31 May 2013

Ibu Muda Hamil Anak Kembar Lima




Assalamualaikum w.b.t

PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang untuk menyusukan semua anak-anaknya itu.

P/S : Bestnyaaaa


15 orang komen:

zazanizam said...

seronoknya dpt kembar ngeee..

Anonymous said...

jgn lupa update klu da mlahirkn nti ye. . .hehe mau tgok baby kembar dia

Adilah Asari said...

bestnya dapat anak kembar kan :)

D i n said...

skali tembak 5 kena . tudia

Lieza Nordin said...

ehhehe..mmg best..tapi memerlukan kesabaran y tinggi utk jaga baby2 tu :))

Shakirah said...

Five in one :D Subhanallah !

Student Kecik said...

bestnyee .. :D

Anonymous said...

bestnyaa.. kalau macam tuu., beranak sekali jaa anak dah 5.. waaa.. >.<

Mime MF said...

tudiiaa..terbaik²..kembar 5 tuh..

Unknown said...

Wah,seronoknnya,hrap2 dipermudahkan lah.Nak lahir seorg pun perit inikan lima. huhu

Unknown said...

Beratnya dia nak bawa..

Rawkzell said...

Larat ke mak die berjalan ?

Cik Fie said...

bestnya dapat kembar 5 sekaligus :)

Nadia Johari said...

waa..menkjubkan..mcm mana agknyer nant tu erk...kembar dua pun dh penin..rezeki die..

Usu said...

Subhanallah...