04 May 2013

Sumpah Laknat Saiful 9 April 2012 Atau Sebelum 9 April 2012?


Assalamualaikum w.b.t

Haa sudahh..lagi sekali aku cari pasal ngan orang barisan sebab buat entry pasal Saiful. Ni bukan aku nak dedah ke apa. Sebab yang pasal dedah video pon, ramai dah perasan kan ketulenan video tu benar atau tidak. Waallahualam. So entry nie aku nak berfikir sejenak pasal video sumpah laknat dibuat Saiful pada 9 April 2012 ke atau sebelum 9 April 2012? Okay set dalam kepala otak jap, 9 April 2012. Ingat k tarikh tu. Kalau tak ingat, di video dia pon ada tertera 9 April. 


Okay dah tengok video atas? Apa komen anda? Teliti dan nilai. Aku takmau tuduh. Semoga kebenaran terbuka. Aku takmau cakap bab video dalam entry nie sebab aku dah pon buat entry tu semalam --> TEKAN. Okay aku nak tanya kat abang Saiful Bukhari.. Anda buat video angkat sumpah tu pada 9 April 2012 atau sebelum itu? Baca kenyataan dari entry blog Saiful di bawah.

Link entry Saiful Bukhari --> TEKAN

Okay noted! Dari apa yang aku faham, Saiful buat video ni pada 9hb April 2012. Hampa pon faham camtu jugak kan. Di perenggan kedua, Saiful mengatakan Beberapa hari sebelum saya pulang, maknanya sebelum dia pulang ke Malaysia, dia buat video sumpah laknat nie. Tapi..cuba tengok gambar visa yang Saiful tweet di twitter beliau. Tengok bawah jap. 

TWITTER SAIFUL --> TEKAN

Apa yang aku faham lah kan. Kalau salah, tolong betulkan, tapi apa yang aku tanya kat kawan aku Fauzi Salleh. Apa yang aku nampak, Visa ini menunjukkan waktu masuk Saiful Bukhari ke Tanah Arab pada 6 JamadilAwal 1433 bersamaan dengan 29 Mac 2012. Visa jugak ada tunjuk waktu keluar pada 17 JamadilAwal 1433 bersamaan dengan 9 April 2012. 



Jadi isu kat sini yang aku konfius, dikatakan Saiful di blog beliau, dia kata di melafazkan sumpah laknat ini beberapa hari sebelum dia pulang. So dia kata dia sumpah laknat. Jadi mengikut Visa kat atas, dia pulang 17 JamadilAwal 1433 bersamaan dengan 9 April 2012. Tapi dia kata beberapa hari sebelum pulang. Tapi di video n blog, dia kata sumpah laknat dia buat 9 April 2012. So aku confius. Ke 16, 15, 14 JamadilAwal 1433. Tarikh tu semua bukan 9 April 2012. Boleh tengok bawah. Kalendar Takwim.


Boleh rujuk ---> TEKAN

Jadi sebenarnya, bila sebenar-benarnya Encik Saiful Bukhari buat video sumpah laknat ini? 9 April 2013 atau beberapa hari sebelum pulang? Sebab anda pulang 9 April 2012. Mana satu. Mohon jelaskan sebab saya kurang mengerti. Bukan nak pertikai, tapi nak tahu yang mana satu anda cakap. Sekian. 

P/ S : Lepas satu persatu.. Allahuakbar.. Thanks kat Fauzi Salleh, sahabat aku sebab perasan benda ni.


15 orang komen:

SynAkmal said...

haha.. betol..nampak mcm pelik..
gmbr tu yg dia retwet balek kan? so tu bukti...
tak taw lah..moga Allah tunjukkan yang benar

mohd zuhri said...

pandai btul helah dia ni!

Unknown said...

hanya Allah yg tahu kebenarannya......

Unknown said...

habislah dia ..kalau dia saja2 buat video ni memang dia yg kena laknat ... haish ... teruk2

Alia Ali Ahmad said...

dah sah la dia tu penipu !!!! puih2 ... heboh nau dengan bontot dia tu . geram tol aku .. tak malu !!!!

Uks world said...

wah~ betol-2 kaji selidik nih... bace banyak kali baru paham..

Anonymous said...

janji dia sumpah dah la.kecoh la korang

Sukma said...

detail lagi Apit...thanks for info...

Anonymous said...

Wah hebat! trima kasih kerana buat research. Nampaknya beliau kurang bijak untuk menipu.

Vee said...

Kebenaran pasti terungkai satu hari nanti. God's power is BIG.

Unknown said...

petunjuk lg tuh..Allahuakbar..

Anonymous said...

assalamualaikum :) saya bukannye nak bela sapa sapa ,, tapi korang boleh fikir sendiri , dia ni islam ,, takkan dia nak tipu ,, yeahhh , kita tak boleh percaya sangat , but kalau dia betul betul nak tipu mesti ALLAH dah bagi bala kat dia awal awal lagi , but ,, korang fikirlah sendiri ,, aku tak rasa dia nak tipu ,, tapi , wallahu'alam ,, hanya ALLAH yang tahu ,, and kenapa anwar tak bersumpah ? nampak sangat siapa yang menipu ,,

Unknown said...

satu lagi yang pelik , dia kata dia rakam sendiri , but kebiasaannya , lengan dy mesti terangkat , but why , nampak macam dy bersahaja jaaa -.-'' sekali pandang da tauu , video edit --'

Cik Fie said...

hanya Allah saja yang tahu .

NJihe.am said...

Salam singgah. Perasan juga macam video edit. Hanya orang yang pakar photoshot tahu bezakan. Tiada sesiapa boleh terlepas dari pemerhatian Allah.