau. Hahahaha. P bawak mata ja nak tgk. Aku pernah p takat penang ja. Hat jauh2 tak pernah lagi p. Bro gilamodified.com nie memang banyak buat event. Serata negeri. Terbaaikkkk bro!

AUTOSHOW KARNIVAL
KARANGKRAF SINAR HARIAN DAN HYRAX OIL
2 FEBRUARI 2013
12 TENGAHARI - 9 MALAM
PERKARANGAN KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF 
SEKSYEN 15 SHAH ALAM


AUTOSHOW KARNIVAL BELIA SELANGORKU
3 FEBRUARI 2013
12 TENGAHARI - 9 MALAM
PADANG BOLA SEPAK KG.MELAYU, BATU CAVES


Dasyat-dasyat kan sponsor event dia. Memang tabik spring lah bro. Semoga succes dengan kerjaya yang bro minat nie. Doakan aku jugak no. Hihihi. Kalau ada job lagi, mai huluq mai kat aku taw. Peace. Bawah nie lak aku snap tadi malam sebab petang tadi aku baru ja p amik banner nie dah siap print. Saiz 8x3 kaki. Sapa nak tempah design boleh roger di apit_afyz@yahoo.com atau facebook aku. 


P/S : Besok jumpa bro khairul sebab nak bagi banner dia nie. :-)


29 January 2013

Tempahan Design Streamer/Bunting Murah!


Assalamualaikum w.b.t

Aku ada buat gak pasal tempahan streamer atau banting nie. Sapa-sapa nak tempah, boleh terus roger aku. Boleh ke facebook aku atau email aku : fizgraphic@yahoo.com.my  Contoh size, anda boleh lihat di bawah nanti. Tapi kebiasaannya size 2x5 kaki RM45 dan 2x6 kaki RM50 + free design (bergantung pada quantity banyak. design sampai puas hati). Harga boleh ditawar mengikut kuantiti order. Material tarpolin printing gred 1440 dpi beb. 

 Aku rasa aku buat nie harga yang berpatutan dan kebanyakan orang buat design ntah apa2 (kadang-kadang tue tak leh tukar design dan setiap perubahan design ada caj $$ lain plak). Tapi aku buat design sampai la hampa puas hati. Tapi kalau kuantiti banyak, boleh la aku bertimbang rasa design power2. Kalau setakat size 2x2 kaki, xpayah la nak aku design power2 lak. Standard design. Hihihi. Sebab nama pon free design kan. Kena la quantity yang banyak. 

So kalau sapa-sapa duk area Sungai Petani, Kedah, hampa tak payah p kedai suruh diorang design. terus upah kat aku. Aku design sampai puas hati, printing siap dan hantar face to face. Yang mana duk jauh plak, boleh jaa kalau nak order gak. 1 Malaysia boleh termasuklah Sabah dan Sarawak. Lagi mudah kan. :-)
STANDARD SIZE STREAMER/BUNTING TARPOLIN (WITH PIPE @ WOOD) 


ROLL UP WITH ALUMINIUM
PLASTIC ROLL UP 
SYNTHETIC MATERIAL 1440 DPI
FINISHING  MATTE @ GLOSSY
SIZE 2.5 FT X 6.5 FT


BUNTING WITH X-STAND
SYNTHETIC MATERIAL 1440 DPI
FINISHING  MATTE @ GLOSSY
SIZE AVAILABLE :
2 FT X 6 FT


BUNTING WITH T-STAND
SYNTHETIC MATERIAL 1440 DPI
FINISHING  MATTE @ GLOSSY
3 SIZE AVAILABLE :
2 FT X 6 FT  |  2.5 FT X 6 FT  |  2 FT X 7 FT



BUNTING WITH PVC PIPE
SYNTHETIC PAPER MATERIAL 1440 DPI
FINISHING  MATTE @ GLOSSY


CONTOH DESIGN CUSTOMER YANG DAH TEMPAH

6. Design & Printing Streamer #6
7. Design & Printing Streamer #7
8. Design & Printing Streamer #8


27 January 2013

Doaku Untukmu Dr Aafia Siddiqui

Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?
"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk:http://tausyah.wordpress.com/2012/10...lah-dan-aisya/ )
Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. 

Yvonne Ridley mendedahkan kisah Dr.Aafia



Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. 

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia. Sharing this!!


