Assalamualaikum w.b.t
Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?
1. TELUR
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.
2. SUP SAYUR-SAYURAN
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
3. GANDUM
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.
4. EPAL
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.
5. KEKACANG
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.
Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.
Selamat mencuba!
P/S : Kalau nafsu makan kuat mcm aku nie, memag xleh nak buat apa dah. Hahahaha.
25 orang komen:
betul tu, kalau nafsu makan kuat.. tak leh kata apa.. makan n makan..hiho..
sarapan uzu sms je. kenyang sampai ke malam. haha
Wah...sangat berguna!
Tq
Betul ke kacang..apesal asik nak makan pastu..huhu
Betol 3x .... Kacang ekk ??? Ermmm , mcm sesuai buat kunyah je o.O
Lps ni nk mkn telurlh...
kena makan byk telur la kali ni
Nice sharing ;D hee
Ok, aku akan elakkan makanan2 kat atas tu. sebab aku bukan nak kurangkan berat badan tapi nk tambah berat haha
boleh selang seli dgn menu harian lar lpas nih..=)
mengidam kekacang bila tgk kacang2 kat atas tu
leeza makan epal, tak kenyang pun....
asl nad mkn mkin lpr je..haha
Wasalam.. telur memang tak dinafikan kalau makan pagi2 sampai tengah hari baru terasa laparnya.. good info lah apit elok untuk orang yang nak amalkan diet yang seimbang kan.. sedap pulak tengok sup sayur campur tu.. :P
NK TRY TELUR TU NNT LAH
tip yg menarik..... jom try!
pagi tadi aku mkn teloq sebijik dan epal sebijik sblm kayuh beskal
nice sharing apit :)
tengok epal lapaq la pulak..hadoiii...
tq 4 da sharing :)
heheee..sms tu dgn sape eh kak uzu ^_^
good info..thanks fizzy
bagus ni.. tapi kalau dah lapar makan aje...
hmm.. ambik telur banyak kolestrol pulak. -.-' haiihh
hehe..betul2.
dalam kata nak turunkan berat badan semua masuk mulut. Sayang tak habis hihihi
Post a Comment