25 May 2013

Saiful Bukhari Azlan Selamat Diijab Kabul Dengan Nik Suryani



Assalamualaikum w.b.t

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh jurunikah negeri, Datuk Ismail Ali pada pukul 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.


Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu.

Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam ini sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan.

P/S : Alhamdulillah dah selamat. Nanti jangan ajar bini bersumpah plak. :-p


10 orang komen:

eyka said...

Alhamdulillah..Selamat sudah..Aaammbboiii apit,pesanan yang sangat PEDAS.. HAHAHAHAAA!

Shakirah said...

Semoga berkekalan dan dapat membawa perubahan. :)

Sukma said...

kalau dah jodoh tak ke mana.....

cik ketenangan said...

semoga berkekalan...hehe

PemilikCahaya said...

Hebat wanita ini

Alia Ali Ahmad said...

nasib baik selamat . jangan lepas ni dengar2 .. dia buat dakwaan bini dia lak les. ekeke . *gurau

zafirah said...

hoho da kawen da? hmm x tau nk ckp ape :P smoga berbahagia dan dpt berubah kpd yg lebih baik

dEdEQ dE wIshEs said...

HAHAHA PESANAN TERR .. TERBAIK :p

MOGE BAHAGIA LAH :)

Unknown said...

semoga kekal sehingga ke anak cucu

Unknown said...

HAHAHA AKU PUN PESAN CAMTU GAK APIT> KIKIKI