17 March 2013

Faktor Untuk Mendapat Anak Kembar

Assalamualaikum w.b.t

Eeeeee suka betul aku dengan kembar nie. Aku nie tinggi gak cita2 nak anak kembar tapi tercapai ka? Hahahaa. Tue semua keja Allah S.W.T. Anak kembar ke tak, yang penting sihat tubuh badan, akal fikiran yang baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Itu yang sebetulnya. Tapi kalau dapat kembar pon, bonus tue. Hahahaha. Kat bawah nie ada 5 faktor yang keberangkalian untuk mendapat anak kembar itu tinggi. Jom usha. :-)


GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.


UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.


DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

P/S : Semua rezeki ketentuan Allah, yang seharusnya kita doa ialah mendapatkan anak-anak yang ramai lagi soleh & solehah.


15 orang komen:

::thexieza:: said...

hehe..teringin gak anak kembar ni.. :)

maszull said...

assalamualaikum fiz...sukanya kalau dapat anak kembar ni...;)

Cik Nor said...

good sharing...

Nadia Johari said...

nad teringin sgt..penh update psl entry ni..dulu apit pnh update gak kan..

Syazwani Zunidan said...

Comey anak kembar (:

Solehah Shamsuddin said...

anak kembar selalunya comel :)

Mime MF said...

dapat kembar memang ohsem...hihuu~ :P

aliza said...

Comel dilihat tapi x comel time menjaga., jaga sorang punterkejar2 masa taw...

Belladeone said...

wow,tapi ada satu kawan fb neh,1st preggy dah dapat anak kembar...adakah yang seterusnya akan kekal anak kembar?seperti nabi Adam a.s yang mempunyai 22 pasang anak kembar..

||aLeaSaRa|| said...

insya Allah akk doakan nnt adalah rzki Fiz ye...

akk pun ms preggy br tau ada ktrnn kembar side akk n hubby.dan syukur dpt sepasang twin boy n girl.dan trs dipilih jd model poster hosp. putrajaya utk kempen penyusuan
bayi.dh bsr pun twin tu djh 5 ^^

Azhafizah MN said...

memang bonus lah aklau dapat anak kembar ni.untunglah kan.

Anonymous said...

Mesti seronok kalau dapat anak kembar :)

Nur Nainis said...

Teringat cikgu saya..dia baru dapat anak kembar..hoho..comel.

Unknown said...

Teringin sgt nk anak kembar...entah tercapai ke tidak...tp ada anak yg xkembar pn dah teramat bersyukur..

Dzafirah Zain said...

Nak jugakkk... Huhu~