Freebies Doodle Muslimah Comel Bermain Gitar

Assalamualaikum w.b.t

Aku taw mesti hampa perasan kan kartun nie. Aku copy balik cartoon tue then aku modified pegang gitar. Saja bosan-bosan release tension dengan job banyak nie. Cari masa lapang jap lukis katoon nie. Aku banyak jumpa gambar asal tue orang buatkan header. So aku amik gambar tue, modified pegang gitar ala-ala najwa latif gitu. Hihihi. 


26 January 2013

Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang

Assalamualaikum w.b.t

Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?

1. TELUR
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.

2. SUP SAYUR-SAYURAN
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

3. GANDUM
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.

4. EPAL
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.

5. KEKACANG
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.


Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.
Selamat mencuba!

P/S : Kalau nafsu makan kuat mcm aku nie, memag xleh nak buat apa dah. Hahahaha.


Segmen Top Up by Blogger Emas Putih


Assalamualaikum w.b.t

Tetiba asa nak join segmen. ku nie jarang nak join segmen nie. Tapi dah jumpa lak entry blogger emas putih nie, ringankan jari ja join. Gila simple syarat. Hahahahaa. Mana taw kot2 dapat topup. Aku dah la x banyak kredit nie. Kuang3. Jom kita join ramai-ramai wey!

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih.

Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam


Fitnah Jahat Mereka. Sapa Percaya Memang Bodoh!

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak mengamuk sat kat entry nie. Ha bab nie memang aku nak berpolitik sikit. Tapi bukan aku nak jadi wakil rakyat ke apa. Tapi nie isu fitnah dari pencacai kat luar tue. Memang bodoh cipan. Tahu nak menipu dan fitnah orang jer keja. Tak cukup di TV, sampai ke facebook pon nak fitnah lagi. Nie semua kes pasal membe facebook aku kena fitnah dengan pencacai-pencacai di alam maya nie. Memang aku tak puas hati dah. Makin lama aku dah makin menyampah dengan mereka nie. Inilah orang panggil, bodoh tiada ubat. Pui!

CERITANYA BERMULA BEGINI

Hampa ingat kan yang aku pernah pi Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 hari tue. Aku dah buat entry pasal tue. Hampa boleh usha SINI ja. So membe aku nie pon ada jugak pi. Takpa lah bab tue kan. Tapi yang aku ngan membe aku nie tak puas hati sangat, depa boleh plak fitnah yang membe aku tue komunis. Pala otak la wey, komunis mai kot celah mana. Hang jangan dok buat lecey. Hang jangan ingat orang muda la nie bodo macam ngan hang. Hang bodo sorang dah la.

Gambar atas nie la gambar membe aku. Depa upload gambaq dia kat page Anti-DAP Club (tapi dah didelete) Admin page memfitnah!! Langsung tiada kata maaf. Sikit punya hensem boleh kata orang indonesia. Dah la menipu guna gambaq orang, siap boleh kata ilmu Komunis menular dalam kepala plak dah. Hoi! Hampa memang takda modai ka apa? Makin lama makin pelik aku dengan puak nie. Dah la menipu satu pasai, abes hat len pencacai-pencacai tegar p percaya. 

Klik untuk besarkan gambar.

Tudiaaa banyak jugak macai ye. Kesian pi percaya admin page Anti-DAP Club yang bodoh tue. Tue la. Jangan la men hembus ja. Hang dah tunjukkan kebodohan hang dengan copy gambaq orang, buat post page bodoh hang. Kan dah kantoi. Yang komen tue pon aku kesian. Tak pasal2 ja. Yang nak humban dalam laut tue best. Buat lawak. Then selepas itu, membe aku nie pon masuk komen. Kami and the geng masuk komen lah. Terus pencacai dan admin senyap. Memang tak guna punya admin. Penakut. 

Klik untuk besarkan gambar.

Admin sudah kantoi. Diam seribu bahasa. Cari lah duit ye nak bayar saman nanti. Banyak jugak nie boleh saman aku rasa. SAMAN MALU. SAMAN FITNAH. SAMAN PENGGUNAAN HAK INTELEK. Amacam admin? Lu dah goyang ke belom. Lain kali ada akai guna naa. Jangan simpan dalam toilet. Kan dah susah sekarang nie. Dah la tue. Siap blocked tuan punya gambar plak tak bagi komen. Abas antaq email pon admin tak reply. Hahahahaha. Booooo penakuttt. 

