28 May 2013

Private Party Budak Melayu Kita.. Melayu Nie Yang Hampa Nak?



Assalamualaikum w.b.t

Melayu! Haa aku melayu. Tapi aku tak berpegang kepada bangsa. Aku berpegang kepada agama. Sebab jangan kita berpegang kepada bangsa sahaja semata-mata. Nanti abes punah semuanya. Yang patut kita pegang adalah Islam. Islam itu cantik, bersih, suci dan indah. Disebabkan melayu sendiri, rosak nama ISLAM di negara malaysia. Kita dibesarkan dengan pemerintahan sekular. Bukan pemerintahan ISLAM. Yang siang malam media elektronik, media akhbar mencang negara kita berasaskan ISLAM. Kalau kita berasaskan ISLAM, mesti anak-anak muda melayu kita tak jadi macam sekarang.


Private Party, Anak Muda Melayu. Melayu camnie yang dibangga-banggakan oleh penyokong-penyokong kerajaan sekarang. Hidup Melayu yang dilaungkan siang dan malam, melayu nie kah yang nak memimpin Malaysia 20 Tahun akan datang? Video parti nie didapati dalam facebook SINI


Aku pelik betol. Melayu camnie ka yang dibangga-banggakan? Kalau yang nie yang hampa nak bangga sangat jadi melayu, serius aku malu wey. Aku malu dengan bangsa Cina, India, Iban dan Kadazan. Depa pandang melayu, akan terlintas yang kita nie semua orang ISLAM. Tapi nie ka yang ISLAM. Ohh something wrong. Kalau camnie kita tunjuk kat depa, camna depa nak ikut kita. Sebab kalau perangai camnie, lebih kurang ja lah ngan depa. So buat apa depa nak ikut kita, betoi dak. 


Aku pasti mesti akan kata kat aku camnie.. "Apit..tak baik bukak aib orang". WTF. Aku x bukak aib pon. Depa sendiri kot yang upload bagai di laman sosial. Tu orang alim. Depa xkan bukak aib orang. Aku tak alim, so? :-) Bukan aku sendiri yang pasang kamera dlm tu. Depa yang teringin nak jadi femes, aku cuma nak femeskan melayu sendiri. Kan hampa bangga sangat dengan Hidup Melayu hampa yang tak habes-habes tu. Percaya sangat dengan media-media masa. Yang banyak menipu kita siang dan malam. 


Aku benci orang yang lebihkan bangsa dari agama. Bodoh punya orang. Tak habes-habes nak racist. Bebal gila. Yang best, boleh plak cakap, kalau cina amik Malaysia, abes la melayu. Semua merempat di negara sendiri. Halooo ingat senang ka nak tukaq perlembagaan. Kalau melayu sekarang yang perintah pon dah anak-anak muda jadi camnie, biaq cina amik ja. Kan sama ja. Melayu nie sangat dimanjakan. Dulu kini dan selamanya. Come on la. Tegakkan agama islam. Takkan nak redha ja siang dan malam. Camnie yang dikatakan suruh bersyukur malaysia aman takda perang? Yela perang takda, leh buat benda2 lagha camnie. Hiburan diberikan permit 24jam. Nak buat ceramah agama, ada saja halangannya. Itu yang dikatakan bersyukur. Sumpah kau BODOH! Sekian.

P/S : Banggalah dengan ISLAM, Jangan bangga dengan Bangsa. Kerana bangsa itu lah yang menjatuhkan ISLAM itu sendiri. Bangun anak-anak muda. Kita ikut ulama. 


26 orang komen:

dEdEQ dE wIshEs said...

BETOL APE YG APIT KATE TU :)

Shakirah said...

Astaghfirullah..betul2 bile tok guru kata dye bangga dgn islam bkn melayu, semua nk melenting. x paham betul

Unknown said...

ya allah.. malu2 klw mak bapak depa dok tengok video nii..

Hanim said...

Mujur sy berbangsa rom parsi ekeke.

Alia Ali Ahmad said...

sokong sgt , duk bangga bangsa , padahal apa bangsa pun boleh masuk islam . ape la.

Anonymous said...

apa nak jadi laa anak melayu zaman sekarang. aku kenal FB budak ni. Bie anna tak silap.

Diya Hanun said...

anak2 muda makin rosak..aih akhir zaman..

ibnuismaini said...

Kesian org Cina yang beragama Islam macam dipinggirkan. Hu3.

Tegakkan agama, terbela negara. Aman dan harmoni sesama manusia...

Unknown said...

adei habis la anak2 muda skrang..mmm pegangan agama sangat lemah.ade idea mcm mn nak didik mereka?

Wani Mohd Zuki said...

haishhh.. pening tengok budak2 sekarang ni -_-

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

semoga anak2 dijauhkan semua ini..

cik ketenangan said...

ish ish...first time tgk gmbar melayu mcm nie...selalunye omputih je..dahsyat btol diaorg nie..

Sukma said...

ALLAHUAKBAR....APA NAK JADI BANGSA MELAYU NIE...SAYA BANGSA ARAB...HUHU....

Lieza Nordin said...

y pntg smga kita smua jauhkan dri melakukan perkara y mengundang kemurkaanNya

Atiqah said...

tiba2 menitis air mata tengok video tu. entah mcm mana la anak2 sendiri nanti :(

Anis said...

setuju apit!! macam page kepala hotak kamu yang tunjuk perangai anak melayu sekarang.
kot ye pun sangap sangat nk buat benda tak elok, tayah la upload kt fb bagai. awat bebal sangat! bodoh betol budak2 ni dok tayang aib sendiri. sedih mak bapak depa tengok

Cik Nor said...

apabila solat 5 waktu di abaikan....

Cheida_Mymee said...

im proud to be muslim not as a malay, but as a muslim :)

adarain said...

yap, memang stuju, dunia semata2x.

ZaridaIshak said...

hanya apabila kebebasan dan kemerdekaan itu disalahtafsir dan disalahgunakan... maka lihatlah kesannya ... semoga anak2ku dan juga anak2 kalian terselamat dari musibah dunia serta fitnah dunia dan akhirat

Unknown said...

okk.. anis takut sgt kalau terjebak bnde mcm ni. =(

ChemMong said...

Mak aih, dasat betul mike2 sume ni e_e

Burn it before it lays eggs xDD

Cik Fie said...

astaghfirullah :(

Mime MF said...

memalukan agama je..dlm IC je Islam..halal haram bt² taktau..

Unknown said...

smoga dibukakan intu2 hidayah buat mereka... same2 aminkan!! :)

Unknown said...

salah eja plak.. *pintu..