25 June 2012

Dr Muhammad Mursi Diumumkan Pemenang Pilihanraya Presiden Mesir

Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu. Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.

Kenali Dr. Mohd. Mursi (Presiden Mesir Yang Baru) 
1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.



Sujud Syukur Rakyat Mesir Setelah Dr Muhammad Mursi, Ikhwanul Muslimin Diumumkan Menang Dan Seterusnya Dipilih Sebagai Presiden Mesir yang Baru...
Tiada Tangisan Yang Lebih Bermakna Dari Melihat Kemenangan ISLAM... (Gambar Tangisan Rakyat Mesir Setelah Dr Muhammad Mursi Diumumkan Pemenang Pilihanraya Presiden Mesir)
p/s : Moga kebangkitan Islam di Malaysia pula selepas ini. :-) Amin.

9 orang komen:

syazana amira said...

alhamdulillah... baguslah kalau pemimpinnya macam ni :)

LydSunshine said...

masyaAllah... terharu sangat baca dan tgk gmbr rakyat mesir yg menangis tu. Semoga ini akan menjadi titik permulaan kemenangan Islam di negara2 lain juga.

Muhammad Naim Abdullah said...

Alhamduillah

Insya Allah, Malaysia akan menyusur di belakang

maghi ramai2 berdoa. :)

kurus said...

akk baca punn akk terharu ..
huhuh semoga malaysia dpt mencontohi negara mesir .. aminnnnnnnnnnnnnnn ;)

pemimpin islam membentuk kepimpinan umat islam

FIZGRAPHIC said...

alhamdulillah. Takbir. Berita gembira nie bagi seluruh umat Islam di dunia.

FIZGRAPHIC said...

Ya. Ini merupakan permulaan kebangkita ISLAM. moga Malaysia akan menyusul juga. :-)

FIZGRAPHIC said...

amin :-)

FIZGRAPHIC said...

Aminnnn kak... :-) ALLAHUAKBAR!

profmie said...

alhamdulillah..bgus sgt klu pemimpin mcmni dipilih..hrp lspni mesir kembali aman setelh dpt pemimpin spti ini..