Baca Entry Latest Nie Jugak!

26 June 2012

Aaron Aziz Kini Warganegara Tetap Malaysia

Pelakon yang dinobatkan Artis Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Aaron Aziz kini boleh menarik nafas lega selepas sah menjadi warganegara tetap Malaysia selepas spekulasi yang dibawa oleh presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengenai isu kewarganegara. Menurut laman Sensasi Bintang, Aaron Aziz dan keluarganya sudahpun memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR) sejak awal bulan Jun lalu. 
"Pada mulanya, saya tidak mahu perkara ini dihebohkan. Namun apabila ada pihak yang membocorkan rahsia tersebut saya berasa terpanggil untuk menjelaskan status sebenar saya di sini." --> http://bit.ly/KCA0R1
"Saya dan isteri, Diyana Halik telah memegang myPR sejak awal bulan Jun yang lalu.Saya harap perkara ini akan memjawab persoalan mereka yang tertanya-tanya akan kebenaran status saya dan isteri."
Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.
"Saya tidak rasa cepat atau lambat itu sebagai isu yang besar dan harus diberi komen. Pada saya itu semua atas urusan KDN, saya tiada hak untuk mengulas lebih lanjut mengenai alasan kenapa saya boleh mendapatkan kelulusan. Mungkin saya sudah menepati syarat-syarat yang mereka inginkan."
Aaron Aziz atau nama sebenar Aaron Mustapha Aziz yang merupakan warganegara Singapura pernah memberitahu bahawa Malaysia amat dekat dihatinya, oleh yang demikian dia dan isteri merancang untuk tetap di sini sebagai tempat mencari rezeki yang halal. Permohonan myPR Aaron Aziz telah dipohon sejak bulan Ogos 2011.

p/s : Lu leh mengundi lah nanti kan abg ketul.

15 orang comel komen:

LaLa mhdnor said...

bagus lah, so zz xleh nak marah1 lagi, hahaha

Aien_Aen said...

Tahniah la Aaron Aziz..
Anak-anak belake comel2

Phat said...

terungkap segala nya sila suruh ZZ baca hehe

cik kiwi's said...

hanginnnn lah zed zaidi pas ni...:P

Hafizzi Aziz said...

ntah2 lagi berapi zed zaidi. hahaha.

Hafizzi Aziz said...

haa anak comel la. tgk la si bapak. hahaha.

Hafizzi Aziz said...

lagi panaih ZZ baca. hahaha.

Hafizzi Aziz said...

taw xpa. hahaha. tp mcm cepat ja kan. haha. Anak2 india yang puluh tahun duk sini pown xdapat IC lg. Aaron kuat kipas nie kat twitter. hihi.

LELAKI INI said...

tahniah!

Maisarah Azmi said...

Akhirnya jadi warganegara jugak.. xde la kecoh lagi lepas nie..

Misz Mieza said...

Dah sah jadi warganegara Malaysia! Semoga dapat membantu mengembangkan lagi industri perfileman tanahair.. ^_^

cweet pinky said...

tuhkan rezek dye , nak kecoh2 sangatnak buat perr , aiya, tuh sume jarum2 dengki lettew ...

Ahmad Safwan bin Idrus said...

Status pemastautin tetap ni tak sama macam warganegara. Ia hanya untuk warganegara asing yg menetap di Malaysia utk tujuan kerja dll. Dan memegang kad myPR berwarna merah, warganegara memegang myKad berwarna biru.

Harap dapat menjelaskan salah faham. myPR bukan myKad

MawardiYunus said...

tahniah la buat dia :)

NAL said...

kawan NAL merupakan salah seorang pemegang myPR warna merah. Ianya sama ja dengan aaron aziz. Walau apa pun, tahniah utk aaron.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...