08 January 2013

Freebies Doodle Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013

Tudiaaa mesti hampa pelik kenapa aku mesti buat freebies doodle nie. Macam menyokong parti pembangkang. Yaaa aku memang sokong pon sebab banyak sangat kecewa dengan kerajaan sekarang. Hmm confirm banyak anonymous akan kutuk aku macam-macam. Jangan risau, aku aprove semua komen hampa. Aku anggap macai biasa ja orang camtue. Hihihi. Freebies doodle nie khas untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12.1.13 iaitu Sabtu nie. Himpunan nie menyeru semua rakyat yang rasa tak puas hati dengan sistem kerajaan sekarang, silalah hadir.

Aku tak puas hati banyak. Salah satu contoh aku bagi pasal kupon parking dari dulu sampai sekarang tak habis2. Dah la gaji sikit, kupon parking nak colect di tempat kerja. Padahal kawasan tempat kerja aku tue sunyi sepi. Anjing ja yang lalu. Tue pon kena saman. Hari-hari kena. Betul lah kata orang, berniaga dengan rakyat lebih menguntungkan daripada meniaga dengan orang luar. Sebab rakyat digula-gulakan, ditakut-takutkan dan dibodoh-bodohkan. Tak tahan dah aku. Anak-anak muda tak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan. Semuanya nak amik adik beradik kerja dulu. Kabel sokmo. Sistem hampeh. Nie ada petikan sikit dari Malaysian Gags :
Pendidikan, Kesihatan, itu yang kita mahu kerajaan sediakan secara percuma. Itu antara perkara basic untuk jaga kebajikan rakyat. Bila benda2 basic macam tu diberi percuma, kuasa beli rakyat akan meningkat. Rakyat boleh berbelanja lebih, sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Ini kalau keluar-keluar universiti pun dah menanggung hutang, apa sangatlah yang tinggal pada kuasa beli rakyat. Itulah orang kata, jangan beriman pada media-media mainstream. Kan benda simple macam ni pun dah tak boleh fikir.

Himpunan ini menggabungkan semua iaitu Bersih, Felda, Royalti, NGO, Lynas dan Mahasiswa.  Doodle nie bukan 100% dari aku, tapi aku jumpa di google, lukis balik then modified balik. Aku taktaw nak credit kat sapa. So kalau owner doodle jumpa blog aku nie, tingalkan komen taw. :-)
DOODLE TUNTUT ROYALTI MINYAK KELANTAN

DOODLE SAVE MALAYSIA DARI LYNAS

 DOODLE SOKONGAN DARI ANAK FELDA

 DOODLE BERSIHKAN PILIHANRAYA MALAYSIA

DOODLE SOKONGAN DARI BERSIH

DOODLE PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 11213

DOODLE STOP LYNAS DI PAHANG

Pihak penganjur dah mintak stadium merdeka untuk kami berhimpun, polis dah luluskan dan polis hendak bekerjasama, tapi apakan daya, ini kan negara "demokrasi yang matang" sampai kerajaan nak pegang semua. Rakyat takdak hak nak bersuara. Kalau tentang, akan ditangkap dan dibelasah. Kecewa dan sangat kecewa. Ulama dibelakangkan. Konsert-konsert dipuja-puja sampai anak-anak muda jerit-jerit terkinja-kinja tengok Aaron Aziz mendukung Adira. Sampai di status facebook anak gadis "Jelesnyerrr. Aaron, nak dukung jugak" Adakah itu acuan dari kerajaan sekarang?  Wallahualam. Sebab kerajaan yang menyediakan hiburan seperti itu. Abaikan. So kemungkinan akan ke jalan raya juga nanti. Topeng gas sudah disediakan. Air mineral. Tuala kecil. Topeng Anon aku tak dilupakan. Kamera wajib kena bawak sebab nak tangkap benda-benda yang boleh dijadikan bukti. 
*mcm nak p perang lak aku nie.

P/S : Lawan tetap Lawan :-)

THE BEST KOMEN IN THE YEAR!

P/S : Aman ke sekarang nie darling? adoi. Simpan la bodoh tu sikit kat anak bini hang nanti.


42 orang komen:

Siti Sabariah Hashim said...

terbaik... lawan tetap lawan! moga istiqomah :)

Kak H said...

terbaikkkkk! moga istiqamah dan mendapat redha Allah atas kerja ni bro.

Unknown said...

tanya boleh ? lynas tu apa ? hehehe taktau pulak :D

cydayf said...

dtg membaca di sini, chantek doodle ittew :D

aneyz said...

terbaik larr apit :)
pegi ker KL nnti ??
sye pegi !!
excited tunggu jumaat nie :)
istiq0mah ye ^_^
peduli ape orang kte...

unknownname said...