Tak cukup jugak dengan macai-macai yang komen di gambar tue tuduh macam-macam. Haa nie ada satu blog. Pon sama jugak. Membe aku kata dia akan saman blogger nie. Haa pandai-pandai lah ye nak handle bayaq saman nanti. Blogger --> http://rmf7.wordpress.com/ Len kali jangan men hembus ja taw. Jangan buat fitnah merata-rata tempat. Kan dah terima padahnya. Nie lah entry blog yang fitnah kawan aku nie. Sumpah kau bodoh wey! TEKAN. Aku menunggu mu mengomen di entry nie. Come to papa. Hahahaha. Eh tak lupa jugak kepada anonymous yang pasti akan spin cerita nie. Akai lu letak mana? Stupid. 

P/S : Saman bro saman. Biar depa rasa akibat duk fitnah orang sangat. Lawan tetap lawan. Fight for your right okay! Terbaeeekkkkkk! 

To admin bodo piang : Aku pakai kasut ada bintang gak, xmau post ka kat hang punya page? Bintang Converse lak tue. hahahahaha. Boooooo....


25 January 2013

Saiful Nang (Jurugambar) Tempelak Ibu Liyana Jasmay

Assalamualaikum w.b.t

Susulan luahan ibu kepada pelakon Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon yang tidak berpuas hati apabila gambar-gambar pra perkahwinan anaknya disiarkan dalam beberapa blog hiburan sehingga mendapat kritikan peminat, jurugambar terkenal yang bertanggungjawab dalam sesi fotografi itu, Saiful Nang membalas kenyataan tersebut di akaun Facebook miliknya. 

Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop.

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini. 

BIAR SAYA CERITA DARI MULA...

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya). 

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana "overslept". Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang. 

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi. 

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu. 

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan "Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta" jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini. 

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti "fotografi dijalankan oleh candidsydrom" (siap salah eja lagi selalunya). 

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi 
"Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja...senang cerita"
Lalu saya jawap kepada Izuan, "Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya".

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan 
"Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS". 
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan "Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit".

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok. 

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA? 

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni. 

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang. Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun. 

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;) Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya. 

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.

SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com
P/S : Macam-macam dunia artis nie. Errrr...


Tempahan Design Kedai Dobi Ferringhi Penang

Assalamualaikum w.b.t

Aku dah lama nak buat pasal entry tempahan dari Kedai Dobi kat Batu Ferringhi, Pulau Pinang nie. Tapi tak sempat aku nak update. Memang sekarang nie aku banyak tempahan. Nie baru-baru nie ada job kena lukis cartoon sampai 40 cartoon. Sebab tue nak update entry pon dah x sempat. Banyak sebenarnya aku nak update entry pasal tempahan tapi satu-satu lah. Aku akan promote bisnes-bisnes yang order kat aku nie. Peace. Sama-sama kita tolong kan? Hihihi. 


Nampak tak gambar atas tue? Itu signboard kedai dobi layan diri di Batu Ferringhi, Penang. Sapa buat? Sapa lagi kalau bukan fizgraphic yang design. :-) Sekarang kedai tue dah dibuka. Jap g aku upload gambar kedai. Sapa owner kedai nie? Alaa kak Azwani. Kenai dak? kak nie bukan blogger la. Tapi kak nie memang dari dulu banyak order kat apit. Vector lah dulu. Tengok SINI. Ada satu lagi vector. Tapi lupa lak nak update. Kat bawah nie plak business card kak wanie. Depan belakang punya design.


Yang kat bawah nie plak flyers kedai. Tapi bukan aku design. Kak wani suh aku design tapi time tue aku p bercuti yang Part 1, Part 2, Part 3 tue. Haa time tue lah. Memang tak sempat lah nak design flyers. So kak wani terpaksa upah designer lain. Btw, flyers nie gempak. Ramai designer berbakat di Malaysia nie. Kan kan kan. Nampak x alamat kedi nie kat mana? Kalau tak nampak, jap g aku bagi detail kat bawah naa. 


Address Ferringhi Self Service Laundry :
Laundry (beside D'Ferringhi Hotel)
204, Jalan Batu Ferringhi,
11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.


Kalau nak tanya apa-apa kat kak wani boleh terus ke facebook beliau --> TEKAN. Kak wani jugak supplier mesin dobi. So sapa-sapa berminat nak bukak bisnes nie jugak, boleh menghubungi beliau k. Nanti dia bagi quatation. Akak, apit tolong promote akak nie. Nanti 25% taw. hahahaha. Lawak ja. You are my best friend. hihihi. Good Luck kak.