Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat
Mesti semua orang nak cantik kan. Macam-macam tips yang ada untuk kelihatan cantik. Tapi hampa taw dak yang hampa tue memang sah-sah cantik dah. Tak payah la nak tempek tepung, jem strawbery, Pensel 2b kat muka tue. Tak payah2. Lagi nampak buruk aku rasa. Tips-tips di internet banyak untuk menjadi cantik, tapi INGAT, pastikan tips yang anda praktik tue betul-betul berkesan. So kat sini aku nak bagi beberapa info yang perlu anda ketahui :
1. Ubat gigi menyembuhkan jerawat.
Memang betul ubat gigi boleh menyembuhkan jerawat tapi pastikan anda guna yang tanpa bahan pemutih kerana ubat gigi yang mengandungi bahan pemutih memberi iritasi kepada kulit.
2. Kosmetik semulajadi elak alergi.
Bukan semua kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi sesuai untuk kulit anda. Jadi, sebelum mencuba komestik pada wajah, sapukan sedikit pada belakang telinga. Kalau terasa gatal dan merah-merah, itu menunjukkan kulit anda sensitif kepada bahan yang terdapat produk komestik tersebut.
3. Kulit kering punca kedutan
Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan kulit berkedut adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Jadi, pastikan anda menggunakan sunblock dengan spf yang tinggi supaya dapat melindungi kulit dengan lebih lama. Gunakan sunblock 20-30 minit sebelum keluar rumah bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit.
4. Rambut bercabang boleh diatasi dengan syampu.
Syampu semata-mata sebenarnya tidak dapat mengatasi rambut bercabang. Gunakanlah kaedah yang lebih mudah iaitu memotong hujung rambut yang bercabang dan mencegahnya dengan rawatan rambut yang lebih baik. Selain itu, jangan terlalu terdedah di bawah sinaran matahari dan sesekali lakukan rawatan creambath di salun.
5. Rambut mudah rosak jika dicuci setiap hari.
Mitos yang mengatakan bahawa mencuci rambut paling baik iaitu seminggu sekali adalah salah. Dalam persekitaran sekarang yang penuh dengan pencemaran, rambut yang dibiarkan tanpa dicuci selama seminggu, pasti akan membuat rambut semakin kusam dan rosak. Jadi, rajinlah bershampu dengan menggunakan shampu yang sesuai untuk digunakan sehari-hari.
6. Jangan gosok gigi terlalu kerap
Mitos mengatakan ubat gigi jika digunakan terlalu kerap boleh menyebabkan gigi rosak, tetapi dentist ada beritahu dia yang ubat gigi sebenarnya hanya bahaya jika kita tertelan ubat gigi tersebut kerana ianya mengandungi fluoride yang berbahaya kepada organ badan. Jadi, jangan risau untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan.
-sumber-
P/S : semoga anda semua sentiasa cantik dan sihat. :-)
23 orang komen:
setuju :)
Baru tahu , terima kasih atas tips yg berguna ini :)
kalau tak boleh gosok gigi terlalu kerap habih la bau petai seminggu.nak buat mitos pun pro la sikit.alahai~ -___-""
Oh, baru ku tahu.
Setuju Sgt2.. Tips Yg Bagus..
nice
terbaik,
yg rambut bcabang tu mmg...potong je ckit..nnt ok jer... :)
kira betul lah tu.......
HAHA..pasni kalau tnya kenapa mulut aku bau longkang, dah ada jawapan dia !
thanks for sharing...
pencerahan yang penting...! XD
likex100
yups..lagi2 kalau rambut bercabang,memang kene gunting yang osak tuh..kang makin teruk lak kang..
thank you for sharing...=)
ambil boleh tapi credit ye :)
nape same erh entry ni ngan satu blog dekat busuk.org ni ?
perkongsian yang menarik, thanks :)
baru tau ubat gigi leh ilgkan jerwt..hahaa
banyak benda baru tahu
ada jugak pernah orang cakap kalau gosok gigi selalu boleh jdi gemuk..hahaha
nice sharing apit :)
Wah, kebanyakan tips ini lah yang saya baca.. Nasib baik tak guna lagi.. Tak hape hape ajela..
COME VISIT MY BLOG!
singgah, tak tahu nak cakap apa. #bukan lagi pengomen tegar. sekolah2
Post a Comment