Stop lynas.!! pinjam jap doodle tuh.... nak tempek beso2 kt blog.fb

aisyah humaira' said...

sokong !

Azhar said...

Comel cartoon..... amik letak kt FB kejab.... Lawan tetap lawan.... amarah bersih 3.0 masih ada...

Nur Syafiqah said...

Suka..suka..suka dengan doodle2 apit.. wah, nak jadi macam apit juga..

COME VISIT MY BLOG!

Unknown said...

yang R utk Royalti tu best :D

Cinta Air Mata Dan Travel said...

Lawan!!!

cik lisa said...

Hamboiih lawa ye apit ;B

Izzati Suhaide said...

wahhhh..terbaikkk laaaaa..suka yg royalti tu..comel.. :)

Unknown said...

comel doodle2 tu...... tetap bersemangat nak berhimpun.....

Anonymous said...

kata budaya benda AJL tu buruk . Tapi abang pun tengok jugak . Kan ? So takda beza pun . Masing-masing ada flaw .

Unknown said...

untunglah dah keja. studeng ni kena duk diam, satni dia tarik pulak pinjaman. haha

Unknown said...

TU DIA...KALAU ORG KEJA GOMEN BOLEH JOIN TAK?HIHI

ainna baijan said...

sokong jugak....

Anonymous said...

salah pekerja tu yg saman..mungkin nak cari duit poket..daripada ingat tu..lebih baik ingat allah..

Kak iman said...

panjang umr iman turn kl..jom ramai2.dgr2 polis turut menyokong kl nh..insyallah smua baek2 je jika dame bertindak dgn sepandai2 nya

Keri said...

PERGH! berapi , berapi... haha
bleh rasa kehangatan dan energy dlm entry nih.
aku curik 2-3 ketul dudel.

Huffaz Archery said...

Saya juga skong kta2 abg epit....
Sye tak tahulah nk prgi ke tak nak...
takut nnti bas sekolah Maahad ar-rahmah xckup..... Melaka, insyaallah 98% akan prgi...insyaallah

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

sokong sgt apit.. xkesah la siapa yg tadbir jnji pemimpin tu betul dgn landasannya dan xnmpak sgt bodek.. tak suka ayam pendek jmbul kembang

Admin said...

Tahniah anak muda! dari auc

Kita jumpa kat sana nanti, dah sedia segalanya jgn lupa garam penting tu, kalau bukan utk kita, utk sedara2 kita nanti... belajar dari himpunan yg lepas :)

Salam perjuang dari
http://www.anakulucheka.com/

Aimacomel said...

Thumbs up utk tu Apit :)

cik lebah said...

comelnya doodle

entah said...

tiba-tiba la pulak... hm... nape yerk?

MalizaMah said...

comel comel...

Ezaty Anuar said...

likeeeeeee.....
n follow awak terus...
follow me back yaaa....
Lawan tetap lawan!!! hihi...
tak sabar nak mengundi :)
nak pinjam doodle tuuuu....

Anonymous said...

macam ni la salah satu cara org skrang nak protes.klau dah follower ramai,buat doodle cute2,pandai umpan orang,benda buruk pun dianggap baik.sudah2 la tu.Kerajaan dah bagi banyak dah kat kita.orang yang x reti bersyukur je buat macam ni.Fikir2kan lah apa yg pembangkang tu dah hancurkan bangsa & agama sendiri.Tu pun masih nak sokong?

Anonymous said...

memang lawan tetap lawan ok..tapi cuba fikir lah balik,,tak malu ke dah amik duet orang..even nampak macam kaki bodek tapi sebenarnya nak mempertahankan negara ok..patutlah bila akhir zaman umat islam sama-sama nak gaduh kan..fikirkan lah..

Unknown said...

syabas bro...kesedaran camni la yg kita mahukan...aku takkan pg tapi aku sokong apa yg pembangkang buat...sudah sampai masanya sistem politik malaysia ni menjadi lebih matang bukannya sebab "takut melayu hilang di dunia...semuanya direlakan..."

Anonymous said...

mende lah nak gaduh pasal politik nie..sebab tu ramai negara jiran yang cuba nak jatuh kan malaysia sebab masing-masing nak kepala batu je..itulah kelemahan rakyt kita nie,,at least tak adalah doa berhimpun kat tengah padang semata-mata nak jatuhkan orang lain..tu pun tak eh pk ape...kalau dari segi agama tu..dah kira salah tu..

Anonymous said...

@Anonymous (y)

Anonymous said...

knape kene ade garam

Anonymous said...

haha.. lawan lah sgt.. xreti nk bersyukur kew?? xperlula nk gduh psl politik.. cube tgk diri tu..adkh dh btul2 sempurna..

