19 February 2013

Tips Memiliki Jasmani Yang Kuat

Assalamualaikum w.b.t

1. Cegah penyakit dengan segera
Apabila kita dapati diri kita tak sihat, kita tak harus membiarkan diri kita dalam keadaan macam tu saja. Kita perlu cepat membuat pemeriksaan awal dengan mendapat rawatan di klinik dan hospital. Tak kisahlah sama ada diri kita atau ahli keluarga kita di hinggapi penyakit, kita perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan supaya penyakit tak melarat dan bertambah buruk.


2. Tak berlebih-lebihan dalam hal makan minum.
Sebagai umat Islam, kita perlu menitikberatkan hal makan minum dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita mengabaikan aspek ini, dikhuatiri kita akan mudah mendapat penyakit kerana banyak penyakit adalah berpunca dari corak pemakan yang tak betul. Kita digalakkan menjaga adab-adab makan minum dan mengamalkan puasa sunat kerana ia banyak manfaat kepada kesihatan kita.


3. Menjaga kebersihan.
Kebersihan amat penting dalam hidup kita. Kebersihan yang dimaksudkan adalah merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal. Amalkan sunat-sunat yang difitrahkan iaitu-memotong kuku, bersugi dan lain-lain.


4. Mengawal keinginan syahwat.
Manusia memang dianugerahkan keinginan syahwat tetapi terpulanglah kepada manusia sendiri untuk mengawalnya. Ramai manusia gagal mengawal keinginan syahwat lalu terjebak ke dalam gejala-gejala yang tak sihat seperti seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainnya. Kita perlu mengawal anggota badan kita daripada melakukan maksiat.


5. Jaga waktu tidur.
Menjaga waktu tidur adalah sangat dituntut supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga. Setiap manusia seperti bayi dan orang dewasa adalah berbeza dari keperluan waktu tidurnya. Ada juga manusia yang cukup untuk tidur hanya 4 jam sahaja. Contohnya, Angkasawan Negara kita iaitu Sheikh Muszhapar Shukor pun hanya tidur 4 jam sahaja.


6. Sentiasa beriadah
Beriadah adalah satu aktiviti yang amat berfaedah. Tak kisahlah sama ada bermain bola sepak, jogging dan bersenam yang aktiviti riadah yang kita amalkan itu boleh menyihatkan kita. Amat malang bagi sesetengah daripada kita membiarkan hari-hari yang kita lalui berlalu begitu sahaja tanpa melalui aktiviti riadah yang berfaedah. Yang penting aktiviti riadah yang dilakukan itu tidak membuatkan kita leka daripada melakukan amal ibadat yang diwajibkan.

UPDATED! KOMEN OF THE YEAR! HIHI


14 orang komen:

ZAELIS said...

salam...
alhamdulillah...temui satu pwekongsian yg baik
semoga bermanfaat
=)

Emas Putih said...

tuk diri sndiri ka ni? hahaha

Diari Si Froggie said...

betul2 kalau kita jaga semua nie ikut step InsyaAllah badan kita akan sentiasa sihat kan.. Pernah tak cukup tidur kepala jadi pening.. semua aktiviti terabur mood nak marah je.. hehe

kisah si dairy said...

setuju dgn langkah2 di atas

Farah Waheda Wahid said...

good sharing... ^_^ and thanks for sharing...

Unknown said...

jaga tidur tu yg pling terasa..ahhaha..skrg mmg tdo x tentu...biasalah musim ptghn sem..hahahha

RadhiahIlyas ッ said...

nice tips bro :D

http://catberrymilk.blogspot.com/

mujagirl92 said...

wah,, nak body slim and sihat ni,, nk diet tapi makan macam rksasa je,, hehe

Vee said...

Yesterday tido pkl 5:15 am, bgn blik pkl 5:45 am. Sepanjang hari rasa mcm bukan manusia je. Haha. Enough sleep is very important indeed. And this is a great info :))

Unknown said...

betul kata apit..... kita kena kuat....

Anonymous said...

muka hang macam babi.nak kutuk orang,tengok dulu diri tu.

fieda said...

nice entry ni...

Nadia Johari said...

tips tu bgus..yng komen tu x bgus..hehe

admin said...

tak mampu... :)