Baca Entry Latest Nie Jugak!

02 January 2013

Kereta Api Laju Laluan Terpanjang d Dunia, Beijing-Guangzhou mula beroperasi

Assalamualaikum w.b.t

China pada 26 Disember 2012 telah melancarkan perkhidmatan kereta api laju di laluan terpanjang di dunia, dengan industri pengangkutan itu semakin berkembang tetapi sering berdepan dengan masalah. Pembukaan laluan antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer akan membolehkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut memakan masa hanya selama lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.

Badan penyiaran China Central Television melaporkan kereta api laju pertama bergerak pukul 9 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dari Stesen Kereta Api Beijing Barat. Stesen televisyen berkenaan juga melaporkan secara langsung keadaan di dalam kereta api itu yang menunjukkan penumpang bergambar kenang-kenangan sempena pelancaran perkhidmatan kereta api laju tersebut.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan sebuah lagi kereta api berlepas dari Guangzhou ke ibu negara ini kira-kira pukul 10 pagi. Kereta api itu akan bergerak dengan kelajuan purata 300 kilometer sejam yang meliputi 35 hentian di bandar-bandar utama seperti Zhengzhou, Wuhan di Sungai Yangtze dan Changsha.

Media rasmi melaporkan hari ini dipilih bagi memulakan perkhidmatan kereta api laju Beijing-Guangzhou sempena tarikh kelahiran pemimpin China, Mao Zedong yang dilahirkan pada 1893. Laluan Beijing-Guangzhou dilengkapkan dengan penyelesaian pembinaan laluan antara Zhengzhou dan Beijing kerana laluan Zhengzhou-Wuhan-Guangzhou sudah beroperasi.

Rangkaian kereta api laju China dibina pada 2007 namun menjadi industri paling berkembang pesat di dunia.
Xinhua melaporkan, China kini mempunyai laluan kereta api laju sejauh 9,300 kilometer. Akhbar rasmi, China Daily hari ini melaporkan, laluan perkhidmatan kereta api laju itu akan meliputi sejauh 50,000 kilometer menjelang 2020.


P/S : China sangat maju. Dah la bijak2 diorang nie. Pandai klon2 bagai. :-)

13 orang comel komen:

✖BossKucing✖ said...

waaa. .mcm dlm kpal trbg lak. .haahaha :D

Cik Fie said...

huhuhu . bijak btol dorg ni :)

Remy hazza said...

memang laju...kalau 22 jam dah jadi 8 jam dan sejauh 2k.....hebat china nie....

Afasz said...

panjang nye lrt dia....

siap ada pramugari bagai.. hebat la

ayu jue said...

penah naik train ni dulu..memang sangat laju sampai 310km/h tapi langsung xde rase..smooth je taw! yang best nye dilayan macam dalam flight..siap ade stewardess lagi =)

baby comel said...

Dah mcm ular je tengok :)
China jepun mmg hebat teknologi. Tp cina lagi hebat bab2 cedok mencedok ni..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

waaa bestnyer...
untunglah ayah dan mak leeza...
nk ke guang zhao bulan 5 ni. leeza???
tinggal sahaja di malaysia.
huuu

huda said...

memang laju gila bila naik kereta api ni. tapi best =D

wadud@duad said...

aku skong dengan Klon Bagai.. haha.. tahan ke tuh? 300km sejam, bapak laju..

★ Nurul Nadhirah Norsalim ★ said...

Bestnya! :)

MaYa MustWany said...

best n selesanya...

kalau la ktm....mmmmm

Solehah Shamsuddin said...

wah,, ni dh mcm dlm flight je dh :)

Nurul Ain Atikah said...

china, jepun... tu je ke yang maju... -,-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...