27 March 2013

Juruterbang Termuda Negara Bakal Cipta Rekod Dunia





Assalamualaikum w.b.t

"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.

Tahun lepas, nama beliau disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "The Youngest Malaysian to fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition".

Tan berkata misi beliau juga ialah untuk memberi motivasi kepada belia seluruh dunia untuk menjadi individu yang mengutamakan kejayaan dan kecemerlangan.

Sementara itu, bapanya, Tan On Chin, 58, berkata anaknya itu amat meminati kapal terbang sejak berusia lima tahun lagi dan memutuskan untuk memberi sokongan kepada anaknya itu memenuhi impiannya.

P/S : Hensem beliau. Bakap menjadi DP bebudak sekarang di Facebook. Hihi.


11 orang komen:

Shuhaida said...

Congraz James ^^

Cik Nor said...

bangganya jd rakyat malaysia..:)

Farah Waheda Wahid said...

memang akan jadi the next heart throb for Malaysian gurls la ni... ^_^

Norliza Nordin said...

wahh so good! ^^

Nur Nainis said...

Wah..muda lagi..Semoga makin ramailah rakyat Malaysia yang berjaya macam ni.

panglima harapan said...

wahhh!!! hensemnya! mula2, ingatkan orang melayu. rupa2nya, chinese.
btw, sy tringin nak p LIMA. sbb sy suka sgt ngan kapai trbang, kapai laut. :D

Faeytynn Zayn said...

mengelilingi satu dunia,wah! p

iAmCekbolat said...

mcm dr sheikh muzafar la . dlu semua sukakan beliau . hahah

3no gr33ny said...

memang hensem dan bersemangat waja

Unknown said...

perghh muda lagi tuu, dah dapat jadi kaptenn..terbaekk lah...

Beauty Kiosk said...

Nape cine..huk3x :(..