Showing posts with label Tips Diet. Show all posts
Showing posts with label Tips Diet. Show all posts

18 March 2013

9 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda


Assalamualaikum w.b.t

Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

1. Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.

Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.


2. Minuman Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.



3. Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.


4. Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.



5. Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.


6. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.


7. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.


8. Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.


9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.


10. Makanan Yang Dicuri. Hihihihihi.

Terima Kasih tuan yang empunnya blog iaitu En. Kavin Zahri atas
perkongsian ini.


27 February 2013

4 Kesilapan Tentang Kuruskan Badan

Assalamualaikum w.b.t



FAKTA 1
Ramai yang keliru antara kuruskan badan dengan hilangkan berat badan. Anda sebenarnya perlu hilangkan lemak dan bukan berat badan anda. Tak kisah jika berat badan anda sehingga 100kg pun tetapi jika anda slim dan solid ianya tak jadi masalah! Jika anda bersusah payah menghilangkan berat badan maka sebenarnya anda sibuk membuang air dari dalam badan anda sendiri. Anda dehydrated tubuh anda sendiri dan ianya amat tak sihat untuk anda!


FAKTA 2 
Diet Ekstrem Karbohidrat! Anda harus faham bahawa diet ekstrem karbohidrat ini bukan menguruskan anda TETAPI mencuri tenaga lebih dari lemak yang sepatutnya. Jika anda mengamalkannya anda akan hilang tenaga berlebihan dan yang paling tak bestnya adalah anda juga akan makan berlebihan bila perut anda dah memang tak boleh menahan lapar lagi!


FAKTA 3
Bersukan secara melampau. Tubuh anda akan terperanjat seandainya anda tiba-tiba bersukan atau melakukan aktiviti secara heavy dari biasa. Bangun dari tidur anda akan rasa sengal-sengal dan sakit sendi dan otot pula. Untuk kurus anda tak perlu melakukan aktiviti sukan melampau sehingga 3-4 jam sehari. Fuhhh!!! Atlit pun kalah!


FAKTA 4
Berlapar dari makan apa sahaja! Ini adalah tindakan yang kurang cerdik, bahaya dan tak berkesan pun! Andai kata anda berjaya kurus, anda akan kelihatan seperti mumia kerana anda kurang semua zat dari makanan yang sepatutnya tubuh anda miliki! Sedang anda berlapar sehingga lewat malam dan apabila anda masuk tidur dengan perut kosong asid perut anda pula akan menghakis perut anda. Tambah pula lagi penyakit!


P/S : Apa-apa pon aku susah sangat nak diet. Sebab aku suka makan banyak. Hoho.


19 February 2013

9 Langkah Tingkatkan Daya Tahan Jantung

Assalamualaikum w.b.t

Jantung merupakan organ yang penting bagi badan.Mengawal peredaran darah,memberi nutrien dan oksigen kepada sel-sel badan yang lain serta memastikan darah membawa bahan-bahan kumuh dari sel ke organ-organ perkumuhan untuk disingkirkan.Di sini mydecrescendo ingin kongsikan bersama langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan jantung.Menurut Dr Michael F. Roizen jika langkah-langkah ini diikuti walaupun hanya 6 langkah yang pertama ia mampu mengurangkan risiko untuk menghadapi serangan jantung sebanyak hampir 90 % berbanding dengan mereka yang tidak.
9 Langkah Tingkat Daya Tahan Jantung Ialah :
1. Berjalan selama 30 minit setiap hari
Langkah pertama ini mesti dilakukan setiap hari.Saya ulang SETIAP HARI.Jika boleh jangan ponteng sehari pun walaupun hari Minggu kerana ia seperti 'memanaskan jantung' kita.Kalau dah sejuk nanti memang banyaklah masalah macam enjin kereta.

2. Pastikan tekanan darah 115/75 kebawah 
Tekanan darah yang normal ini perlu dijadikan sebagai tali pengukur untuk menjaga kesihatan jantung.Pada sesiapa yang mempunyai tekanan yang lebih daripada nilai ini maka anda disarankan untuk mengurangkan berat badan sedikit.Jika lemak diturunkan maka makin mudahlah tekanan darah dikurangkan.Bagi yang mempunyai tekanan 140/90 kaedah ini tidak berguna lagi.Hanya rawatan darah tinggi sahaja yang sesuai.Ingat sebelum kena!


3. Makan satu oun atau segenggam kacang sehari 
Kacang kaya dengan HDL dimana ia bertindak mengurangkan radang.Malah lemak omega 3 dari kacang memberi protein terbaik dan sedikit serat.Kacang terbaik adalah dari kacang segar,mentah dan belum disalut garam.Tapi ingat hanya segenggam sehari!


