Assalamualaikum w.b.t
KENAPA BRUNEI TIDAK BERSAMA MALAYSIA???
Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.
Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.
Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.
Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.
Pendidikan percuma di Brunei. Brunei Darulsalam High Commission of Malaysia in Bandar Seri Begawan. Tel: +673 2 38 1095
Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.
Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.
Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"
Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?
Andaian saya..Ini cuma andaian..
1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.
2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)
3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)
4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.
5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.
6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.
7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.
Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Sumber:
Ucapan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengenai Sultan Omar Ali Saifudin III
Ucapan YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Brunei.
Brunei Smartest, Singapore Smarter, Sarawak ******, Sabah Most ****** Beyond Redemption!! (Part-1. Brunei) - Malaysia Today
Premium Ron97 only 53cent per litre -earnic.com
22 orang komen:
Hikmah di sebalik ketegasan & kebijaksanaan Sultan Brunei.
Ye lah tu , Brunei tu nampak je kaya tapi dalam Brunei miskin , mall mcm pasar malam je , semua pergi ke Miri @ KK untuk shopping . Lepas tu , jalan kat Brunei , fuhh , bertampal2 guna simen , ye betol , SIMEN . Memang betol kereta diorang murah , tapi bagi kami org Sarawak , kereta Brunei xda standard walaupun diorang guna Nissan @ Mitshubishi . Jadi renung2 kan lah.
yer ke?xper lah nnti sy nk pergi sndiri ke brunei nak tengok.selalu g sabah serawak je...tak singgah pun brunei tu... :)
dalam isu ni x boleh nk samakan brunei dgn singapore..sejarah mereka berlainan dgn negara kita. tapi apa2 pon mmg ada benarnye..semoga malaysia ambil pengajaran dari apa yg berlaku
dalam isu ni x boleh nk samakan brunei dgn singapore..sejarah mereka berlainan dgn negara kita. tapi apa2 pon mmg ada benarnye..semoga malaysia ambil pengajaran dari apa yg berlaku
Cehh nak komen tapi tak gune id sendiri .. pirahh .. segala komen anda xde mkne .. klau berani tunjukkn diri .. baru namenye berani krn benar takut kerana salah
apa ?? brunei nampak kaya tapi miskin? half of my family tinggal brunei tp xda pun komple apa2/.. mmg x dinafikan brunei xda mall yang besar sebab sultan brunei x galakkan kerna nk elakkan maksiat blaku.. negeri brunei tekan kan islam dalam negara. tgk la masjid besar2 bersepah kat brunei. setiap kg ada masjid. Bab jalan raya mmg hang silap besar lah.jalan raya kat brunei di kategorikan dalam gred A . xda la mcm malaysia ni. di sempatan limbang-brunei pun boleh nampak ketara pbezaan jalan raya.. keta kat brunei xda standart ? x semua org bpkiran mcm hang ni.. mesti kbanyakkan suka kereta brunei sbb murah.. sapa xnak keta murah? ce bgtaw ??
akak ni tinggal di miri.kalau miri g brunei tu bukannya jauh pun. apa lagi kalau dah sampai border miri -brunei tu.mmg bersepah kereta plat miri dekat sana.jalan raya brunei tu boleh tahan gak..cantik.ada highway.ttp yg tak syok tu, part shopping..di borong habisss...tambah2 kalau hari jumaat, heeeee...
ehm no komen..hehehe..buli kah,,wkaaka
SOKONG UZU
Sye stju dgn apa yg cik emas putih katakn.. ngra brunei bknlh miskin sprti apa yg org katakn krna brunei lebih menekankn ajaran islam d sana x sprti d tmpt lain yg hnya ckp tpi xbuat btul2..rugi lh org yg ckp mcm tu..
Apa yang bagus tentang brunei bagi saya adalah soal agamanya. Sultan brunei, bila hari jumaat, baginda menitahkan bahawa semua kedai di tutup, tak kira cina, atau melayu, dll sekalipun.
thanks for sharing =) nice info
Sejarah tetap sejarah tak dapat diputar kembali. Hopefully pihak tertentu ambil iktibar apa yang sudah berlaku tapi gua memang teringin nak ke sana orang kata cara budaya sana lain dgn malaysia! ^^ Apa-apa kita kan serumpun.
tak pernah pergi dan kaji tentang brunei. (cuma tertanya-tanya ramaikah pelancong2 asing yg dtg dan bekerja disana spt yg terjadi di negara kita??) errm, sekadar bertanya..
itu semua dah berlaku, sejarah tetap akan jadi sejarah..apa yg penting kita haruslah sentiasa sokong negara kita....
they have a reason..bukan saje2 nak wat mcm tu..xde miskinla..
thnks share apit. baru tau ni. sy xpnh lg nk gi brunei, teringin nak gi sana nanti. doakan sy supaya dapat gi brunei nt ye :)
Assalamu'alaikum pengunjung2 blog Apit :) fyi, i am a Bruneian :)
setuju sgt2 ngan @Asiah Aisa :)
dibawah ne responses sy to all the 7 points highlighted by Apit.
1) yg ne sy x dpt assume lebih lah. what i can say Alhamdulillah around 90% revenue negara sy dtg dari industri minyak dan gas. tapi Brunei juga sdg giat buat diversification of economy. kami percaya banyak lagi rezeki yang Allah beri untuk our country yg tgl utk diterokai lagi :)
2) Alhamdulillah kami bersyukur ngan GDP per capita yg tinggi :) semua negara tentu nak increase the living standard, right. same goes to us ^^
3) phewww x dpt bygkanlah kalau Brunei govn naikkan harga minyak -.-' Alhamdulillah lah our govn byk bagi subsidi hehe. i remember long time ago there was one time Brunei govn naikkan harga minyak untuk 1 hari je ( x ingat lagi apa tujuannya). before the day, almost semua stesen minyak teruk kena 'ambushed' haha kes x nak beli minyak mhl.
4) syukur ngan pendidikan percuma yang kami perolehi from primary sch til sec sch. ne untuk public sch je. kalo private have to byr lah hehe. and kalo peringkat universiti, Brunei citizens dapat elaun. tapi kalo permanent resident and also temporary resident have to pay.. huhu.. fyi, sy permanent resident coz i am actually half Malaysian half Bruneian hehe tapi i love Brunei more coz i lahir and membesar di sini.
5) siapa yg x nak gaji besar walaupun edu level x sampai universitiy..
6) murah mahal x kisah janji ada car at least sebuah ^^ disini we local jrg pakai public transport. selalunya org asing je yg pakai bas, teksi ape..
7) err x nak situation ne happen di Brunei.
p/s: maybe apa yg @Anonymous yg komen #2 tu ckp partly betul. sy x nafikan many Bruneians suka g shopping di Miri setiap hujung minggu. and the rest of your statement, no comment. lalala *peace*
k tata!
N tak silap akak.depa tak bayar roadtax.sultan yg bayar.
dimanakah letaknya brunei? malaysia tu ape. ^^ wakaka
Post a Comment