Assalamualaikum w.b.t
Aku takmau cakap banyak kt entry nie. Tapi cukuplah sekadar aku ucapkan Selamat Hari Polis yang ke 206 pada tahun 2013 nie. Ramai member-member aku yang sekarang dah jadi polis. Hampa jangan ingat semua polis tue suka rasuah. Ada memang ada. Tak dinafikan. Tapi banyak lagi yang menjalankan tugas dengan baik. Syabas untuk mereka.
Tak lupa juga baru-baru nie depa dah mempertahankan Sabah dan kita sudah kehilangan wira-wira anggota keselamatan. Al-fatihah kepada mereka. Semoga mereka syahid dalam mempertahankan tanah air kita ini. So kepada polis, berlakulah adil kepada kami rakyat jelata. Kami mengharapkan anda untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia yang dicintai ini. Kepada polis yang suka mengamalkan rasuah, sila berhenti dari menjadi polis. Kami rakyat tidak suka kepada polis seperti itu. Jangan memburukkan nama PDRM disebabkan terdapatnya sebilangan orang macam tue. Kerana nila settitik, rosak susu sebelanga. Hope tak masuk TV lah ayat tue sebab satgi depa kata aku samakan polis dengan susu dan nila pulak. :-)
P/S : Al-Fatihah buat abahku yang juga seorang anggota polis. Aku tak pernah sempat melihat wajahnya. :-) Kematian abahku ketika aku tinggal lagi 4 bulan akan dilahirkan ke bumi ALLAH S.W.T.
apit sedih? takpa. aku ok.
17 orang komen:
hari polis ek.. terus rindu ayah kita ~ selamat hari polis wrga polis yg brkhidmat pd ngara termasuk ayah sye.. Al-fatihah buat arwah abah kamu..moga rohnya d tempatkn dalam kalangan org briman
laaa abah kita polis eh. tak taww
selamat hari polis...
Comel semua doodles polis too hihi !
comel doodle tu
nice doodle, btw alfatihah buat arwah ayah anda..
Doodles itu comel! :) Untunglahh ada bakat dalam buat semua ni. Hehee.
Selamat hari polis :) Doodle comelll! Btw, al-fatihah.
Al-fatihah bt ayh kamu ..
btw, doodle polis tu sgt cute .. blh amik x? huhu .. nk ltk kt entri ..
alahai...comelnya doodle ni =D
Al - Fatihah buat Ayah fiz
Doodle comel gila tu. Lawaa! :)
AL-FATIHAH buat arwah ayah apit..Semoga rohnya dicucuri rahmat..AAMIN..Tabahkanlah hatimu wahai apit... :)
Selamat hari Polis.. Moga abahmu tenang di sana Apit
Al-fatihah untuk arwah ayah Apit. Jangan sedih2 na. Btw, doodle tu comel sgt. Geram tgk :)
Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah..Amin Ya Rabbal Alamin..Besar jasa2 anggota2 keselamatan..menjaga keamanan negara bukan mudah.
semoga anggota2 polis yang terkorban ditempakan di aklangan orang yang beriman..begitu juga dengan ayah apit..sabar ye apit..
Al-Fatihah.
Post a Comment