08 March 2013

Lahad Datu : Tangkal Kalimah Celah Kangkang

**Gambar di atas hanyalah gambar hiasan dari google. Tiada kaitan.**

Assalamualaikum w.b.t

Lahad Datu: Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang. Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.

Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.

sumber : hmetro.com.my


13 orang komen:

Ayue Rejaluddin said...

Amalan syirik..
Tak jugak kebal.....
Nauzubillah...

Unknown said...

poyo puak neh.

Adilah Asari said...

"kun Fayakun"
kalau allah kata jadilah, maka jadilah..
Allah segala yang berkuasa..
setakat sihir tu je.. Allah berganda-ganda lebih kuat..

WM's Blog said...

Allah murka perbuatan mereka.. tup tup, mati sia2...

Anonymous said...

allah lg berkuasa dr sihir....allah kata jadi maka jadi lah ia...klu allah kata mati...lu pikir la sendiri...

Katak Comel said...

masya'Allah..
seram je bce..
huhu

Aimacomel said...

Nauzubillah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar Maha BErkuasa

Nur Nainis said...

Nauzubillah. Teruk sangatlah macam tu.

Ciktie said...

Macam-macam kepercayaan diorang guna. Last sekali mati juga

Amar Daniel said...

sampai macam tu skali kan....ya allah...semoga kita semua dijauhkan daripada buat pkara2 syirik tu

Ayuni Sara said...

Bukan setakat pengganas je yg memakai tangkal berupa mcm tu, kebanyakan rakyat sabah pakai benda2 mcm tu...:(

Unknown said...

terlalu ekstrem mengikut ajran...sampai benda2 terlarang pun jadi amalan....

Solehah Shamsuddin said...

Astaghfirullahalazim. biar btl ni apit. apa nk jd diorg wt perkara syirik ni