Assalamualaikum w.b.t
Seorang pemuda dari Filipina (bukan suluk taw), Herbert Chavez sanggup berhabis wang ringgit untuk menjalani beberapa siri pembedahan plastik agar kelihatan seperti superhero Superman. Herbert yang berusia 36 tahun telah mengubah hidung, bibir, dagu dan peha untuk menjadikan dirinya lebih mirip pelakon yang memegang watak Superman, Christopher Reeves.
'Clark Kent' Filipina ini bukan setakat mengubah penampilannya malah turut memiliki koleksi barangan Superman seperti patung bersaiz manusia, komik, poster, baju dan apa saja yang berkaitan dengan Superman.
Lelaki ini meraih pendapatan lumayan ketika bekerja sebagai pereka fesyen selama 3 tahun di Arab Saudi ketika berusia 22 tahun. Apabila pulang ke negaranya, dia membuka kedai kostum di Calamba yang membekalkan pakaian untuk pelakon dan artis.
Dia hanya melakukan pembedahan plastik di Filipina kerana mempercayai kepakaran doktor di negaranya tidak kurang hebat berbanding doktor barat. Herbert suka keluar di khalayak umum sebagai Clark Kent atau pun Superman.
Kebanyakan pakaian Superman yang dipakai oleh Herbert dihasilkannya sendiri. Mungkin masyarakat menganggap sikap obsesnya pada watak lelaki berseluar dalam di luar sebagai sesuatu yang menjengkelkan tetapi Herbert menegaskan bahawa apa yang dilakukan dengan tubuh badannya adalah urusan peribadi dan berharap orang lain menghormati keputusannya.
P/S : Aku minat gak superman, tapi xdak la sampai nak tukar wajah tu. Syukur dengan anugerah ALLAH bagi. Aku jadi superman kat MAK aku.
16 orang komen:
mampu geleng kepala sahaja...aishhh~~
assalamualaikum fiz...sekarang ni mcm2 hal boleh terjadi...:)
ishh3, sanggup menyeksa diri kan.....astghfirullah al-azim...
'aku nak jadi superman kat MAK aku'
sooooo comel! hehe ^^
Assalamualaikum .
Huu ! berbezanya muka dia sebelm dan selepas buat pmbedahan .
Smpi sanggup cmtu skali.. Tak tahu la nk komen ape..
Superman memang banyak peminatnya tapi yang fanatik sebegini tidak banyak.
Fanatik habis mamat nie pd superman.. kalau dh minat bt apa pn xkisah..
sanggup dia membazirkan duit sebab nak jadi superman . isyh3 ! :(
superIman
mcm.. selain nak jd superman, ada yg tukar nak jadi barbie, ken.. mcm2!
Hehe..setuju dengan komen akak deno. Kalau perempuan dekat luar negara, ada yang buat pemedahan plastik untuk jadi barbie. Barbie tu tak cantik mana pun sebenarnya..cantik lagi, wajah yang Allah buat sebaik-baik kejadian tu.
uisshh sebijik terus mukanya tu. mmg fanatik sngguh dgn superman ni
org kalo dh obses xleh buat pa
Hahaha. Tahap cipan punya suka. pelik~
anak makkk haha
Post a Comment