Assalamualaikum w.b.t
Flyboard? Mesti hampa tertanya-tanya menatang apa plak dah nie. Nampak macam snowboard ja kasut dia. Eh bukan-bukan nie. Yang nie flyboard. Papan Terbang kalau dalam bahasa melayu. Hahahaha. Bunyi dah macam pelik ja kan. Aku berminat pasai benda nie selepas aku tengok Scoreboard semalam. Style gak. Kenapa style? Sebab dia boleh terbang-terbang wey! Hahahaha.
Flyboard nie sejenis peralatan sukan air yang membolehkan hampa terapung di awangan. Hampa pernah tengok ceta ironman dak? Haa kan starting ironman nak test baju robot dia tue kan. Haa terbang2 kat udara tue kan. Haa macam tue la wey. Style kan. Tapi yang bezanya bukan guna api (bukan apit) tapi guna air.
Konsepnya lebih kurang macam "Jetpack" yang menggunakan tujahan udara untuk mengapungkan kita. Manakala Flyboard pulak gunakan tekanan air yang sangat tinggi untuk mengapungkan badan kita ke udara. Bestnya aku tengok. Hihihi. Jom kita tengok video kat bawah nie dulu.
Amacam? Teringin dak wey? Aku teringin tapi aku seriau sikit la plak nak try sebab aku tak berapa cekap sangat berenang. Buat nya aku lemas, sapa nak tolong nie. Hahahahaha. Tak pasai-pasai mati lemas. Tapi aku nak gak try. Kelebihan flyboard nie, kita leh buat aksi-aksi yang sangat bergaya. Macam burung, macam ikan lumba-lumba. Hihihi.
Peralatan sukan air lasak nie dicipta oleh Franky Zapatan dari Zapata Racing. Flyboard nie mula dibina oleh tahun 2011 dan pengalaman dalam sukan jetski profesional membolehkan Zapata Racing menghasilkan prototaip dalam masa singkat. Hasilnya, revolusi sukan lasak air tercipta. Tahniah! Aku berminat. Hahahaha. Hampa jangan pelik. Sukan air nie dah ada pon di Malaysia. Baru-baru nie ada demontrasi Flyboard di Tasik Biru, Selangor.
P/S : Makin lama makin canggih. Akan aku cuba jugak satu hari nanti :-)
sumber : http://www.jurnalmalaysia.com
14 orang komen:
As Salam Apit...
Wow hebat tu...makin canggih sekarang yer..
Anyway Azera sedang mencari bloggers yang sudi sponsor untuk Giveaway...Kalau sudi la..Kak Azera dah follow blog Apit...
tengok kat sini yer..
[INFO] Pencarian Sponsor Untuk Giveaway Azerawati [dot] com kali ke-2
Woahh syok gilaa! Boleh bajet jadi Waterman sat haha :p
woah! best gila! tapi saya tak reti berenang jugak =.='
apit gemok. xleh try .. kang xdapat nak tanggung badan tu ha hehehehe :)
teringin jugak wlpn xpndai berenang hahaha
terbaik lah bro! aku memang minat sukan extream macam ni.. nice sharing bro!
salam.. saya un tengok dah score board semalam.. nak try naik.. tapi berapa ek charge dy.... semangat giler beb nak naik.. sape ek tau charge dy berapa ratus
salam semua.. saya un dh tgk score board semalam, berminat giler nak naik nie. tapi a bit worry berapa charges dy yer.. sapa yg tahu share la maklumat tu.. thanksss..
WOW...
fuyyo... dah macam2 skang, hahaha..
dok pikiaq kalau orang yang berat 80kg naik tinggi dak ? hahaha kesian
kalo terjtuh pun sodp ni..hehe
menarik sangat...terbaik!!!! nak try lah nanti....
korang test dgn paip bomba je. hahaha
Post a Comment