4. Tingkatkan HDL
Cara terbaik ialah makan dari makanan yang digoreng dengan minyak zaitun,atau Canola.Eksesais setiap hari dan minum minuman seperti Soya secawan setiap hari.


5. Ambil 10 sudu tomato sos setiap hari
Tomato kaya dengan potasium yang berperanan sebagai pereda tekanan darah.Masakan simple jer janji banyak kelebihan.


6. Floss gigi dan cuci mulut
Nampak macam takde kena-mengena tetapi sebenarnya kesihatan oral mempengaruhi kesihatan arteri.Jika gigi sakit maka risiko radang pada jantung akan meningkat.


7. Makan lemak tepu kurang dari 20 gram sehari dan kurangkan lemak tran sedaya yang boleh
Daging tenderloin terbaik kerana daging ini kurang lemak tepu LEBIH KURANG HANYA 0.3 %.Jika kita ambil 115 gram daging lembu.Paling banyak 4 gram lemak tepu.Untuk trans-fat banyak dalam makanan panggang.


8. Elakan makanan yang tersenarai Gula sebagai 5 Ramuan pertama produk
Ini kita perlu jaga.Kalau kalori tinggi perut pun akan mengalami masalah ; buncit , boroi dan sebagainya.

9. Makan 10 jenis buah dan sayur setiap hari
Ini memang terbukti berkesan.Selain kaya fiber dan juga anti-oksida ia mampu memberi jantung yang kuat kepada kita.Ingat Perbanyakan buah-buahan dan sayuran.


Tips Memiliki Jasmani Yang Kuat

Assalamualaikum w.b.t

1. Cegah penyakit dengan segera
Apabila kita dapati diri kita tak sihat, kita tak harus membiarkan diri kita dalam keadaan macam tu saja. Kita perlu cepat membuat pemeriksaan awal dengan mendapat rawatan di klinik dan hospital. Tak kisahlah sama ada diri kita atau ahli keluarga kita di hinggapi penyakit, kita perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan supaya penyakit tak melarat dan bertambah buruk.


2. Tak berlebih-lebihan dalam hal makan minum.
Sebagai umat Islam, kita perlu menitikberatkan hal makan minum dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita mengabaikan aspek ini, dikhuatiri kita akan mudah mendapat penyakit kerana banyak penyakit adalah berpunca dari corak pemakan yang tak betul. Kita digalakkan menjaga adab-adab makan minum dan mengamalkan puasa sunat kerana ia banyak manfaat kepada kesihatan kita.


3. Menjaga kebersihan.
Kebersihan amat penting dalam hidup kita. Kebersihan yang dimaksudkan adalah merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal. Amalkan sunat-sunat yang difitrahkan iaitu-memotong kuku, bersugi dan lain-lain.


4. Mengawal keinginan syahwat.
Manusia memang dianugerahkan keinginan syahwat tetapi terpulanglah kepada manusia sendiri untuk mengawalnya. Ramai manusia gagal mengawal keinginan syahwat lalu terjebak ke dalam gejala-gejala yang tak sihat seperti seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainnya. Kita perlu mengawal anggota badan kita daripada melakukan maksiat.


5. Jaga waktu tidur.
Menjaga waktu tidur adalah sangat dituntut supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga. Setiap manusia seperti bayi dan orang dewasa adalah berbeza dari keperluan waktu tidurnya. Ada juga manusia yang cukup untuk tidur hanya 4 jam sahaja. Contohnya, Angkasawan Negara kita iaitu Sheikh Muszhapar Shukor pun hanya tidur 4 jam sahaja.


6. Sentiasa beriadah
Beriadah adalah satu aktiviti yang amat berfaedah. Tak kisahlah sama ada bermain bola sepak, jogging dan bersenam yang aktiviti riadah yang kita amalkan itu boleh menyihatkan kita. Amat malang bagi sesetengah daripada kita membiarkan hari-hari yang kita lalui berlalu begitu sahaja tanpa melalui aktiviti riadah yang berfaedah. Yang penting aktiviti riadah yang dilakukan itu tidak membuatkan kita leka daripada melakukan amal ibadat yang diwajibkan.

UPDATED! KOMEN OF THE YEAR! HIHI


26 January 2013

Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang

Assalamualaikum w.b.t

Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?

1. TELUR
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.

2. SUP SAYUR-SAYURAN
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

3. GANDUM
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.

4. EPAL
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.

5. KEKACANG
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.


Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.
Selamat mencuba!

P/S : Kalau nafsu makan kuat mcm aku nie, memag xleh nak buat apa dah. Hahahaha.