Anonymous said...

tah tak reti berterima kasih langsung. Nak bende free baik g duk lam utan tu. Minyak naik kecoh, rokok naik x kecoh lak. aptb. tibe2 aku rasa nak bnci lak ngan kau ni.

FIZGRAPHIC said...

@Anonymous Ramai penyokong UMNO yang bertanya kenapa perlu berhimpun ? kenapa tidak tahu bersyukur? well mungkin jika kita berikan contoh tianamen square atau french revolution... terlampau complex untuk macai faham jadi aku gunakan contoh UMNO sendiri. Mengapakah ketika menentang Malayan Union UMNO pergi ke jalanan membuat rapat umum? apa perlunya rapat umum begitu menyemak je... tulislah surat bantahan shj pada kerajaan british. Mengapa UMNO menentang british?sedangkan british adalah kerajaan yang sah ketika itu, wpn tidak dipili rakyat tapi diberikan kuasa secara sah dari sultan2 melayu melalui perjanjian. Mengapa orang UMNO tidak bersyukur dengan british? british juga membina sekolah jalanraya hospital dan lain2. British memberikan kerja pada orang melayu hingga tertubuh nya MCS ... mengapa org umno yg berkerja dgn british ketika itu menentang british? kerja dgn kerajaan tapi tentang kerajaan? tak malukah orang UMNO ketika itu. Nampak x kesamaan di situ wahai macai?

Anonymous said...

@Hafizzi Aziz best komen balas dari hang! contoh yg menarik! :D

Anonymous said...

Dalam islam tiada istillah berdoa - KO la Umno..kau doa bnyk mne pun doa tu tkkn diterime..Kereta naik harga dah bising.klau tk naik,kereta kau tk jln atas tar.nmpknye jln atas debu..Sedrlah wahai anak muda yng gile politik..mule-mule buat populariti dkt sini pstu nanti jadi mcm anwar tuh..Subhanallah.Tnde akhir zaman orng islam gaduh sesama sendiri..Tk pyh nk suruh hentikan BR1M or what aku dngr nik aziz nak buat jugk bntuan cm tuh.Harusker aku ckp "penerime bantuan dri nik aziz mcm haiwan". nilah ank muda..Tk puas hati skit jer ckp kerajaan mkn rasuah laape lah..mmng la kerajaan ade bnyk slh tpi,kalau gini la cre orng kite,negara tkkn aman..kau nak ker negara kiter tk aman mcm thun duu-dulu..Ni sibuk ckp orng BN msuk nerak.Weh,lu tuhan ker nk hukum orng sane sini..Ayoyoyo.Siap gune nama Allah S.W.T .tk ker bngng..orng PAS mcm orng kampung.pemikiran cetek nk mmpos! mcm tkke sekolah...LU PIKIR SENDIRI..

nursyafiq naser said...

@Anonymous hey macai , nampak sangatlah kau ni tertarik sangat kat umno kau tu kan,dah keturunan kau smua macam tu agaknya,takbuleh nak bandingkan antara baikburuk , kami ambik bantuan semua tu sebab itu semua hak kami,kami bayar segala2 cukai yg kerajaan suruh bayar,kalau tak bayar haramm jadah kena saman pualk,so memang patut lah kami ambik,itu duit kami,kalau tak ambik memang kena pangkat bengong lah kan ,ape yang penting pun,kerajaan islam tetap dihati,,bersihkanlah segala2nya sekarang,pilihanraya ni harap pembangkang menang !! no more for umno/bn ..

Unknown said...

@AnonymousSaudara, sapa kata BERDOA xtakdak dalam islam?? Adalah saudara..Saudara dengar dr mana ne.?? yang kata tidak ada dalam al-Quran perkataan BERDOA ne ajaran sesat wahabi.. Saudara pandai bab islam ke.? Saudara bukak Quran (Surah Al-Baqarah, muka surat 28,Ayat 156)..Maaf saya tidak alim bab ne..tapi saya menghafal quran..saya thu serba sedikit tentang nya..jika saya jahil..saya bertanya kepada yang arif..bukan berandaian..Ada prkara lagi yng saya nk sentuh.. fakta mana saudara dpt Bantuan dari Tok Guru Nik Aziz mcm haiwan??? Saudara sedar saipa saudara kutuk.?? TG Nik Aziz seorang ulama'..Nabi bersabda: Ulama' adalah penganti nabi untuk meneruskan dakwah Islam pada akhir Zaman..Saya xnafikan bhya mmg ad jugak buruk TG Nik Aziz..dia seorng manusia.ada bnda xsempurna..tetapi ulama' dh diajar supaya menegur yg salah..tp ada yg terasa dia dihina..tu sebab nya.xlarat dh taip pnjng2..mohon maaf ada salah silap...sekian..